*POV Ai Ra*
"Jun, bangun! Kita dah lambat nak ke kelas ni!" Aku terus meluru ke arah tingkap bilik Jun dan membuka langsir. Masuk sikit cahaya matahari. Senang sikit mamat ni nak bangun.
"Alaaaa, silaulah Ra. Tutuplah dowh!" Jun membuka matanya kecil. Alah minah ni, bagi lah aku chance nak tidur lama sikit 😭
Aku bercekak pinggang memandang Jun yang dok sibuk mengeliat pastu tak bangun-bangun jugak lagi. Pantas aku tarik selimut Jun.
"Raaaa~~" Panggil Jun dengan suara serak. Biasalah baru bangun tidur kan.
"Apa Ra,Ra. Bangunlah weh. Dah nak dekat pukul 9 kot. Kelas start 9.30 kan. Tulah kau, waktu malam orang pakat tidur, kau jadi burung hantu. Merayap je." Kan aku dah membebel. Macam aku tak tahu semalam Jun balik lewat. Pukul 3 pagi baru balik. Tu mesti dok dating dengan makwe la tu. Haish.
"Eh aku bukan saja nak balik lambatlah. Group assignment aku mana siap lagi." Balas Jun dengan dahi yang dikerutkan. Matanya masih dibuka kecil. Tangan kirinya diangkat menghalang cahaya matahari daripada terkena mukanya.
"Ye ke buat assignment? Macam susah nak percaya je kau ni." Aku mula membuat muka. Player kot, tak kan keluar semata-mata pergi buat assignment je.
"Apsal kau tak percaya pulak. Aduh Ra, bagilah selimut aku balik. Aku datang lambat sikit nanti. Please, aku ngantuk gila. Sumpah tak tipu." Tangan kanan Jun dihulur kepadaku tanda dia mahukan selimutnya.
Ewah ewah mamat ni boleh pulak main masuk kelas lewat bagai. Ah tak kira, mana boleh dia syok tidur, aku pulak yang nak kena salin nota untuk dia nanti. Aku pandang Jun yang sedang pandang aku. Aku tahu apa yang aku nak buat bagi mamat ni bangun pergi kelas. Lempang sekali confirm terjaga terus. Nasib lah Jun, kau yang mintak aku bagi pelempang kat kau.
Tapi, tak tahu lah macam mana, time aku nak pergi ke arah sebelah kiri katil Jun, kaki aku boleh pulak tersadung cadar katil. K fine, cadar katil Jun ni memang panjang berjela. So, apa yang terjadi kan?
Aku membuka mataku perlahan. Tak sanggup nak tengok aku jatuh tergolek. Okay tak. Rupanya aku tak jatuh tergolek ke lantai tapi aku terjatuh atas Jun?!
Mata kami bertembung. Terkelip-kelip aku memandang muka Jun yang hanya beberapa cm je jaraknya dari muka aku. Kalau Jun tak tahan badan aku dengan tangan dia, confirm..confirm aku dah terkiss dia dah tadi.
Selepas beberapa saat, Jun bersuara. "Ra, lama lagi ke kau nak tenung muka aku?" Tanya Jun dengan suara seraknya sambil bibirnya mengukir senyum senget. Waktu tu baru aku kembali ke dunia yang nyata. Cepat-cepat aku bangun dan membetulkan bajuku. Mataku kalih ke tempat lain dan aku mencampakkan selimut tadi ke arah Jun.
"Bangun. Cepat sikit bersiap. Aku pergi kelas dulu." Kataku tanpa memandang Jun dan terus meluru keluar dari bilik Jun. Oh lupa nak bagi tahu, aku dan Jun duduk bilik asing-asing okay.
'Wehhh malunya tadiiii! Omg apsal aku terjatuh atas mamat tu? ╥﹏╥ Malu weh! Dan kenapa aku perlu berdebar pulak ni. La hai jantung pon. Tak nak cooperate dengan tuannya sendiri. Aish dah lah tak nak fikir dah. Pantas aku mengambil beg aku di dalam bilik dan keluar.
Jun masih berbaring di atas katil. Situasi tadi bermain semula di matanya. Seketika, dia tersenyum. 'Tahu malu jugak eh minah tu. Ingatkan gangster sangat.' Jun tergelak kecil membayangkan wajah Ai Ra yang merah padam tadi lepas kena usik dengan dia. Pandai jugak dia nak buat aku terbangun kkkk
'Ai Ra, Ai Ra..macam mana lah caranya.. nak memiliki hati kau?' Ujar Jun di dalam hati sebelum bangun mengambil tuala. Terpaksa jugaklah bangun otherwise wife 'kesayangan' dia mengamuk lagi nanti. Tak sanggup aih.
