Tzuyu POV
Sewaktu aku ingin berlari ke arahnya, tiba-tiba semuanya menjadi kabur.
******
"Mark". Tiba-tiba baru aku sedar yang aku hanya bermimpi. Nasib baik aku tidak menjerit nama Mark dengan kuat. Tapi kenapa aku mimpi perkara yang sama berlaku. Petikan jari telah membawa ku ke dunia realiti. "Weyh kau ni kenapa??? Kita dah sampai dah"kata Chaeyoung. "Ohh,ok". Aku pun keluar dari bas dan menghirup udara segar. Sejurus sahaja aku keluar dari bas,aku terlihat sebuah stesen bas yang berdekatan. Tiba-tiba,kenangan pahit itu bermain di fikiran ku. Secara tiba-tiba,aku mengalirkan air mata yang tidak ingin aku tunjukkan kepada sesiapa. Aku terus mengelap air mataku dan mengambil barang-barangku.Jungkook POV
Aku keluar je dari bas,terus aku menghirup udara segar. Dan tiba-tiba aku terlihat Tzuyu seperti sedang menangis. Dengan cepat dia terus mengelap air matanya. Ada benda ke yang dia sorok dari aku sebelum ni??Bukankah dulu aku kawan baik dia. Hish dah lah tu,buat apa aku nak fikir pasal dia??Aku bukannya kawan baik dia lagi. Yeri pun menghampiriku sambil membawa barangan ku. "Eh Yeri buat apa kat sini"tanyaku. "Buat apa you kata?? You ni dahlah I penat bawa barang you ni. Nasib baiklah kekasih hati you ni baik"katanya. "Yelah sorry ye darling....nanti I tolong bawakan barang you eh. Dah jangan nak muncung dah. Nanti I kiss baru tahu"kataku. "Eeeeeee,gatal"katanya. Comel betul Yeri ni.
Tzuyu POV
Eeee,dari tadi aku dengar je perbualan si pasangan sejoli tu. Nak kiss lah apa lah. Memang bertepuk sebelah tangan jelah kau Tzuyu. Aku pun pergilah beratur kat barisan perempuan. Yesssss,barisan lelaki dan perempuan diasingkan. Tapi yang menyedihkan aku duduk di belakang Yeri. Takpe Tzuyu kau bukannya lemah pun. Kan dulu tiada siapa yang berani berdebat dengan kau. Dengan beraninya,akupun beratur di belakang Yeri. "Well, I rasa kan Jungkook dah memang fall in love dengan I la,sampai sekarang macam tak nak lepas kan I je. Kejap-kejap nak pegang tangan I. So sweet"kata Yeri kuat sengaja nak biar aku dengar. Macamlah aku kesah. Nak je aku termuntah. Eh eh tak jadi,nanti jadi macam tadi betul-betul muntah habis kau Tzuyu. Aku pun hanya memekakkan telinga jelah. Biar dia rasa macam kena palau. Hahahaha. "Ish kesiannya,ada seorang perempuan ni kan cakap seorang diri. Lepastu tergelak sorang-sorang. Biasanya orang yang tergelak sorang-sorang ni ada masalah mental"kataku dengan kuat. Semua pelajar memandangku ada juga yang bertanya siapa. Tapi aku hanya mendiamkan diri Dan senyum sahaja. Yeri,apalagi muka dah mengalahkan gunung berapa dah tu. Hah sapa suruh nak borak ngan aku. Aku ni dahlah ratu berdebat. Yeah 1-0. Dan nama kami dipanggil. Yeay nasib baik aku tak sebilik dengan si Yeri tu. Aku pun pergilah ke khemah aku dengan perasaan gembira. Tapi takdelah sampai overacting pulak. Nanti orang ingat aku ni gila pula. Aku pun masuk ke dalam khemah ku. Sebelum tu, khemah memang dah sedia pasang sebab tulah kitorang tak yah pasang khemah. Tiba-tiba aku dengar zip khemahku dibuka. Waktu dia masuk je dalam khemah aku. Mulutku hanya ternganga dengan kecantikan dia. "Awak kenapa awak ternganga ni"tanya wanita itu. Tiba-tiba aku kembali ke realiti. "Nama awak siapa??"tanyaku. "Seolhyun"jawabnya. "Tzuyu". Kami pun berjabat tangan. "Awak memang cantik kan"kataku kepada seolhyun. "Eh takdelah,awak pun apa kurangnya"kata seolhyun. "Alah awak ni terlalu merendah dirilah"kataku. Kami pun mulalah berbual sehingga kami terdengar arahan dari guru. Baru aku nak keluar dari khemah, batuk-batuk ku datang. Tapi teruk sikit batuk aku sampai keluar darah. Aku pun cepat-cepat ambil tissue lepastu lap semula darah tu. Seolhyun memang dah cemas dah tu tapi aku meyakinkan dia yang aku okey.
