Sarah POV
3 Bulan kemudian...
Aku jadi makin benci dengan si damia tu ! Mula-mula dia buat baik dengan kawan-kawan aku... Lepastu dia buat kawan-kawan aku percaya cakap dia ! Habis aku ni siapa bagi dia orang ?!
" Wei sarah, kenapa kau tak datang sekolah tadi ? Kau sakit ke ? " Soal syuhaila .
Aku bangun dari katil ku dan duduk menghadap syuhaila .
" Aku tak suka dengan cara korang yang buat aku ni macam tak wujud ! " Kata ku .
" Apa maksud kau ? " Soal syuhaila sambil mengerutkan dahinya .
" Semenjak ada damia, korang lebih percayakan dia je.. Korang kenal dia baru 3 bulan je ! Aku ni kenal korang dah dekat 6 tahun dah kau tahu tak ?! Aku percaya kau sorang je syu, sebab aku tahu kau ada kebolehan yang orang lain tak ada.. Kau boleh rasa niat seseorang tu, dan kau boleh nampak mahkluk tu semua.. Takkan kau tak pelik dengan damia tu ?! " Aku mula menangis dengan perlahan..
Syuhaila menggelengkan kepalanya kemudian dia senyum .
" Aku tak pernah abaikan kau, aku pun perasan yang dia orang dah berubah disebabkan damia.. Aku sengaja buat baik dengan damia tu sebab nak tahu latar belakang dia je, dari awal aku pelik dengan budak tu... Tapi aku tak tahu lagi apa niat dia " Jawab syuhaila dengan tenang berserta senyuman .
" Thanks syu, sebab kau sentiasa sokong aku dari belakang " Kataku membalas senyumannya .
▼▼▼▼▼▼▼▼▼
Aku tiba di sekolah seperti biasa ditemankan sahabat baik ku syuhaila..
Sepatutnya aku pergi bersama dengan asyikin, tapi dia lebih selesa dengan damia, aisyah pun sama.. Hm !
" Hai korang " Aku menyapa kawan-kawan ku di dalam kelas..
Dekat rumah pun dah jarang bertegur, kalau kat sekolah lagi lah !
Mereka membalas dengan senyuman sahaja .
Syuhaila perasan riak wajah ku, dengan pantas dia menarik tangan ku untuk duduk disebelahnya .
" Sabar sarah, biarkan mereka " Kata syuhaila cuba untuk menenangkan ku .
Aku hanya mengangguk lemah .
Tiba waktu rehat...
" Eh korang sini lah " Aku mengajak asyikin dan aisyah untuk makan di meja aku dan syuhaila .
" Sorry, tak perasan korang tadi " Kata asyikin .
" Bukan kat sekolah je kau tak perasan aku, kat rumah pun kau buat aku ni macam tak wujud ! " Aku menjeling asyikin yang buat muka pelik .
" Sarah dah lah tu " Syuhaila berbisik kepada ku .
Aku hanya menundukkan wajah ku, malas nak tengok sebab budak tu datang !
" Hai akak semua " Damia menyapa kami dengan senyuman .
" Hai mia "
" Boleh join ? "
" Join lah kalau tak tahu malu " Kataku, damia mengerutkan dahinya. Syuhaila mencubit lengan ku .
YOU ARE READING
Dendam Damia
Mystery / Thriller"Kau fikir kau akan selamat ? Kau silap ! Dan aku takkan biarkan hidup kau bahagia ! Aku akan buatkan hidup kau merana ! Seperti mana yang kau pernah buat pada Zara !" Maka dendam pun bermula...