BAB 5

1.1K 6 0
                                    

Sunyi.

Ida tarik daun pintu pelan-pelan.

Memang sunyi.

Lili dah masuk kerja agaknya. Dia mahu mandi. Pagi tadi pun, dia hanya sempat ambil wuduk, tak mahu dia bertembung dengan sesiapa.

"Aku ingat kau dah mati."

Nasib baik tak tergolek dia di situ. Ida urut dada.

"Ida, apa ni? Apa kena ni?!"

Dia mahu masuk ke bilik namun tangan Zarra lebih pantas memegangnya. Dilla juga sama, siap berkawal di depan pintu.

"Ya Allah...kenapa bibir kau pecah ni, Da? Kau taruk ubat tak?"

"Aku jatuh kat tangga semalam. Mengantuk kot."

Dilla dengus nafas. "Kau cakap betul-betul, Da, aku lempang kau nanti."

Ida pandang Dilla, pegang tangan Dilla kuat-kuat. "Betul, La...aku jatuh semalam."Ada getar dalam suaranya. Beberapa kali dia mengalihkan wajah, menyembunyikannya di balik tuala.

"Kalau kau jatuh, dengan gigi kau sekali patah tau. Ini. Ini pecah macam kena tumbuk!"

Zarra diamkan diri. Tarik tangan Ida yang sejuk.

"Ida, tolong. Tolong kami tolong kau. Kalau kau betul jatuh sekalipun, jom kita ke klinik."

Ida geleng cepat-cepat. "Aku okay, aku dah taruk minyak gamat dah."

"Minyak gamat? Mari aku taruk minyak panas kat muka kau, mau?!"

"La...sabar..."

Dilla peluk tubuh. Dia tahu. Ibunya sama macam Ida. Kena belasah dengan bapaknya, masih cakap jatuh, tergelincir. Sehinggalah saat bapak meninggal dunia akibat kemalangan, ibu tetap setia. Dia tahu, dia faham segala keperitan yang dilalui Ida.

"Ida, aku ni, kalau kau nak mampus sekalipun, jangan depan aku, depan kawan-kawan kita. Aku tahu kau sayang Halim, tapi ini bukan sayang. Apa guna kau bela dia, cintakan dia kalau ini yang kau dapat hari-hari, Da? Cuba kau cakap dengan aku, Da? Apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat?!"

Kali ini dia menangis. Airmata yang turun tak dapat ditahannya lagi. Semalam juga dia menangis, namun seperlahan mungkin.

"Cukuplah, Da. Putus saja dengan Halim. Aku tak sanggup tengok kau macam ni..."

Ida menangis dan menangis lagi. Kalaulah dia mampu dan semudah itu.

Mahu dia melompat bila tengok mak. Diambilnya si Abam yang sedang tidur dipangkin kayu. Amboi...membuta kerjanya. Nasib baik kucing, kalau orang dia dah ikat pada tiang, sesen tak guna kalau asyik membuta.

"Bangunlah! Aku suruh kau jaga rumah, jaga mak, jaga nenek...ni siapa yang jaga siapa ni?!"

Kucing itu menggeliat. Mengiau panjang sambil menjilat mukanya.

Zarra gomol si Abam. Rindunya dia pada anak bulusnya ini. Dia letakkan Abam kembali ke pangkin, menyalami tangan Aini.

"Kenapa balik? Esok shift petang ke?" soal Aini mengah. Petang-petang macam ni memang dia senang ke tanah. Berkebun, bersihkan laman rumah.

"Esok Zarra off. Baliklah. Lagipun rindu mak...mana nenek?"

Aini senyum simpul.

"Ada, lelap kot. Nenek demam sikit semalam. Mak suruh dia rehat saja. Lagipun cuaca pun panas sangat campur dengan jerebu ni."

"La...habis tu dah ada ubat? Kalau tak ada, Zarra pergi beli kejap. Mak, ambik ni. Zarra cari ubat nenek kejap."

"Eh, kalau ya pun, naik dulu."

SERIBU RINDUWhere stories live. Discover now