*********
"Baiklah semua,aktiviti kamu yang pertama ialah jungle trecking. Jadi saya nak kamu semua akan berkumpulan. Satu kumpulan 4 orang dan ahli kumpulan kami akan aturkan. Saya nak kamu kira sehingga empat"kata guru yang bertugas itu. Kami pun mulalah mengira. Yeri,1 jungkook,2 Mingyu,3 dan aku 4. What???Aku kumpulan ngan pasangan tak seberapa sejoli tu. Huhuhuhu. Takpe nasib baik ada Mingyu takdelah aku jadi nyamuk nanti.*****************
Kami pun memulakan aktiviti jungle trecking. Kami perlu mengikuti anak panah yang disediakan. Dan kami perlu berjalan dalam barisan. Aku berdiri di belakang Jungkook,yelah kena beratur kan. "Hei perempuan,bagi aku diri kat belakang kekasih hati aku"kata Yeri. "Sapa dapat dulu dialah yang punya"kataku selamba. "Hoi perempuan kau ni memang tak guna kan. Dah la bunuh crush aku dulu, sekarang nak ambil kekasih hati aku ni pula kau ni memang perampas kan. Mak bapak kau tak ajar kan"bisik Yeri membuatkan hati ku panas. Nasib baik time tu Mingyu dengan Jungkook tak dengar. "Woi perempuan kau jangan nak babitkan mak bapak aku eh. Aku lempang kau sia-sia je hidup. Dan kau jangan nak ungkit lagi pasal tu"kataku dengan bengang. "Ooh kau nak lempang aku lempang lah. Patutlah anak macam ni. Mak bapak tak ajar. Kesiannya. Entah-entah mak bapak kau pun sama macam kau kan. Perampas"kata Yeri lagi. Kali ni memang aku dah tak tahan marah aku. Aku menampar Yeri. Puas hati aku. "Tzuyu"jerit seseorang. Aku menoleh dan rupanya orang yang menjerit namaku tadi ialah Jungkook. "Kenapa kau tampar muka Yeri ha"kata Jungkook dengan bengisnya. "Kau tak tahu apa-apa diam"kataku.Pang
Aku memegang pipiku yang sudah ditampar oleh Jungkook. Termasuk ni dah dua kali aku kena tampar dengan Jungkook. "Kau jangan pernah nak tampar Yeri lagi. Kau ni memang suka tampar muka orang sesuka hatikan. Perempuan tak guna". Zappp. Kata-kata Jungkook memang membuatkan hatiku pedih sekali. "Kau tak tahu apa-apa jangan memandai nak tampar muka aku. Lebih baik kau kaunselingkan kekasih hati kau tu. Eloklah tu dua-dua perangai sama je cantik sangat"kataku. Jungkook dan Yeri pun pergi kerana terlalu bengang. Sejurus sahaja mereka pergi,aku menangis sepuas-puasnya. Tiba-tiba aku terasa seseorang mengusap belakang ku . Dan orang itu ialah Mingyu. Aku memeluk Mingyu kuat dan menangis di pangkuannya. Mingyu meleraikan pelukan selepas tangisan ku sudah reda. Mingyu pun membawa ku keluar dari hutan yang menjadi tempat aktiviti jungle trecking kami. Selepas aktiviti jungle tracking,kami disuruh untuk berehat terlebih dahulu. Aku pun mengambil langkah ke khemahku. Baru setengah langkah, tiba-tiba aku terdengar seperti orang meminta tolong. Aku pun pergi ke arah suara itu. Dah rupanya suara itu kepunyaan Irene,teman sekhemah Yeri. "Tzuyu tolong....Yeri lemas kat sungai tu. Mula-mula dia kata dia nak basuh kaki je. Rupa-rupanya sungai tu dalam. Tolong Tzuyu ...Yeri tak pandai