*CHAPTER ELEVEN*
Melisha pov
Aku melangkah menuju ke kantin seorang diri. 3 serangkai tu entah ke mana. Dari jauh aku melihat kelibat seseorang yang aku kenal. Aku mempercepatkan langkah ke arahnya. Seakan tak percaya, dia ialah Nick. Aku menjadi sangat gembira bila melihat dia. Tapi dia telah mengubah penampilannya. Tanpa sedar, aku memanggilnya.
"Nick" kataku sambil mata tak lepas memandangnya. Lantas dia berpaling menghadap aku. *kacaknya* . Aku tergamam melihat perubahan yang dilakukan Nick. Daripada seorang nerd menjadi seorang yang bergaya. "Ye kau panggil aku ke?" Tanya dia. Aku tersedar dari lamunan. "Hah ya. Betul ke kau ni Nick?" Soal ku seakan tak percaya. "Eh betul lah. Kau ni siapa ya? Macam pernah jumpa".
Aku terkejut mendengar jawabannya. 'Dia tak kenal aku? Apa yang terjadi pada dia?' . Aku memandang Reyo yang ada di sebelahnya. Reyo seakan mengerti lalu mendekati aku. "Dia mengalami simptom lupa ingatan. Yang dia ingat hanya aku, mama dia dan sekolah ini" terangnya pada ku. Aku menekup mulutku dan tanpa sedar air mata mula bergenang. Aku berpaling pergi dari situ menuju ke Taman Sains.
Aku menahan diri daripada menangis. Ye lah kenapa aku menangis sedangkan aku dulu bencikan dia. Kenapa sekarang aku rasa seperti ada perasaan sayang kat dia?. Aku dah gila agaknya. Takkan dia ubah penampilan membuat aku jatuh hati pula?. Dalam aku melayan perasaan, seseorang mendekati aku. Aku menoleh ke belakangku.
"Nick? K..kau b..buat ap..aa kat sini" kataku gagap. "Entahlah. Tempat ni macam biasa je kat aku. Seperti ada memori aku di sini. Aku tak ingat."balasnya sambil senyum. 'Aduh senyumannya. Boleh cair aku'. "Oh begitu. Reyo mana?" Aku mencari Reyo. Ye lah dia kan rakan baik Nick. "Dia ada urusan kat bilik guru" jawabnya. "Oh ya Reyo cakap kat aku yang kau ni Melisha yang sering buli aku dulu. Betul ke?"tambahnya lagi. Aku terdiam seketika. "Ya kau dah ingat ke?"
"Aku langsung tak ingat. Tapi aku rasa mustahil lah kau selalu buli aku dulu. Ye lah kau kan nampak seorang yang baik. Aku rasa bukan kau." Hatiku berbunga-bunga bila mendengar kata-kata Nick. Betul ke dia langsung tak ingat? "Macam mana kau tahu aku seorang yang baik?" Aku menyoal. "Seorang yang cantik macam kau mustahil suka buli orang. Orang yang cantik ialah orang yang baik" jawabnya.
Aku terdiam seketika. 'Kejap dia kata aku cantik? Kenapa jantungku berdebar-debar bila dia cakap macam tu.' "Macam mana dengan perempuan yang tak cantik?"kataku. "Well itu dari diri sendiri. Tapi bagi aku semua perempuan cantik. Kau salah seorangnya" Nick senyum. Jantungku bertambah berdebar sehingga aku dapat mendengarnya. Aku rasakan satu perasaan yang bersarang di hatiku sekarang. (Ceeeh!)
//rinng! rinng!//
Bunyi loceng berbunyi tanda waktu rehat dah habis. Aku memandang Nick. Dia juga memandang aku lalu senyum. Hatiku bergetar seperti terkena renjatan elektrik bila melihat senyumannya bagai 5 bintang itu. "Jumpa lagi ya Melisha. Aku pergi dulu. Jaga diri tau" Nick berdiri lalu pergi.
Aku masih duduk memikirkan setiap kata-kata Nick tadi. 'Dia kata aku ni cantik dan baik. Kenapa aku rasa gembira sangat bila berbual dengannya tadi. Aku dah sukakan dia ke?' . Aku senyum sendiri lalu bangun pergi kembali ke kelas. Sesampai sahaja di kelas Ann menyapa aku. "Uit kau pergi mana tadi Melisha?". Aku pandang dia dan tak endahkan pertanyaan Ann. "Kau rasa dia suka aku ke Ann?" Kataku. "Huh apa kau cakap ni dan siapa kau maksudkan?" Ann memandang ku penuh hairan.
"Aku rasa aku dah mula suka kat Nick lah. Hatiku tertawan dengan senyumannya" kataku dalam nada yang perlahan. Ann membulatkan matanya. "Hey kau ni okey ke tak?" Dia menyentuh dahiku. "Aku okey lah. Apa sentuh-sentuh ni" aku menepis tangannya. "Aku hairan sejak bila kau sukakan Nick. Kalau betul kau sukakan dia, cuba kau bagitahu aku sebabnya" Ann memandang ku.
"Aku suka dia sebab..."
To be continue..
Hehe well someone fall in love with Nick.
See ya next chapter.
@No_Namex01
YOU ARE READING
YOUNG BLOOD
Fanfiction©NICK ©MELISHA ©ANN ©ABBY ©LISA ©REYO INTRODUCE ©NICK > nerd dan pintar ©MELISHA > cantik dan pintar namun suka membuli Nick ©ANN > rajin dan rakan Melisha ©ABBY > kaki ejek dan rakan Melisha ©LISA > mulut murai dan kawan Melisha ©REYO > rakan setia...