-----------------------------------------------------------
Di dalam dewan kuliah.."Weh, macam mana kau dengan Jun?" Tanya Sooyoung. Mula lah minah ni dah start nak korek cerita dari aku. Almaklumlah, cuti midsem baru je habis. So, masing-masing pakat share cerita sepanjang cuti yang lalu. Tapi aku tak rasa nak cerita apa-apa pun kat sesiapa 😑
"Weh Ra, ceritalah dowh. Macam mana kau dengan Jun sekarang? Dah ehem-ehem ke?" Desak Sooyoung lagi bila aku tak jawab soalan dia tadi. Menyengih semacam pulak minah ni. Gatal!
Aku buat muka. "Sooyoung, kau ni mesti banyak tengok cerita 18+++ kan? Otak kuning memanjang. Apa kau ingat aku kahwin dengan dia atas dasar suka sama suka ke?" Balasku. Baru dua minggu kot kahwin. Aku dengan dia pun still anggap as kawan.
Anyway, aku rahsiakan perkahwinan aku ni dengan semua orang kecuali family aku, family Jun dan kawan baik aku as well as kawan baik Jun. Ala, senang cerita, classmate aku masih tak tahu aku dengan Jun dah kahwin termasuklah girls2 Jun tu. Haha kesian you all girls, aku dah dapat Jun kkkk okay stop melalut.Sooyoung mencebik. "Ala even korang kahwin bukan atas dasar suka sama suka, tapi aku still rasa korang ni memang sesuai dari dulu lagi. Serius weh tak tipu. Konfirm anak korang comel-comel nanti." Tangan Sooyoung diletakkan di kedua-dua belah pipinya. Membayangkan benda yang quite impossible untuk berlaku?
"Benda kau merepek ni Sooyoung? Anak lah bagai. Ketuk kang." Aku menunjukkan penumbukku kepadanya. Makin melalut pulak minah seorang ni. Aku nak ada anak dengan Jun? Pantas aku mengalihkan pandangan ke arah Jun.
Kebetulan pulak time tu Jun tengah pandang aku. Mulalah aku rasa semua darah dalam badan aku dah naik sampai ke kepala. Cepat-cepat aku pandang tempat lain bila Jun melemparkan senyumannya kepadaku. Apsal aku rasa senyuman dia kali ni lebih manis dari biasa? Aku menggelengkan kepalaku.
Sooyoung di sebelah dah mula tersenyum-senyum. "Hai apsal kau, AiRa. Dah jatuh hati kat suami sendiri ke sampai merah-merah muka kau." Ujar Sooyoung sambil tersengih. 😏
"Ah tak ada maknanya. Buat apa aku jatuh hati kat player tu. Baik aku jatuh hati dekat Jun Myeon." Okay tak pasal-pasal nama class representative kami yang keluar dari mulut aku.
Sooyoung buat muka. Ceh, macam aku tak tahu yang kau bukan nya suka pon budak-budak nerd ni. Taste kau dah lah ala-ala bad boy gitu. Sesuai sangat lah kau kahwin dengan Jun, Ra oi.
"Hemm jangan benci sangat kat Jun, Ra. Aku takut one day kau yang tergila-gilakan dia. Jun tu attractive tau. Tak mustahil dia boleh buat kau jatuh cinta kat dia." Pesan Sooyoung. Aku terdiam. Tak tahu nak membantah atau mengiyakan kata-kata Sooyoung tu. Aku melepaskan nafas perlahan. Perbualan kami terhenti setakat itu je sebab Prof Ken dah masuk ke dalam kelas.
To be continued...
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
p/s : Agak-agak AiRa dah jatuh cinta dengan Jun ke eh? Or Jun yang dah terpikat kat Ai Ra? 😌 Ha fikirlah sendiri. Okay maaf di atas kelambatan author mengupdate cerita ni. Huhu hope you guys enjoy k.
YOU ARE READING
FALLING IN LOVE ❤ [Malay Fanfic][Slow Update]
Fanfiction💐 Well, my name is Kim Ai Ra. 👩 A student of architecture course 🎨and have a crazy plus 'sick' best friend name Jun or full name is Lee SeungJun. 👨 Yes, he is a boy. Love to fight with me all the time 😈 but the one who will be with me during my...