Bab-2

935 47 2
                                        

Bunyi air menitik kedengaran sungguh jauh. Bau ubat juga memenuhi sekeliling.  Tangan dirasa kebas dan susah untuk digerakkan. Badan janggal dan kaki langsung tak dapat dirasainya. Mata apatah lagi...

Fang cuba membuka mata yang terasa seakan beban baginya. Perlahan-lahan kelopak semakin terbuka tetapi, imej didepan masih tak dapat dilihat. Mungkin kerana keamatan cahaya yang sungguh rendah.

Jarinya cuba digerakkan menyebabkan arus elektrik terasa mengalir hingga ke bahu. Fang mengeran kesakitan.

Terdengar seakan bunyi sesuatu bergerak-gerak membuat Fang memalingkan muka menghadapnya.  Akan tetapi,  apa yang dilihatnya hanyalah warna hitam yang menelan segala benda berdekatan.

"Fang? " Bunyi suara yang dikenalinya memanggil seakan bertanya. "Doktor! Doktor! " Teriaknya mebingitkan telinga yang hanya seakan 30 cm.

Fang beberapa kali mengelip mata kebingungan. Banyak bunyi yang didengarinya bunyi hentakan kaki menyerbu masuk, doktor memberi segala arahan,  lagaan logam dan banyak lagi. Apa yang dihairaninya adalah,  mengapa tiada satupun imej yang menghingap matanya.

**************************************
Beberapa kali Fang mengelip mata seakan tidak tahu apa yang berlaku membuat Ying teringat wayang yang pernah ditontoninya. Yang mana watak utama yang baru sahaja bangun dari comanya hilang segala memori.

"Ni nombor berapa? " Doktor menanya Fang beberapa soalan sambil menukar nukar jumlah jari yang diangkatnya, apa yang menarik perhatian Ying kembali adalah jawapan Fang.

"Aku tak nampak apa-apa."

*******************************
A/N
Sorrryyyyyy!!!!!!!  Sorrryyyy sangat sangat sebab pendek sangat ╥﹏╥ (tak sampai 250 pun... ) huhuhu.... Tapi rasa cam tu tempat yang paling seauai berhenti... ╥﹏╥hheheeeheh...

Timakaceh baca
Vote/comment la....

^o^

Impresionisme [BBB]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang