Part 1

1K 87 1
                                    

"Tae ireona!"

Yoongi menggoncang tubuh Taehyung berkali-kali namun si Alien itu tidak juga bangun. Naik buntu Yoongi dibuatnya.

Dia merengus kuat lalu keluar dari bilik Taehyung.

"Jhope ikut aku jap." Kata Yoongi menjenguk ke bilik Hoseok.

"Waeyo? Aku busy ni hyung." Hoseok berkata tanpa memandang ke arah Yoongi kerana sibuk mengemaskan rambutnya.

"Ishh ikut jelah."

Yoongi merangkul leher Hoseok dan mengheretnya ke bilik Taehyung. Terjerit-jerit Hoseok apabila diperlakukan sebegitu.

"Hyung lepaslah nanti rambut aku rosak." Hoseok memukul tangan Yoongi kuat-kuat.

"Auchhh." Yoongi menjerit kesakitan.

"Wae hyung bawa aku pergi bilik Tae ni?" Soal Hoseok pelik.

"Tolong kejutkan Alien tu." Arah Yoongi sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa aku kena kejut pula? Hyunglah kejut dia." Hoseok bersuara malas.

Apabila melihat Yoongi hanya membuat bodoh sambil menunjukkan muka swagnya, Hoseok dengan tak relanya mengejutkan Taehyung.

"Tae ireona. Kita dah lambat ni." Hoseok menjerit kuat di telinga Taehyung.

Tetapi Taehyung tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

"Aigoo." Hoseok sudah give up.

"Kau tunggu sini." Arah Yoongi sebelum berlalu keluar dari bilik Taehyung.

Beberapa minit kemudian Yoongi muncul semula bersama sebaldi air. Hoseok yang menunggu terkejut beruk.

"Hyung, hyung nak buat apa ni?" Hoseok cemas.

"Aku nak siram dia. Tepi sikit kalau kau taknak basah." Yoongi berjalan dengan senyuman jahat ke katil Taehyung.

"Jinjja?" Mata Hoseok membulat.

Hoseok cepat-cepat berlari ke pintu bagi mengelakkan dirinya basah.

"Jangan hyung. Nanti basah Jin hyung marah."

Tetapi bushh! Yoongi telah menyiram tubuh Taehyung.

"Omo!" Taehyung melompat turun dari katilnya dengan basah lencun.

"Haha padan muka." Yoongi gelak kuat melihat muka terkejut Taehyung.

"Suga hyung!" Jerit Taehyung.

"Hyung lari!" Jerit Hoseok pula.

Yoongi dan Hoseok membuka langkah seribu menuruni tangga dan menuju ke dapur. Jimin yang sedang mengunyah kimbap terus tersedak melihat Taehyung basah lencun. Jungkook cepat-cepat menghulurkan air kepada Jimin.

"Arghhh Jin hyung tolong!" Hoseok menjerit lalu menyorok di belakang Jin. Begitu juga dengan Yoongi.

"Yah! Apa basah-basah ni?" Jin menjerit kuat.

Kali ni Jungkook pula yang tersedak akibat jeritan nyaring Jin yang seperti mak tiri. Makanan tersembur keluar dari mulutnya sehingga terkena muka Namjoon.

"Pabo!" Marah Namjoon sambil mengesat mukanya dengan tisu. Jelingan maut diberikan kepada maknae.

"Mianhae." Jungkook tersengih-sengih.

"Suga hyung siram aku." Adu Taehyung kepada Jin.

"Mwo?" Jin terjerit lagi.

Sepantas kilat Jin berlari ke atas untuk melihat keadaan katil yang mungkin sudah basah teruk.

"Neo." Taehyung menunjuk ke arah Yoongi lalu mengejarnya.

Yoongi sempat menjelirkan lidahnya sebelum melarikan diri. Mereka berlari mengelilingi meja makan sehingga memeningkan yang lain.

"Heyy berhenti-berhenti." Marah Namjoon tetapi tidak dilayan oleh Taehyung dan Yoongi.

Tiba-tiba~

"Min Yoongi! Jung Hoseok! Kim Taehyung!"

Jeritan lantang Jin terdengar dari tingkat atas.

"Alamak Omma Jin dah marah. Kita nak buat apa ni?" Hoseok menggelabah.

"Ottokae." Yoongi mencari- cari tempat untuk menyorok.

Taehyung pula hanya terkaku di tempatnya.

Jimin tergelak-gelak melihat muka takut mereka. Dia sempat merakam adegan yang meriuhkan pagi Isnin itu. Ehh Isnin?

"Omo kita dah lambat nak pergi sekolah." Jerit Jimin.


[C] Friends Till Die •bts•Where stories live. Discover now