4:30 .
" Ish mana paan ni ? " Syuhaila mengambil buku didalam begnya dan mengipas dirinya yang kepanasan .
" Sabarlah jap " Kataku .
Dari jauh aku nampak kelibat paan naik motorsikal tengah menuju kearah kami .
" Ha sampai pun kau ! " Syuhaila berdiri, bercekak pinggang sambil merenung paan dengan tajam .
" Haih kau ni.. Bukannya nak cakap terima kasih ke apa ke . Aku kena marah dengan bos aku tadi tau sebab mintak balik awal ! Sebab kau lah !! " Paan membaling helmetnya ke tanah .
" Woo!!! Sabar ! Sabar ! " Aku cuba menenangkan paan dan syuhaila .
" Macam mana nak balik ni ? Motor muat dua orang je ! " Syuhaila menjeling motor paan .
" Eh siapa cakap muat dua orang je ? Boleh muat sorang je " Paan gelak sinis .
" Habistu kita orang nak balik naik apa ?! "
" Ada kaki kan ? Ha jalan lah !! " Paan menghidupkan motornya dan terus beredar dari situ .
" Hoii bangang !! Berani kau ! " Syuhaila terus berlari mengejar paan .
Apa kena lah dengan dia orang berdua ni ? Dah macam orang tak betul -_-
Aku mengejar syuhaila yang berlari begitu pantas .
Sampai sahaja didepan rumah, syuhaila terus masuk kedalam rumah dan menarik paan yang duduk diatas sofa .
" Eh yang kau dah kenapa ? " Tanya paan kemudian menepis tangan syuhaila .
" Yang kau tinggalkan aku dengan sarah tadi kenapa ? Dah lah panas ! " Syuhaila mengambil bantal kecil yang ada disebelahnya dan baling kearah paan .
" Cuba kau bayangkan.. Kalau kau dengan sarah naik motor aku, habis aku nak balik naik apa ? Dah lah penat baru balik dari kerja lepastu kena jalan kaki pulak tu.. " Paan menggelengkan kepalanya .
" Betul cakap paan tu syu, kesian dia.. Dia balik awal pun dah kira bagus lah tu " Kataku yang berdiri dari tadi depan pintu .
" Eh yang kau duduk kat luar tu buat apa ? Meh lah masuk sarah oi ! " Paan mengangkat tangannya menyuruh aku untuk masuk .
" Macam mana aku nak masuk, kalau kau dengan syu bergaduh je dari tadi " Aku masuk kedalam rumah sambil menjeling dua ekor mangkuk ayun ni .
" Bukan aku yang mulakan dulu, dia ni ha yang mula dulu " Syuhaila memandang paan yang merenungnya .
" Aku yang mulakan dulu kau kata ?! " Paan bangun dari duduknya dan berdiri menghadap syuhaila .
Aku menggelengkan kepala ku .
Belum sempat dia orang bergaduh, ada orang memberi salam dari luar .
" Siapa tu ? " Kataku sambil memandang paan dan syuhaila bergilir-gilir .
Paan dan syuhaila mengangkat bahunya tanda tidak tahu .
" Eh tu ikin dengan icah " Kata syuhaila .
" Masuk lah " Paan membuka pintu untuk ikin dan icah masuk .
Aku merenung mereka dengan perasaan marah .
" Nak apa datang sini ? Apa lagi yang adik kesayangan korang tu cakap pasal aku ?! " Kataku dingin .
Paan dan syuhaila hanya memerhatikan kami bertiga .
" Aku nak mintak maaf kat kau sarah.. Sebab percayakan damia " Kata ikin menundukkan wajahnya .
YOU ARE READING
Dendam Damia
Mistério / Suspense"Kau fikir kau akan selamat ? Kau silap ! Dan aku takkan biarkan hidup kau bahagia ! Aku akan buatkan hidup kau merana ! Seperti mana yang kau pernah buat pada Zara !" Maka dendam pun bermula...