Chapter 12

1K 67 5
                                    

Tzuyu POV

Yeay hari ni mak aku balik. Kalau nak diikutkan, sebenarnya hari ni aku ada appointment dengan doktor. Tapi takpalah lambat sikit je.

Hari ni aku akan ke airport jemput mak ngan ayah aku. Aku naik Nayeon unnie sebab twice unnie yang lain ada hal.

*******************

Di airport

"Eomma"jeritku.

"Tzuyu,wah sihat anak eomma"kata eomma ku.

"Ish budak dua orang ni,macam lima tahun tak jumpa"kata appa ku sambil menggeleng.

"Eh Nayeon,marilah ikut kami balik rumah. Makan-makan sikit"ajak mak ku.

"Eh takpalah cik,saya nak kena pergi dah sebab ada emergency sikit. Maaf ye. Tzuyu unnie pergi dulu tau". Nayeon unnie melambaiku. Aku pun membalasnya.

*********
"Ahhh....penatnyaa".

Aku pun melangkah malas ke tandas untuk membersihkan diri.

Selesai mandi aku pun baring kat katil. Penat kot. Seharian tolong eomma ngan appa.

Baru aku nak tidur,tetiba kepala aku rasa sakit sangat. Tak boleh nak tafsir sakit dia.

Perlahan-lahan aku ambil telefon lalu menghantar mesej kepada Dr. Park.

To: Dr. Park

Doktor,kenapa kepala saya hari ni rasa pening ye?

From:Dr. Park

Itu mungkin perkara biasa. Lagipun kan memang kamu dah selalu pening.

To: Dr. Park

Tapi pening saya lain macam lah doktor. Rasa macam nak rebah pun ada.

From: Dr. Park

Apa kata kamu datang kat hospital buat rawatan. Kan kamu skip.

To: Dr. Park

Baiklah doktor saya akan datang petang esok.

Aku pun meletakkan henfon ku di atas meja dan memjamkan mata.

************

Aku menunggu Dr. Park di ruang menunggu yang disediakan. Setelah namaku dipanggil, aku pun masuk ke dalam bilik rawatan.

"Semenjak dua menjak ni kamu ada apa-apa perubahan ke?"tanya Dr. Park.

"Muntah tu biasalah. Batuk pula darah banyak sampai saya ingin pakai baju putih pagi tadi tertangguh kerana terkena darah. Tapi yang paling ketara pening saya. Memang dah teruk"kataku.

"Tzuyu,kamu yakin tidak mahu beritahu keluarkan kamu tentang penyakit ni?"

"Saya bukan tak nak tapi saya tak nak menyusahkan mereka".

"Baiklah kalau kamu cakap macam tu. Tapi kalau kamu jadi lebih teruk dari ni sila cepat-cepat datang ke hospital kerana mungkin kamu akan membuat pembedahan"kata Dr. Park.

Aku pun pulang ke rumah.

Dalam perjalanan aku ke rumah,aku ternampak Jungkook duduk di bangku sambil menangis.

Aku pun mendekatinya.

"Jungkook"panggil ku.

Lantas itu dia mengangkat wajahnya.

Ya,dia menangis. Muka yang sembab dan mata yang dah merah kerana terlalu banyak menangis.

Baru aku ingin bertanyakan kenapa,terus dia memeluk ku.

Aku terkedu.

Perlahan-lahan aku mengusap belakangnya.
Selepas tangisannya reda,aku pun melepaskan pelukan kami.

"Kenapa kau menangis?"tanyaku lembut.

"Aku tak sangka Tzuyu...sanggup dia tipu aku..dia curang dengan aku"katanya.

"Siapa?"tanya ku lagi.

"Yeri"jawabnya.

Sekali lagi aku terkedu. Sanggup dia buat Jungkook macam ni. Aku dah agak memang dia hanya gunakan Jungkook untuk mempermainkan perasaan aku.

"Takpelah. Kau buanglah diri dia dari hidup kau. Perlahan-lahan move on. Aku janji akan tolong kau". Kataku.

"Terima kasih. Maaf sebab peluk kau tadi"katanya.

Aku menghantarnya pulang.

*********
Hari ni sekolah. Huaaaaaa penatnya.

Hari ni aku ke sekolah bersama twice unnie. Sampai sahaja di hadapan kelas,aku pun melambaikan tangan ke arah twice unnie yang lain.

Sampai je kat tempat aku....aku rasa lain macam. Mana taknye,tempat duduk Mingyu sudah diduduki oleh Jungkook.

Jungkook memandangku sambil kening terangkat.

"Kau nak diri kat situ sampai habis sekolah ke"tanyanya.

"Kenapa kau duduk kat tempat Mingyu?"tanyaku.

"Kenapa salahkah? Takde nama dia pun kat meja ngan kerusi ni"katanya selamba.

Malas nak melayannya. Aku pun duduk jelah kat sebelah dia. Nak buat macam mana memang tempat aku kat situ.

Selepas beberapa minit Mingyu pun masuk ke dalam kelas dengan muka hairan.

Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Dia hanya mengangguk Dan duduk di tempat Jungkook.

Yeri pulak dah tukar tempat duduk ngan mamat yang jadi seatmate dia kat bas haritu.

Jungkook pulak makin lama makin pelik aku tengok. Janganlah kau buat aku jatuh cinta kat kau lagi Jungkook.

**************
Tzuyu POV

Tetiba pulak rasa macam nak balik sekolah sorang-sorang hari ni. Waktu aku dalam perjalanan balik, aku adalah lalu satu lorong yang gelap ni.

Rasa seram pun ada jugak. Meremang buku roma.

Mana tak nya. Sekarang ni aku tengah dengar orang menangis.

Menyesal aku lalu jalan sini.

Baru aku nak lari, aku ada dengar orang minta tolong.

Aku pun mendekati suara tersebut.

Dan suara itu ialah suara Yeri.

Aku mendekati Yeri yang sudah pengsan.

Friendship love [Tzukook Fanfic]Where stories live. Discover now