YOUNG BLOOD

2 0 0
                                    

CHAPTER EIGHT

//Highschool Runnow//
Melisha pov

'Dah 2 bulan budak tu tak sedarkan diri. Agaknya bagaimana dia sekarang'. Huh! Aku melepaskan keluhan berat. Ann yang berada di belakang menepuk bahu ku. "Oh mak kau terbang!" Latah ku. "Hey kau ni buat aku terperanjat lah". Ann ketawa geli hati agaknya sampai pegang perut.

"Hahaha... mak aku mana pandai terbang. Entah-entah mak kau tu yang terbang. Haha" amboi lucu sangat lah tu. "Dah lah gelak. Apa yg lucu sangat." Kataku sambil acah-acah hendak marah. "Haha okey2. Salah kau juga sebab termenung tadi. Baru cuit sikit dah melatah.. alahai jauh menung. Fikirkan siapa?" Soal Ann. Aku mengerutkan dahi.

"Mana ada aku mengelamun tadi. Aku cuma tengok kat luar je" dalihku. "Eleh ye lah tu. Ke kau tengah fikirkan si budak tu. Ye lah dah 2 bulan mesti kau rindukan dia kan. Haha" dan Ann kembali ketawakan aku. Aku mencubit bahunya. Tawanya terhenti disebabkan menahan kesakitan. "Aduh sakit lah. Aku gurau je pun nak marah. Hah entah-entah betul kau rindukan dia?". Katanya membuatku terdiam .

"Kenapa diam? Memang betul kan apa aku katakan tu?" Tambahnya lagi. "Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa hatiku selalu fikirkan dia. Aku dah gila agaknya". Ann tersengih mendengarnya lalu bangun berlari keluar kelas sambil menjerit "Melisha fall in love with Nick!!"

Aku membulatkan mata mendengar Ann melaungkan perkataan tersebut.. "Tak guna kau Ann!". Aku mengejarnya...

Reyo pov

Aku membelek buku novel dari tadi tanpa membacanya. Fikiran ku menerawang kepada Nick. 'Bila agaknya dia akan sedar dan datang le sekolah. Aku dah rindu pada dia'. Aku mengarahkan pandangan ku ke luar kelas. Tak lama kemudian aku melihat kelibat Ann dan Melisha berlari berkejaran. "Melisha fall in love with Nick!" Kata Ann dengan nada menjerit.

Aku mengorek telinga untuk memastikan yang aku tak salah dengar. Takkanlah Melisha jatuh hati pada Nick. Kan dia benci sangat padanya. Aku bangun dan berjalan keluar untuk melihat 2 ekor babun tu berkejaran. Tak lama kemudian, kedengaran satu suara melalui pembesar suara.

"Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul ke padang sekolah sekarang juga. Arahan Pengetua". Aku pun melangkah menuju ku padang sekolah. 5 minit kemudian padang itu telah dipenuhi oleh pelajar dan beberapa orang guru.

"Baiklah. Di sini saya ingin memberitahu khabar terkini kepada anda semua tentang pelajar kita yang ditimpa kemalangan hari itu. Mengikut laporan doktor dia telah sedar dan kemungkinan akan datang ke sekolah dalam beberapa waktu lagi." Aku bagai tak percaya mendengarnya. "Dan sekarang mengenai disiplin anda semua. Bla bla bla.." aku tak mendengarkan kata-kata pengetua yang lain kerana aku hanya memikirkan Nick. Entah bagaimana mataku terarah kepada Melisha yang sedang tunduk dan senyum sendirian. "Baiklah itu sahaja. Anda boleh bersurai" arah pengetua. Aku dan yang lain-lain masuk ke kelas..

//hospital//
Puan Dory pov
Aku bangun menuju ke pintu. Baru sahaja aku hendak membuka pintu wad, Nick menjerit dengan lantang. "Aarrghh!"

Aku terkejut lantas bergegas ke arah Nick yang tengah memegang kepalanya. "Nick kenapa ni. Kau tak apa-apa ke?". Aku memegang bahunya. Tak lama kemudian doktor masuk diikuti seorang nurse. "Nurse bantu saya untuk tenangkan dia" arah doktor. Nurse lantas memegang tangan Nick lalu doktor menyuntiknya. Tak lama kemudian Nick tertidur.

"Dok bagaimana keadaannya?". "Dia okey. Kami akan memeriksa keadaanya. Puan keluar sebentar". Aku hanya mengikut arahan doktor itu sambil hatiku tak putus-putus berdoa. Air mata kembali menangis. Nick sangat terseksa.

Beberapa minit kemudian, doktor itu keluar. aku bangun menuju ke arahnya. "Bagaimana dok?" Doktor menarik nafas. "Keadaan dia stabil tapi menurut dari pemeriksaan dia hilang sebahagian dari ingatannya" jelas doktor. Aku terdiam. "Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu" katanya lagi. "Ehm dok. Tolong hubungi pihak sekolah beritahu tentang keadaan Nick" pinta ku. "Baiklah puan." Katanya berlalu pergi. Aku kembali merenung pintu wad. Aku masuk dan melihat Nick yang sedang tidur.

Aku duduk di sisinya sambil mengusap pipinya. Aku ingin berdiri untuk mengambil air apabila ada tangan memegang tangan ku.

"Mama"...

To be continue...
See ya next chap.
@No_Namex01

YOUNG BLOOD Where stories live. Discover now