Bahagian 10

29 3 3
                                    

" Rieee !! " Aku berlari kearah Kuzhairie .

Yang lain berlari kearah kuzhairie .

" Am.. Kau.. Jaga.. Adik aku elok-elok " Kata kuzhairie kemudian matanya terpejam rapat .

" Rie jangan tinggalkan aku!! Aku dah tak ada sesiapa dah rie.. " Ammar menarik aku untuk melepaskan kuzhairie .

" Hahaha!!! Padan muka kau.. Sekarang.. Kau rasa apa yang aku rasa! " Damia gelak seperti orang gila .

Aku menyerang damia dengan menarik rambutnya .

Damia membalas serangan aku.. Dia mengambil pisau dan berlari kearah aku .

Belum sempat dia buat begitu ada satu suara yang kuat datang dari bawah .

Damia, aku dan yang tersentak ..

" Itu.." Syuhaila menunjukkan roh Zara yang ada di hadapan kami .

" Kakak? " Pisau yang berada di tangan damia terlepas .

" Lepaskan mereka.." Kata zara dengan lembut .

" Tak nak !! Dia orang punca kakak mati ! Damia takkan lepaskan mereka semua !! " Damia mahu menyerang aku semula tapi tak sempat .

" Aku kata berhentii!!!! " Jeritan zara begitu nyaring sekali .

Aku dan yang lain menutup telinga kerana bising .

" Kenapa ? " Tanya dania .

" Aku tak pernah suruh kau berdendam dengan mereka.. Aku lepaskan mereka... Aku mati dengan tenang, aku tak mati sebab dendam... Aku dah maafkan kau Ikin dan Icah " Kata zara dengan senyuman pucat .

" Kenapa kau lepaskan aku ? Sedangkan aku layan kau dengan teruk " Tanya Ikin .

" Sepatutnya aku bunuh kau... Tapi aku bukanlah seorang yang berdendam.. Jadi damia... Lepaskan mereka " Jawab zara..

Damia merenung kami dengan tajam .

" Aku lepaskan kau Ikin... " Kata damia .

Kemudian roh zara pergi ..

" Aduhh aku terlupa " Paan menepuk dahinya .

" Kau lupa apa ? " Soalku

" Aku lupa nak tanya, sebelum dia mati dia dah ada boyfriend belum " Jawab paan sambil tersengih-sengih .

Syuhaila menumbuk muka paan .

" Sempat lagi kau buat lawak eh " Syuhaila menjeling paan .

" Dah-dah.. Jom kita balik " Arah Ammar .

" Kau terlepas kali ni " Aku merenung damia dengan tajam .

" Aku tak nak bermusuh dengan kau lagi.. Anggap sahaja lah yang kita tak pernah kenal pun " Jawab damia kemudian menarik dania dan aida untuk balik .

" Sarah.. Sudahlah tu, biarkan je dia " Kata Ikin .

" Dah.. Jom balik " Syuhaila menarik tangan ku .

▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼
3 Tahun kemudian

" Aku takkan boleh lupa ! " Paan menghempaskan badannya keatas sofa .

" Apa yang kau merepek ni ?! " Tanya Ammar .

" Aku takkan boleh lupa yang korang tinggalkan aku sorang-sorang kat dalam rumah ni masa aku tengah pengsan ! " Paan membuat muka merajuk .

" Laaa, kau ingat lagi paan ? Haha aku dah lupa kot " Imran menggelengkan kepalanya .

" Sampai bila-bila pun aku takkan lupa ! " Paan menjeling Imran .

" Dah lah paan.. Dah tua pun nak merajuk " Aku menggelengkan kepala ku .

" Kalau lah kuzhairie ada lagi.. Mesti dia pening dapat kawan macam kau ni " Kata ammar .

Kemudian suasana bertukar sunyi.. Hanya bunyi cengkerik sahaja yang kedengaran .

" HAHAHAHAHA !! " Paan memegang perutnya kerana gelak kuat .

" Kau dah kenapa ? " Tanya syuhaila .

" Aku tak boleh lupa yang masa zara datang tu semua buat muka terkejut beruk " Jawab paan dan menyambung gelaknya lagi .

" Hahaha " Kami gelak serentak ..

Ya aku dah kahwin.. Dengan Ammar.

Syuhaila dengan paan *patut lah asyik bergaduh je*

Ikin dengan Imran...

Icah ? Dia masih single.. Dia menyambung perlajaran nya keluar negara.. Dia nak jadi seorang doktor..

" Aku rindu icah.. " Tiba-tiba syuhaila bersuara .

" Lagi 4 hari dia balik malaysia.. Sabar lah " Kata Imran .

" Mesti dia bawak balik bakal suami.. Kan kan " Kata paan .

Syuhaila menyiku perut paan .

" Nanti kalau dia dah balik sini, jangan tanya soalan macam tu.. Stress dia nak menjawab kang " Kata syuhaila .

" Ok " Jawab kami serentak ..

4 Hari kemudian .

" Icahhh !!! " Ikin berlari dan memeluk Icah .

Aku menggelengkan kepala ku .

Dah besar pun perangai macam budak-budak lagi..

" Eh syu.. Dah berapa bulan ? " Tanya Icah sambil memegang perut Syuhaila yang kian membesar .

" Dah 8 bulan " Jawab syuhaila sambil senyum .

" Korang pulak bila ? " Icah memandang aku dan Ikin.

" Belum ada rezeki lagi " Jawab aku dan Ikin serentak .

" Kau bila ? " Tanya paan .

Syuhaila merenung paan dengan tajam .

" Tak ada jodoh " Jawab Icah kemudian gelak .

" Asal kau gelak ? " Paan membuat muka pelik .

" Aku nak fokus pada kerjaya aku dulu " Kata icah sambil membetulkan cermin matanya.. Sejak bila dia rabun ?!

" Bagus lah kalau kau dah balik sini.. Sebab banyak benda yang aku nak ceritakan kat kau " Kata Ikin sambil memeluk lengan Icah .

" Btw.. Kau kerja kat mana ? " Tanya ku .

" Aku kerja kat hospital kuala lumpur " Jawab Icah dengan senyuman .

" Wahh dekat jelah kan.. Rumah kita orang kat cheras " Kata Imran .

" Kenapa pindah ? " Soal Icah .

" Kau faham-faham jelah... Kita orang tak nak terserempak dengan damia lagi " Jawab Ammar .

" Oh.. Kalau macam tu boleh lah aku tinggal dengan korang sekali " Kata icah .

" Boleh!! " Jawab kami serentak .









'Kau takkan terlepas'

















Bahagian ni pendek je 😫

Kalau rajin author sambung lagi 😘

Deda !! 👋

Dendam DamiaWhere stories live. Discover now