Suasana muram. Tiada siapa sanggup mengeluarkan sebarang bunyi. Semua menghormati jenazah boboiboy yabg sedang dikebumi. Melihat satu per satu cebisan tanah menutupi laluan keluar.
Tapi tidak Fang.
Dia tak dapat melihat.
Diahanya berdiri kaku dibawah pokok renak. Sekali-sekala bunyi tangisan dan cebisan tanah dapat ditangkapnya. Fang menyentuh pembalut matanya yang kian basah dek peluh yang tak henti memancut.
Didalam fikiran Fang, penkebumian sentiasa dibayangkan dengan kehadiran hujan atau gerimis. Menandakan bahwa bumi juga menangis untuk insan tersebut. Bukan panas terik membahang seperti apa yang sedang dirasakan. Seakan alam memberi amaran bahawa ini bukan pengakhirannya.
Fang menyentuh batang pokok tempat bersandarnya. Jarinya dengan lembut mengekori setiap lingkaran pada batang tersebut. Dahi bertemu batang. Dan dengan nada perlahan, Fang berbisik.
"Berehatlah, Boboiboy."
Dengan kata-kata perpisahan itu, Fang berjalan meninggalkan kisah silamnya dan menuju masa depan yang menantinya.
Benda terakhir yang menariknya dengan bumi telah terputus dan dia bersedia untuk kembali ke angkasa.
"Kau nak tinggalkan aku Fang?" Suara sinis Boboiboy muncul dari belakang. Tak lagi menakutkan, hanya menyeramkan.
Fang menggelengkan kepala. Tidak.
Hatinya telah tetap.
Dia bukan melarikan diri akan tetapi sudah bersedia.
Aku akan menuntut bela kau, Boboiboy.

ANDA SEDANG MEMBACA
Impresionisme [BBB]
FanfictionDalam pertempuran bersama mahluk asing berkepala ungu, kakati, mejoriti penduduk pulau rintis telah dibunuh dan gagal dilindungi oleh kumpulan Boboiboy. Boboiboy juga telah gugur di medan dalam tragedi tersebut. Melihat rakan dan ahli pasukannya gu...