Cahaya mentari mencuri-curi masuk melalui langsir putih yang separih telap. Penghawa dingin yang terpasang sejak malam semalam membuat suasana bertambah muram.
Fang duduk sambil kakinya melunjur kehadapan. Separuh tubuhnya ditutupi selimut putij tebal manakala selebihnya dibalut penuh. Wajah dihalakan kearah jendela membuat pelawatnya melihat hanya rambut hitam malam.
Tok tok tok
Ketukan lembut kedengaran sayu-sayu. Tanpa dijemput, sang pengetuk sudah memperlawa diri masuk.
"Tok Abah cadang nak buat pengkebumian esok. " suara Ying lembut seakan tidak mahu menakutkan haiwan yang tercedera.
Fang diam.
Bunyi sebak mula kedengaran. Ying menggunakan kedua belah telapak tangan menutup mulut. Beberapa kali bunyi sedutan juga ada. Beberapa minit berlalu begitu. Kedua mereka tetap melakukan apa yang asalnya dilakukan.
Sekali lagi bunyi ketukan mengejutkan penghuni bilik.
Pintu dibuka dan mata Ying membesar melihat pemilik jasad.
"itu je yang saya nak sampaikan. " Suara Ying berubah dengan sedikit sentuhan perasaan yang Fang tidak dapat tetapkan. Ying menolehkan kepalanya kembali pada belakang Fang. Matanya kembali berkaca. "Stay strong... "
Dengan kata-kata perpisahan tersebut Ying berjalan keluar meninggalkan Fang bersama pelawat barunya.
"Pang. " SuaraKapten Kaizo yang penuh dengan perhatian membuat Fang menggenggam kedua belah buku lima. Suara yang dulunya penuh dengan arahan kini diubah kearah yang lebih keabangan. "Selepas majlis perkebumian, aku akan kembali ke stesen angkasa."
Badan Fang kini menggigil menahan sebak.
Dia sudah kehilangan sahabat dan kenalan. Dan sekarang?
Abangnya akan pergi daripada si gagal ini.
Wajahnya masih membelakangi Kapten Kaizo. Apa gunanya dia memandang wajah kapten? Bukannya dia dapat menyaksikan wajah yang selama ini dihormati dan disanjungi.
"Kau nak ikut? "

ANDA SEDANG MEMBACA
Impresionisme [BBB]
FanfictionDalam pertempuran bersama mahluk asing berkepala ungu, kakati, mejoriti penduduk pulau rintis telah dibunuh dan gagal dilindungi oleh kumpulan Boboiboy. Boboiboy juga telah gugur di medan dalam tragedi tersebut. Melihat rakan dan ahli pasukannya gu...