BAB 4

1.3K 9 0
                                    

Bunyi ombak buat dia tersenyum. Hari ini dia shift pagi. Sengaja dia ke sini, mahu berehat sebelum pulang ke kuarters. Dilla dah lama balik, membuta la tu. Dia bersandar pada pohon kelapa yang jauh dari pandangan mata. Kalau lelapkan mata pun boleh saja kan? Dia tersenyum sendiri.

"Boleh abang join Zarra?"

Allahuakbar.

Berhenti degup jantungnya. Dia pandang keliling.

"Zarra cari siapa? Abang datang sorang-soranglah..."

Dia bungkam. Kau datang sorang-sorang ke, dengan rombongan Cik Kiah ke, ada dia kisah? Cepat-cepat dia bangun, kebas kain laju-laju.

Hisham garu kepala. Ni kalau dia peluk si Zarra, mesti dia kena campak dalam laut. Pantas dia ke depan, menghalang laluan.

Terbeliak matanya. Karang aku sepak kelangkang jantan ni kang susah pula dia di kemudian hari.

"Step aside, Mr. Hisham."

Ouihh...speaking.

"Saya tak paham,"balasnya senyum-senyum.

Hah! Lupa. Si tongong depan ni kan belajar kat Korea, mana dia faham bahasa lain kan?

"Tolong ke tepi."

"Tepi sebelah mana? Kanan ke kiri?" Hahahaha...bijaknya soalan. Bangga dia kejap.

Ohhh...kau memang nak cari penyakit, kan? Zarra pusing belakang, jalan laju-laju.

Okay, pandai. Tricky juga minah ni. Hisham berlari, pantas dan laju.

"Stop! Please Zarra..."

"Huh...saya tak paham."

Hisham renung wajah amarah itu. Aduhai, cantiknya. Dulu, sewaktu mereka sama-sama remaja, Zarra gadis tercantik di matanya. Kini, bila gadis itu bertukar menjadi wanita, Zarra sememangnya tercantik di matanya sampai bila-bila. Mata itu. Sepasang mata coklat cair itu buat dia mahu melutut.

Melutut.

Ya, melutut.

Kali ini dia betul-betul melutut. Melutut di hadapan Zarra.

Ya Allah, apa ni? Dia pandang kiri-kanan. Janganlah ada orang nampak. Kenapa jantan ni siap melutut bagai ni? Aku bagi deathkick karang...adoiiiiii!

"Abang mohon ampun. Abang mohon maaf. Abang tahu abang salah. Abang berdosa. Apa yang abang buat pada Zarra, tak ada alasan untuknya. Abang ikut nafsu. Abang gila hari tu. Abang gilakan Zarra."

Zarra kaku. Segala ingatannya pada hari itu datang kembali. Terketar-ketar tangannya, mahu saja dia rebah di situ. Berani Hisham. Berani lelaki itu menyebut peristiwa itu. Dia ketapkan bibir, menahan sebak yang kian menunjal.

Hisham bangun perlahan-lahan, berhadapan dengan dosa silam sesungguhnya sangat memeritkan. Lebih-lebih lagi bila dosa yang dibuatnya melibatkan insan lain. Melibatkan maruah dan kehormatan.

"Tolong abang, Zarra...ampunkan abang, maafkan abang." Bergetar suara lelakinya. Dia ikhlas memohon maaf. Sungguh, dia mahu Zarra memaafkan dia. Beban dan dosa itu terlalu berat untuk dia tanggung.

Kenapa? Kenapa hatinya yang dia pagar, teguhkan selama ini akhirnya runtuh dalam airmata. Kalau diikutkan hatinya, dia tampar, dia sepak terajang lelaki di hadapannya ini. Apa? Apa yang maaf yang dia berikan mampu buat? Legakan hati lelaki itu? Bagaimana dengan dia? Ya. Selama ini dia kuat. Dia kuat kerana dia pasti, sebaik saja keluarga Hisham berpindah, dia aman. Dia pasti yang dia dan Hisham takkan bertemu hingga mati. Dia sangat pasti. Zarra kesat pipi, berkali-kali.

SERIBU RINDUWhere stories live. Discover now