2nd of July

170 28 2
                                    

Eunbyul©

Aku menunggu Jimin di depan sebuah bangunan. Katanya inilah syarikat modelling yang dia kini sedang bekerja.

Masalahnya, nak dekat setengah jam aku tunggu dia. Bayang pun tak nampak ey ini mengundang kemarahan wei.

Ish, dahlah aku berdiri. Berpeluh dah ini ha. Penat aku pakai lawa - lawa. Baik aku date dengan matahari je. Sekurangnya matahari lagi hot daripada Jimin.

lol.

Ting!

My baymax :
Awak naik dulu bilik saya. Tingkat dua pintu bilik warna biru langit.

Aku menyimpan semula telefonku. Hm, dia nak suruh aku naik pula. Mungkin pengambaran belum habis kot? Husnudzon jelah kami.

Aku masuk ke dalam bangunan tersebut. Minta - mintalah tak kena halau, fuh.

Aku cari lif.

Aduh, mana perginya lif ini? Dah macam orang amnesia aku terpinga - pinga sendiri.

"Cik, ada apa apa masalah ke?" tegur seorang lelaki berambut hitam kepadaku. Humaigad humaidad, tinggi gila dia ini. Galah ke tiang ini? Aku sampai kena mendongak weh.

"Er, lif kat mana?" soalku kekok. Alah, malulah wei.

"Oh, cari lif ke?" Dia tersenyum. Aku angguk.

"Saya pun nak naik tingkat atas ini. Marilah naik sekali." ajaknya. Aku mengangguk sambil tersengih. Apa salahnya dah alang - alang itu.

Aku ekori dia.

Naik lif.

Sumpah bangga duh, boyfriend aku kerja kat sini.

"Tingkat?"

"Dua."

"Eh, samalah!"

"Heh." Aku hanya mampu tersengih. Jangan mamat ini ikut aku sudah.

Ding!

Dah sampai.

Buka je pintu lif, Jimin sedang berdiri tegak di situ.

"Jimin!" Serentak aku dan lelaki itu memanggilnya.

Okay, what?

Semak seh.

"Byullie!" Jimin terus memelukku manja setelah aku keluar daripada lif. Eh eh, dia ini.

Lelaki di sebelahku memandang pelik. Bukan dia je, semua yang ada di situ pandang aku. Ha, lantak.

"Lama ke tunggu?" soal Jimin. Aku menggeleng kemudian mengangguk. Jimin menekup mukaku dengan kedua tapak tangannya. Oh my pipi.

"Sorry sangat sebab biarkan Byul tunggu kat bawah. Patutnya Min suruh Byul naik awal - awal. Min tiba tiba ada emergency photoshoot tadi." kata Jimin masih lagi menekup mukaku.

"Itshokeyh bebe." aku turut menekup pipinya.

"Ehem."

Whoops, lupa pula tentang dia ini.

❛ Baymax. ❜ + p.jiminWhere stories live. Discover now