Bab-5

713 46 0
                                        

Jam perlahan mengelongsori segala digit dibawahnya. Jarum pendek tepat melekat diatas angka 12.

Fang masih memandang tingkap.

Sudah lama Kapten Kaizo meninggalkan Fang bagi berfikir. Membuatnya kaku di tempat tamoa bergerak. Entah kejang entah tidak.

Masa yang berlalu langsung tidak dirasainya. Tidak boleh memerhati anjuran cahaya yang berubah atau melihat jarum jarum jam di dinding. Masa seakan tidak wujud di dunia Fang.

Suara gelakan lembut secara tiba-tiba hinggap di telingga.

"Kau buat apa Fang? "

Kerana refleks, Fang terus menileh kepala kearah pemilik suara tanpa sedar, dia tidak bileh melihat.

"Sedih aku tengok kau macam ni... " Suara semakin dekat dengan bunyi latar seakan pemilik suara sedang berjalan diatas lopak air.

Fang kenal suara ini.

"Kenapa? "

Suara yang dirinduinya.

"Menyesal? "

Suara yang menghantuinya.

"Kalau menyesal...." "LEBIH BAIK KAU MATI!!!!! "

Boboiboy.

Sepasang telapak tangan mencengka tekak kerinf Fang membuat segala ekses oksigen terhenti. Kepalanya digoncang depan belakang depan belakang. Dia layu. Bagai membiar segala apa yang berlaku. Menyerah diri pada takdir.

Jikalau selama ini dia hidup sebagai mayat, mati lebih baik.

Kepalanya dijerkah kebelakang dan secara tiba-tiba dia boleh melihat semula.

Pelik.

Sekarang dia bukan lagi diatas katil putih empuk. Bukan lagi didalam baju biru lembut. Juga bukan lagi dikelilingi udara sejuk.

Dia kini di medan pertempuran. Badanya kotor dan dia penuhi lebam. Bajunya tercarik dan peluh keluar seakan tiada kesudahan.

Dari jauh kelihatan Boboiboy jatuh menjunam dengan layu.

Tidak.

Kepalanya separuh diliputi darah.

Bukan ni.

Badan terjatuh seakan tidak lagi bernyawa.

Fang panik. Dia tahu ini hanyalah mimpi. Mainan tidur. Tetapi dia tak rela. Tak rela menyaksikan setiap yang berlaku lagi. Tak rela melihat rakannya yang dicampak begitu sahaja. Tak rela duduk sahaja terkaku.

Tangan cuba digerakkan. Kaki dienjut. Malang sungguh, seakan dia didalam cengkerang berbentuk tubuh,  Fang langsung tidak boleh bergerak.

Tidak!!!!!!!!!

Fang cuba mengumpulkan segala tenaga yang tinggal didalamnya pada kepala.

Toleh!  Toleh!

Jeritnya berkali-kali. Dia tak mahu jadi saksi. Dia tak mahu melihat benda yang sama berlaku.

Toleh!!!!!

Kepalanya sempat ditolehkan diikuti bunyi tembikai pecah dan percikan lendair merah mendarat di sisi muka Fang. Dia tak menyaksikannya tetapi, segala yang berlaku jelas dikepala.

Badannya bergetar. Air mata sunyi melalui pipinya.

"hic" sedu kecil terkeluar.

"Hic hic... " sebak mula tak dapat dikawal. Bagai ada tsunami yang memecahkan tembingnya, Fang jatuh tersujud sambil menangis lebih kuat menyedari ini hanya mimpi. Tiada yang akan mendengarinya.

Beberapa ketika berlalu dengannya yanya melepaskan segalanya hanya dikacau dengan bunyi sesuatu bergerak. Seakan bunyi tulang dipatah patahkan.

Fang kaku.

Bunyi sebelumnya bercampur dengan bunyi seakan jam randik.

Tick.

"Sanggup kau! "

Tick tick tick.

"Biarkan aku mati pastu, "

ticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktitickticktickticktickti "BERPALING PADA AKU" ticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktiticktickticktickticktitickticktickticktickti

Pipi Fang terasa membakar dan mula merebak keseluruh muka dan beralih ke badan. Seakan dijilat api, kini aoa yang dapat dilihatnya hanyalah hitam. Tanpa pandangan. Tanpa cahaya. Hitam. Fang meronta. Dia takut. Dia risau. Tapi apa yang boleh dilakukan?

Fang berusaha membuka mata. Berlari dari mimpi yang kian mengejar. Sembunyi dari kenyataan yang tak sanggup dihadapi.

Dan apabila mata berjaya melayang buka, hanya kelam di depan. Dengan tangan seseorang menyentuh pipi mengelap air mata yang berjaya keluar daripada neraka dunianya.

Ying.

Impresionisme [BBB]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang