Di dalam kelas...
Aku pandang Jun yang duduk di barisan hadapan aku. Jun..waktu tu dia tengah main-main dengan pensel 2B dia. 'Mamat seorang ni memang tak reti nak fokus dalam kelas. Tapi selalu score dalam final exam. Untunglah kau Jun, otak genius walaupun kau tu player.' Aku menghembuskan nafas perlahan.
Terbayang semula kejadian tadi. Ala yang waktu aku nak terlanggar tiang tu. Hemm..apasal aku berdebar waktu tu? Aku pandang Jun lagi. Dan masih tak dapat jawapan. Tiba-tiba, Jun menoleh ke arahku dan menayangkan sengihnya.
Mata kami bertembung buat seketika. Untuk beberapa saat, aku mengalihkan pandanganku. Kenapa aku still rasa berdebar ni? Adoiy. Aku ada masalah jantung ke? Andwaeeee!!!! 😱 (Lols Ra, innocentnya kau 😶)
Aku pandang Jun semula. Jun membuat isyarat mata dan tangannya kepada aku. Sekejap dia mengangguk sekejap dia geleng. Aku mula mengerutkan dahi. Pening pulak kepala aku nak faham bahasa isyarat Jun ni. Mungkin bila dia tengok aku ni lembab sangat nak faham isyarat dia, dia mula buat lipsync pulak. Eh bukan lipsync, tapi isyarat mulut.
'No.Ta.' Jun kata kan kepadaku tanpa suara. Dah agak dah. 😑 Kemudian, dia melemparkan senyumnya kepadaku apabila dia dah tahu yang aku dah dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan. Aigoo mamat ni memang malas betul nak salin nota. Dari tadika lagi macam tu.
Ha nampak tak lama dah kenal? Dari tadika kot. Kiranya semua pasal Jun aku tahu. Tapi semua yang buruk-buruk lah. Hahahaha. 😝 Okay stop membebel kot.
After habis kelas...
*Jun POV*
Aku menoleh Ai Ra di barisan belakangku. Ai Ra tengah sibuk mengemaskan nota dan buku-bukunya. Aku menilik jam di tangan. Bibirku dimuncungkan sedikit. Nak ajak ke tak nak eh? Tapi kalau ajak pon, minah ni biasanya tak minat nak pergi. Hemm..aku pandang Ai Ra semula. Kebetulan, Ai Ra pon pandang aku. Aku sengihlah kat dia. Then, cuba teka apa dia buat? Dia buat muka hodoh kat aku. Ada ke patut? Ai Ra, Ai Ra...selamba gila bila dengan aku.
Disebabkan itu, aku decide nak ajak je la best friend aku seorang ni. Well aku memang ada seorang je bf and Ai Ra lah orangnya. Aku pon tak ingat macam mana kami berdua boleh jadi kawan baik. Tapi yang pasti aku dengan dia memang geng walaupun selalu bergaduh Hahaha. Okay stop story mory. Aku berjalan mendekati meja Ai Ra. Jariku mengetuk mejanya.
Ai Ra mendongak memandangku. "Apsal? Kalau pasal nota, nanti aku bagi. Aku nak clarify dulu." Kata Ai Ra. Macam annoying dengan aku je bunyinya. Ah what ever lah. Aku tak kisah pon pasal nota tu. Sebab lambat laun pon Ai Ra akan bagi aku pinjam jugak. Well aku kan best friend dia.
" Bukan pasal notalah Makcik." Kataku. Ai Ra mengangkat sebelah keningnya. Hobi dia la tu since tadika lagi. Hahaha. "Habis tu?" Tanya Ai Ra. Okaylah aku direct to the point je la senang kan. Malas nak pusing belok kiri kanan masuk roundabout semua. "Malam ni aku ada special jamming. Kat studio. So kalau kau free, bolehlah datang." Ajakku sambil menarik kerusi di hadapan Ai Ra lalu duduk.
Ai Ra hanya diam. " Kau boleh pergi tak?" Tanyaku lagi. Ai Ra berpeluk tubuh. "Apa yang specialnya? Semua girls kau ada ke?" Tanya Ai Ra. Amboi minah ni, soalan memang asyik nak kena kan aku je. Sabar jelah. "Special sebab aku invite semua kawan kita including classmate kita. Saja nak buat special, enjoy ah sikit weh. Release stress." Terangku pada Ai Ra yang nampak macam tak berminat je.
" Tengoklah. Kalau aku rajin, aku pergi. Okay atuk? Ada apa-apa lagi?" Kata Ai Ra tanpa nada. Aku mengecilkan mataku. Kan aku dah agak. Aku menghembuskan nafasku perlahan. Susah betul nak ajak minah ni keluar sekarang. Kalau dulu dia confirm akan jadi orang pertama yang datang jamming aku. Dulu tu, merujuk kepada time sekolah menengah rendah dulu. Hahaha berzaman dah kan. Sejak masuk sekolah menengah tinggi, aku dengan Ai Ra agak jarang berjumpa disebabkan kiteorang masuk sekolah lain-lain. Then, jumpa balik time masuk asasi. Mula-mula awkward sikitlah tapi lama-lama hah keluar dah perangai masing-masing. Yang bezanya, Ai Ra lebih ganas dan garang dari dulu dan aku of course la makin jadi pencinta wanita dari hari ke hari. Kahkahkah.
Aku tersedar ke dunia yang nyata bila Ai Ra tiba-tiba mengetuk meja. Nampak aku mengelamun la tu. Adoi. " Takde dah. Kau kalau free datang jelah." Ajakku lagi sambil berdiri membetulkan beg sandangku. " Ye pakcik aku faham kau tak perlu nak bagi tahu banyak kali." Ujar Ai Ra. Aku menganggukkan kepala sedikit. " Ciao dulu weh." Terus aku beredar dari kelas. Banyak lagi benda aku nak kena settle untuk malam ni.
Malam yang di nanti..(ceh konon je ni 😗)
Di rumah Aira..
* Ai Ra POV *
Aku masih duduk termenung di atas katil aku. Hemm tengah fikir ni sebenarnya aku nak turut serta ke tak untuk malam ni. Tangan kananku dibawakan ke dagu seperti gaya memikirkan sesuatu. Haha okay ayat baku sangat. Haish, nak pergi ke tak nak ni? Macam kesian pulak Jun kalau aku tak pergi. Tapi, bila fikir balik, bukan kewujudan aku kat jamming dia tu significant pon kalau aku pergi. Yelah, ramai jugak yang dia invite. Classmates including dia punya playgirls sekali. So, aku ada ke tak ada ke sama je.
"Huh!" Aku mengeluh sambil membaringkan badanku ke atas katil. Tapi...dah lama aku tak dengar Jun menyanyi. Perlahan bibirku menguntum senyum. Kenangan lama terimbau kembali di mana Jun selalu menyanyi lagu yang aku buat. Well aku dulu suka jugak tulis lirik saja-saja pastu tak sangka pulak mamat tu boleh buat jadi lagu. Haha. Skill dia la tu. And kadang-kadang, lagu yang Jun nyanyi tu hanya untuk aku seorang je yang dengar.
Aku pandang siling bilikku. Relationship aku dengan Jun ni mungkin orang boleh salah faham. Yelah, asyik berkepit jugak kiteorang. Girls Jun jangan cakaplah. Kalau terserempak sebelah tu memang aku ni asyik kena jelingan maut dari diorang je. Haish sabar jelah. Walhal hakikatnya, aku dengan Jun asyik bergaduh tak kira masa. Biasanya, Jun yang akan cari pasal dulu dengan aku. Aku pon tak faham kenapa. Tapi lama-lama dah biasa dah. Kalau bukan dia kacau aku, aku yang kacau dia. Kahkahkah.
Mummy aku dengan mama dia memang kawan baik dari sekolah. So family aku dengan family Jun ni kiranya memang rapatlah jugak. Sampai aku pon boleh panggil mama Jun tu ommoni. Ni kalau girls Jun dengar mahu diorang menangis air mata darah. Hahaha. Or tak pon aku yang kena tembak dulu dengan diorang. Oookayyy.
Hahaha. Back to the topic. Aku bangun dari pembaringanku dan berjalan ke arah almari bajuku. Yeah, aku decide nak pergi jelah jamming mamat tu. Lagipun, bukan ada harm kat aku pon kalau aku pergi. Aku pilih untuk pakai T-shirt lengan panjang bercorak garis-garis blue black dipadankan dengan seluar denim berwarna hitam. Rambutku ikat satu di belakang. Minyak wangi aku sembur ala kadar ke mukaku dan badanku. Aku capai beg tanganku yang berwarna putih cream yang bertali panjang dan disandangkan di bahu sebelah kanan. Jam tangan aku pakai di tangan kananku. Aku berdiri menghadap cermin melihat imbasan diriku. Okay, cool! Pantas aku membuka pintu bilik, menutup suis lampu dan keluar.
To be continued...
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
p/s : Huish idea ni kadang-kadang datang macam tak cukup tangan nak tekan keyboard, tapi yang selalunya idea tu macam bunyi cengkerik ataupun bunyi gagak. 😶
YOU ARE READING
FALLING IN LOVE ❤ [Malay Fanfic][Slow Update]
Fanfiction💐 Well, my name is Kim Ai Ra. 👩 A student of architecture course 🎨and have a crazy plus 'sick' best friend name Jun or full name is Lee SeungJun. 👨 Yes, he is a boy. Love to fight with me all the time 😈 but the one who will be with me during my...