BAB 2

4.2K 15 0
                                    

"Yang engkau senyum manjang macam kena sampuk ni kenapa?"

Dilla muncungkan bibir. Tangannya meregang kemudian gadis itu menggeliat.

"Rugi kau."

Rugi apa bendanya. Bukannya dia main saham ke apa? Zarra betulkan kain yang sedikit senget. Haishhh...menyusahkan betul.

"Tadi, AGM baru datang sini...humangai...meletup, marbeles dia punya kekacakan. Aku tergoda..."

Dah sudah...kena penangan angin senyonyong la ni...

"Dah kalau hensem sangat, apasal kau tak telan aje dia."

Dilla sengih-sengih. "Zack...kalau dia izinkan, aku telan dia dia betul-betul."

Mereka sama-sama ketawa.

Bongok. Beranganlah. Berangan saja sudah cukup. Bukan salah pun.

"Hoi, dah gila ke apa korang nih?" tegur Naim dengan jungkitan kening.

Zarra pandang Dilla, Dilla pandang dia. Kali ini serentak mereka ketawa.

Naim geleng-geleng kepala. Apalah nasibnya kena kerja dengan budak dua ekor nih...

Dia lunjurkan kaki. Bukan penat sangat, Cuma rasa mengantuk mula mengusai fikiran. Hisham sandar badan, pejamkan mata.

"Penat, Sham?"

Dia senyum dalam diam, buka mata pun tidak. Ummi.

"Tak, mengantuk. Apa tu?"

Hajah Kalsom duduk, meletakkan hidangan.

"Laksam dengan kopi. Minum dulu, nanti mandi, solat maghrib. Dah tak lama ni nak masuk maghrib."

Ohhh...patut pun sedap baunya. Ummi buat laksam. Dia menggeliat, buka mata. "Tini kirim salam."

Hajah Kalsom diam sahaja. Angguk cuma. Jeling Hisham yang jungkitkan kening padanya.

"Waalaikumussalam."

Perlahan saja dia menjawab.

Hisham senyum. "Amboi, jawab macam tak nak jawab saja." Diangkatnya mangkuk kaca yang berisi laksam itu lalu dihirup kuah. Hmmm...sedapnya.

"Ummi tetap jawab,kan?"

Dia suapkan laksam ke mulut. Sedapnya. Lemak dan masin serba kena. Kuah pun pekat dengan ulam-ulam.

"Iya. Sham dengar."

"Kamu betul sukakan dia?"

Aduh, dia baru mahu menyambung suap.

"Kenapa, tak boleh?"

Hajah Kalsom pandang Hisham lama-lama. Anak itu tersengih, sibuk menyuap laksam ke mulut.

"Bukan, Sham. Kita ni pipit, dia tu enggang..."

Hah! Keluar cerita burung pula. Hisham letakkan mangkuk. Diteguknya kopi yang masih suam itu perlahan-lahan.

"Pipit dengan enggang pun sama, mi. Kalau masuk dalam zoo, sama juga darjatnya." Hehehe...pandai tak dia?

Huh. Ni yang dia malas nak bertekak dengan Hisham. Cakap jalan kiri, dia tetap pusing ke kanan.

"Janji kamu macam mana?"

Kali ini dia diam. Hisham sandarkan badan, renung siling seketika.

"Sham rasa dia dah kahwin, mi."

Kali ini umminya kembali duduk. "Mana kamu tahu? Kamu ada jumpa dia?"

Hisham geleng kepala. Mana mungkin dia jumpa dengan gadis itu. Sepuluh tahun lamanya dia tinggalkan Malaysia, juga Terengganu. Gadis itu mungkin sudah berubah, menjadi milik seseorang.

SERIBU RINDUWhere stories live. Discover now