"Zarra?"
Akhirnya dia bersuara. Bergetar dan perlahan. Gadis itu dilihatnya masih kaku memandangnya. Merenungnya bagai dia seekor raksasa, hantu mungkin.
"Zarra?"
Kali ini suaranya sedikit kuat menyapa telinga.
Zarra telan liur. Nafasnya tersekat, pandangannya kabur dengan airmata yang entah datang dari mana.
Kakinya.
Kenapa kakinya tidak mahu melangkah? Jalanlah, bergeraklah hai sang kaki!
"Zarra?! Tadi cakap nak balik, apasal kau kat sini lagi ni? Cepatlah wei, nanti hujan. Oh, hai Encik Hisham."
Dilla.
Nasib baik Dilla datang. Dia kumpulkan segala tenaga, segala kekuatan. Kakinya akhirnya melangkah. Mulanya perlahan, namun kian laju. Laju dan laju sebagaimana aitmatanya turun berlari ke pipi.
Tak mungkin ini terjadi pada dia.
Tuhan, kenapa kau seksa aku begini?
Dia melabuh duduk di sofa yang berdekatan. Jantungnya masih berdegup laju. Hisham raup wajah beberapa kali. Benar.
Benar itu Zarra.
Zarra yang dilukainya.
Luka? Hahahaha...kelakar bukan. Mana dilukai, disentuhnya. Dinodainya. Dikotori dia. Tangannnya kembali menekup wajah. Hari itu datang lagi. Hari yang paling celaka dalam hidupnya. Hari di mana segala kewarasannya hilang, imannya terbang.
Hari paling malang dalam hidup Zarra.
Dia tekup wajah, pejam mata. Mana tahu, segala kenangan itu akan terusir sendiri.
Tangannya masih menggeletar. Pintu bilik dikatupnya rapat. Umpama dia kembali ke hari itu. Hari yang penuh dengan hujan, di mana dia hilang segalanya. Maruah diri, hilang kehormatan. Dia tutup pintu rapat-rapat, lalu mengambil bantal. Kali ini dia menangis, dan menangis lagi
"Apa kena dengan kamu?"
Hisham angkat wajah. Dia lemparkan senyum tawar.
"Penat, mi."
Hajah Kalsom kerutkan dahi. Perlahan dia tanggalkan telekung solat. Suaminya sudah terlena di hadapan televisyen. Mudah sungguh lelap.
"Kerja dalam aircond pun penat ke?"
Dia sengih-sengih.
"Penat mental."
Hajah Kalsom cebikkan bibir. "Kamu ni ada benda lain yang kamu fikir, kan?"
Mai dah penyiasat persendirian tak bertauliah ni. Pantas dia bangun. Baik dia cabut, sebelum sesi soal jawab diteruskan, ada bagusnya dia angkat kaki,kan?
"Ummi, Sham masuk dulu. Bye sayang."
Hajah Kalsom diam saja, pandang Hisham yang bergerak masuk.
"Sham..."
Dia berhenti seketika.
"Kamu ada jumpa Zarra ke?"
Allah. Macam kena hempap dengan batu. Dia pasti, ummi pakai tembak saja. Tapi tembak ummi itu betul, tepat ke dahinya.
Kali ini dia nampak sepasang mata umminya sedikit membulat. Ahhh sudahhh...
"Sham, kamu cakap baik-baik. Kamu nampak Zarra kan, jumpa dia? Kat mana? Macam mana dia?"
Dia tarik nafas dalam-dalam. Dia belum bersedia, paling penting, dia perlu pastikan yang itu sememangnya Zarra. Zarra Zainal.
"Tak, Sham tak jumpa dia, tak nampak dia, mi. Pandai-pandai aje ummi ni." Maafkan, Sham. Belum masanya lagi, mi. Sham sendiri masih terkejut.
YOU ARE READING
SERIBU RINDU
RomanceZarra. Nampak saja suka ketawa, gila-gila. Hatinya? Menangis dan menderita. Sepuluh tahun lalu, Zarra lalui satu kepedihan hidup dek kerana lelaki yang bernama Hisham. Dia benci Hisham. Benci sebenci-bencinya! Dewasa, dia mengerti bagaimana mahu mel...