Bab-6

728 42 0
                                        

Fang bingkas bangun terduduk tanpa menyedari bahawa dia telah menolak Ying ketepi. Dadanya naik turun cuba membaiki nafas.

Bunyi jam loceng yang memenuhi ruang membawa Fang kembali ke beberapa jam yang lepas.

"Aku tak percaya kau tak boleh nampak." Kapten Kaizo mendekati meja lampu disisi katil dan mengangkat jam disebelahnya.

"Tak." dia memusing musing jam tersebut. "Aku tak mahu percaya"

Sengsara jelas kedengaran didalam setiap titisan kata-katanya.

Fang hanya memberi pandangan kosong. Mengamati suara Kapten Kaizo dan membayangkan wajah abangnya sekarang.

Perutnya seakan dicengkam erat.

Kapten Kaizo meletakkan jam tersebut kembali sambil memandang Fang tanpa sebarang perasaan. Mungkin ia semua sudah diselimutinya sebelum sesiapa menyedari.

"Pada tepat jam 0930 jam tersebut akan berbunyi. Itu adalah penanda bagi kamu bersiap dan sedia untuk ke stesen angkasa."

Kapten Kaizo menghadap pintu dan mula melangkah pergi.

Fang panik.

Jangan pergi!

Dia memanjangkan tangan bagi mencapai abangnya. Sejurus itu, kejutan cengkaman pada perut membuatnya terjatuh tersungkur memegang perut yang seakan memprotes.

Kapten Kaizo berhenti.

"Kau akan diberikan masa selama 1 jam sebelum berlepas." Kapten melepaskan dengan nada seakan ia adalah suatu fakta.

Kapten Kaizo kembali mengolak langkah keadaan kearah pintu.

Sebelum menghempasnya, Kapten Kaizo mengeluarkan sebaris ayat yang tak kan dilupainya.

"Kirim salam aku kat Boboiboy."

Dan pintu terhempas meninggalkan satu ruangan kosong.

Fang melepaskan nafas yang dia sendiri tidak perasan bila dia menahan.

Satu sentuhan pada bahu membawanya semula ke aliran masa sebenar.

Bunyi loceng berdering membingitkan telinga.

Sentuhan pada bahu sedikit digoncang.

"Fang? " soal Ying lembut.

Fang memandang kearah pemilik soalan. Dan satu pendapat menghentam minda.

Bukan aku boleh nampak pun.

Perlahan-lahan Tangan mencapai jam loceng diatas meja. Dengan bantuan Ying yang curiga, jam tersebut berjaya bersentuhan dengan hujung jarinya. Fang terus menggemgam

Dan

Hempas

Ke

Lantai.

Dada turun naik membuat nafas tercungap-cungap. Ying terkesima memerhati baran Fang yang muncuk secara tiba-tiba.

Fang bangun. Dia tahu dimana tandas melalui apa yang ditangkapnya melalui deria pendengaran. Dia menuju ke situ dan berlanggaran dengan kerusi. Berlanggaran dengan meja. Dan berlanggaran pintu.

Pasti didalam bilik air, Fang menghentam pintu.

Sekali lagi dia berlanggaran dengan rak membuatkan diri dan beberapa helai tuala mandi jatuh bersama. Mengelak diri terhumban ke lantai, Fang segera mencapai dinding menyeimbangkan badan dan secara tak sengaja tangannya berlaga bersama kepala paip membuat shower terpasang.

Fang jatun.

Kepala dan badannya a dihujani.

Sehelai tuala mandi diatas kepala dan beberapa lagi mendarat pada peha.

Fang kaku. Tidak bergerak. Tidak berfikir.

Perlahan sebutir air melalui pipi. Entah air paip atau air mata.

Dia juga tidak pasti.

Impresionisme [BBB]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang