Puas hatinya. Kartini menyedut air itu perlahan-lahan. Hatinya sesejuk air yang ditelan. Beberapa potongan daging juga disuapnya ke mulut. Sedap, lembut dan berjus.
"Baru kena dengan tempat dia, Miss Tini. Kalau dia tak larat nanti, tahulah dia berhenti kerja sendiri."
Kartini senyum senget. Dia bukannya kejam sangat. Kerjalah kalau nak kerja, jangan ganggu Hisham sudah. Sekampung ke, satu sekolah ke, itu cerita lama. Manusia banyak sangat emosi. Cerita lama pun mahu dikenang-kenang. Kenal masa kecil, sekarang sudah besar, takkan mahu bermain pondok-pondok lagi kot. Childish.
"Jadi orang kampung Hisham tu dah start kerja di housekeeping lah?"
Liyana angguk laju-laju.
"Tapi Puan Fetty dengan Madam Jayasri sibuk tanyakan dia, boleh ke buat kerja kat situ. Menyibuk je dua manusia tu."
"Fetty dengan Jayasri di HR tu? Cakap dengan dorang, jangan menyibuk. Nanti dengan dorang I suruh buat kerja Housekeeping."
Liyana tergelak. Kan, kalau Fetty kena pecat lagi baik, boleh dia minta Kartini naikkan pangkat, gantikan tempat Fetty.
"I tak rasa Hisham tahu niat si Zarra tu, Miss Tini."
Kartini telan daging steak itu perlahan-lahan. "Maksud you?"
Liyana pandang Kartini, kerutkan dahi seketika. "I rasa kan, Miss Tini...Zarra tu memang ada niat nak usha Hisham. Yalah, dia tahu Hisham tu kan sekarang ni dah berjawatan besar, anak orang senang kan. Mesti dia ada niat mahu dekatkan diri."
Kali ini dia letakkan garfu dia perlahan-lahan. Kartini angkat gelas, teguk air beberapa kali. "Betul juga cakap kau ni kan. Takkan Hisham, mesti budak bodoh tu yang menyibuk nak menempel. Parasit."
Bulat mata Liyana. "Betul tu, Miss Tini. Dia memang parasit."
Kartini senyum. Dia sudah masak dengan perangai 'parasit'. Ni ha, depan mata dia, sama juga. Si Liyana ni parasit juga, bezanya Liyana pandai mengambil hatinya, pandai cari berita dan cerita. Lebih tepat lagi, Liyana jadi mata dan telinga dia di sini. Hah! Kalau dah lumpur, palit kat mana-mana pun tetap lumpur. Dia tersenyum sendiri.
"Bila Miss Tini nak buat spotcheck lagi?" soal Liyana serius.
Kartini geleng kepala. "I tak boleh selalu datang, Sham marah. Papa pun. Papa tu selalu take side, sokong Sham."
Liyana ketawa kecil. "Laa...kalau bukan papa you, siapa lagi yang nak sokong Hisham. Dia kan bakal menantu Tengku, mesti dia sokong Hisham."
Logik juga alasan si Liyana ni. Kartini kembali senyum. "Okaylah...nanti I belikan handbag baru untuk you. Minggu depan I nak pergi KL, pergi Pavillion."
Liyana tersengih macam kera dapat bunga. Tak sia-sia dia mengorek cerita. Akhirnya dapat juga habuan yang diidam-idamkan.
"Alaaa...it's okay, Miss Tini. I cuma nak tolong you saja."
Kartini senyum. Huh...aku kenal siapa kau.
"No, no...you memang penting buat I. You are my friend, right?"
Liyana cepat-cepat tersenyum. Huihhh...kembang hatinya.
Alahai...macam tongkang pecah. Comforter kat lantai, bantal pun kat lantai. Nasib baik tilam tak bergerak. Tidur ke mengamuk penghuni bilik ni? Zarra geleng kepala. Dia kutip semuanya lalu susunkan di hujung bilik. Pintu bathroom itu dibukanya perlahan. Amboiii...tuala pun main campak macam tu...orang ke monyet ni?
Wanie tarik troli perlahan-lahan ke dalam ruang bilik. Terbeliak matanya memandang. Sah. Ni mesti couple honeymoon punya kerja. Bunga mawar pun main tabur-tabur atas lantai. Dia cekak pinggang.
YOU ARE READING
SERIBU RINDU
RomanceZarra. Nampak saja suka ketawa, gila-gila. Hatinya? Menangis dan menderita. Sepuluh tahun lalu, Zarra lalui satu kepedihan hidup dek kerana lelaki yang bernama Hisham. Dia benci Hisham. Benci sebenci-bencinya! Dewasa, dia mengerti bagaimana mahu mel...