³

435 75 7
                                    

『Jimin』

"Nah, makan ini." Seokjin meletakkan beberapa ketul daging ke dalam mangkukku. Seokjin masak stew daging wueuwuwuuu gempak ah.

"Kyaa~ terima kasih Jin hyung." Aku tersengih dan terus merasa satu sudu sup buatan Seokjin.

"Sedap?" soalnya. Aku angkat ibu jari sambil mengangguk tanda setuju. Fuh, masterchef ini wei.

"Well, aku yang masak, of courselah sedap kann. Dahlah worldwide handsome, pandai masak pula itu. Ish, full set menantu sempurnalah yall." Seokjin bangga sambil felip hair.

Duh ( 。・-・。`)

"Yoongi hyung mana?" soalku apabil kelibatnya tak kelihatan.

"Keluar dengan Namjoon." jawab Hoseok. Taehyung pula mengambil chopsticknya dalam laci sebelum duduk di tempatnya.

"Okay."

"Hye, hyung." Jungkook mengambil tempat di sebelahku.

"Hey."

"Kenapa hyung balik lambat hari ini?" Soalan Jungkook membuatkan Seokjin, Taehyung dan Hoseok memandangku serentak.

"Ah, tadi ada kemalangan sikit. So, aku pergi hospital." terangku sebelum menyuapkan sesudu sup ke dalam mulut.

"Jadi maskot pun boleh ada kemalangan berlaku ke?" soal Hoseok pelik.

"Entahlah Hobie hyung oi. Bukannya aku kenal pun dia." aku menyambung makan makananku. Nak makan pun tak senang haih.

"Siapa hyung?" Soal Jungkook lagi, mendekatiku.

"Entahlah weh. Kan aku kata aku tak kenal dia."

"Namja ke yeoja?" Taehyung menyelit dekat celah ketiak aku. Eh--

"Haishh, Tae! Aku tengah makan inilah!" Aku mengepit kepalanya. Muahahha rasakan penangan ketiakku *flip boboiboy*

"Yah, pak jeman! Lepaslah." Menggelupur Taehyung cuba melepaskan diri. Jungkook dan Hoseok pula sudah berdekah di tempat mereka.

"Andwae!"

"Eomma tengok jiminnnnnn!!!" Taehyung merengek sambil memandang Seokjin.

Ppak! Ppak!

Aku dan taehyung dua dua kena ketuk dengan senduk Seokjin. Huwa, ini tidak adil. Asal aku kena sekali?

Aku menjeling Taehyung.

"Mesti yeoja kannn?"

Aku terdiam mendengar kata kata Hoseok. Er, memang betul kan?

"Yalah itu kannnnn~~ " Taehyung menyiku aku sambil buat muka minta lempang.

"Haah."

"So?"

"So, apa benda?" Apalah si Jungkook dengan Taehyung ini?

"Uweee, hyung suka dia kannn~ mesti dia lawa elelele." Jungkook dan Taehyung sudah berjoget.

Jadah.

"Esok aku bagi kau bekal, kalau kau jumpa dia lagi, bagi dia tahu? " arah Seokjin.

"Siapa?" Aku mengangkat muka.

"Haish, yeoja yang terlibat dalam kemalangan itulah."

"Ah, tengoklah kalau baik. Kalau tak, aku makan. Kalau jumpa pun aku makan juga." kataku selamba. Apa barang kongsi kongsi ini?

Ppak.

Satu ketukan senduk hinggap di kepalaku. Lagi. Aku menggosok kepalaku sebelum sambung makan.

"Sakitlah hyung! Berlubang nanti macam mana?"

"Jangan nak mengada."

"Aish yalah." aku mencebik.

"Kau bila nak berhenti jadi maskot ini? Buat apa susahkan diri kau buat semua ini? Kau tahukan syarikat model berlambak tengah tunggu kau munculkan diri?" Soal Seokjin membuatkan aku berhenti mengunyah dan memandangnya.

"Hyung tahukan kenapa aku berhenti."

"Well, you shouldnt. Sampai bila kau nak menyorok?" soal Seokjin lagi.

"Sampai mati."

Aku bangun dan terus meninggalkan mereka yang memandangku pergi. Hilang terus selera aku.

❛ Baymax. ❜ + p.jiminWhere stories live. Discover now