berenang"kata Irene dengan wajah yang cemas. Aku pun bergegas ke sungai yang dikatakan oleh Irene itu. Walaupun aku benci dengan Yeri,tapi aku takdelah teruk sampai tak nak tolong dia waktu dia dalam masalah. Sampai je dekat sungai itu,aku pun pergi mendapatkan Yeri yang hampir lemas tu. Akhirnya aku dapat menarik Yeri naik ke darat. Dan sejurus itu, guru pun datang. "Tzuyu kenapa kamu tolak Yeri masuk dalam sungai tu?? Kamu kan tahu yang sungai tu dalam"marah cikgu yang bertugas. "Cikgu mana ada saya tolak Yeri,saya yang tolong dialah cikgu"terangku. "Kamu jangan bohong Tzuyu,cikgu ada saksi yang mengatakan kamu yang tolak Yeri". Cikgu menyuruhnya saksi memberitahu perkara yang sebenar. "Betul cikgu,saya yang nampak Tzuyu tolak Yeri. Mula-mula dia tolak Yeri,lepastu dia buat-buat nak tolong Yeri". Suara ni.....Macam aku cam. Dan sangkaan ku tepat. Orang yang menjadi saksi itu ialah Irene. Bagus Tzuyu, sekarang padan muka kau. Tulah baik sangat. "Tzuyu,kamu telah disqualified dari aktiviti hari ni"kata guru yang bertugas dengan tegas. Aku pun hanya menuruti sahaja.
************
Ahhhhhh. "Kenapa masalah datang satu-satu"kata ku dalam keadaan menangis. Memang aku ni bodoh pergi percayakan diorang. Kenapa diorang benci aku. Sekarang aku akan mula move on dari Jungkook supaya masalah tidak jadi lagi banyak. "Saya tahu awak tak salah". Tegur seseorang. Aku terus mengesat sisa air mataku. Dan orang itu ialah Seolhyun. Aku hanya mampu tersenyum walaupun dalam hati lain. "Awak buat apa kat sini"tanyaku. "Saya saja nak teman awak kat sini"kata Seolhyun sambil mengambil tempat di sebelahku. "Saya pun pernah mengalami perkara ni sebelum ini"kata Seolhyun. "Maksud awak???"tanyaku. "Awak janganlah pendam,nanti awak akan jadi lagi teruk"kata Seolhyun cuba untuk menenangkan ku. "Awak boleh menangis,saya tak kisah. Sebab saya pernah lalui apa yang awak tengah lalui sekarang". Aku pun menangis sepuas-puasnya. Aku dah tak tahan. Aku dah tak kuat. Tiba-tiba aku batuk-batuk dengan teruk sampai terkeluar darah yang banyak. Terus aku mengambil tissue di dalam beg supaya penyakit ku tak diketahui oleh Seolhyun. "Awak okey tak ni"tanya Seolhyun cemas. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. "Saya pergi tolong ambilkan air untuk awak"kata Seolhyun Dan berlalu pergi. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk memakan ubat. Setelah memakan ubat, Seolhyun pun sudah sampai dan terus memberikan air kepadaku. Aku memberikan senyuman kepadanya. "Awak rehat lah dulu"kata Seolhyun. Setelah beberapa minit,aku pun sudah terlena dibuai ke dalam alam mimpi.
YOU ARE READING
Friendship love [Tzukook Fanfic]
FanfictionTzuyu merupakan rakan yang sangat rapat bagi Jungkook. Mereka telah berkawan sejak berumur 5 tahun. Namun ada sebuah rahsia yang disimpan oleh Tzuyu tanpa pengetahuan Jungkook. Tetapi disebabkan Jungkook perlu berpindah ke Australia semasa berumur 1...