"Hmm bosannya." Rungut Jimin.
Dia pandang ke arah kawan-kawannya apabila tidak mendapat respon. Si kookie sudah tertidur lena di sebelahnya, Jin pula sedang asyik membetulkan gaya rambutnya di cermin yang berwarna pink, Taetae tengah bergurau dengan Hobie, Namjoon sedang membaca komik dan Suga sedang dating dengan yeojachingunya, Yoon Ae.
"Gaiss." Panggil Jimin dan serentak Namjoon, Hoseok dan Taehyung memandang ke arahnya.
"Waeyo?" Tanya Namjoon lalu menyambung membaca komik.
"Kook!" Jimin mengetuk kepala Jungkook membuatkannya terpisat-pisat bangun.
"Korang tak bosan ke?" Soal Jimin.
"Bosan sangattttttt." Jawab Taehyung.
"Jom." Ajak Jimin.
"Jom ke mana?"
Jimin menyuruh mereka merapatkan wajah dengannya lalu berbisik menyatakan rancangannya.
"Great idea Jiminnie." Namjoon terus mencampak komiknya dan terus berdiri begitu juga dengan yang lain.
Mereka menghampiri Yoongi lalu terus mengheretnya keluar dari sekolah.
"Yah! Nak pergi mana ni?" Yoongi dengan terpaksanya meninggalkan Yoon Ae.
"Fly." Jawab Jin sepatah.
Terus berseri muka Yoongi jadinya. Wajah Yoon Ae terus hilang dari minda. Kini dia hanya ingin berseronok dengan gengnya.
"Palli."
Yoongi yang terlebih semangat berjalan laju menuju ke tembok di belakang sekolah. Kemudian mereka memanjat tembok dan melompat keluar. Masing-masing ketawa seronok selepas berjaya keluar dari kawasan sekolah yang amat membosankan bagi mereka.
"Jom pergi stesen kereta api." Ajak Jimin.
Mereka berjalan sambil bergurau senda dan bergelak ketawa menuju ke stesen kereta api di belakang sekolah.
Tiba-tiba Jimin memaut di belakang Jungkook dan memeluknya erat.
"Yahh Jimin hyung. Hyung beratlah. Sakit badan kook." Marah Jungkook.
"Kookie ah...aku sayang kau sangat-sangat." Bisik Jimin lalu dia mencium pipi Jungkook.
Klik!
Jin berjaya merakam aksi itu dari atas gerabak.
"Jiminnie!" Muka Jungkook merah akibat malu.
Dia pura-pura memarahi Jimin tetapi hakikatnya dia berasa terharu. Tiba-tiba Jungkook berasa sangat sedih.
Jimin tergelak-gelak walaupun punggungnya ditendang oleh Namjoon akibat aksinya sebentar tadi. Hoseok pula dah tergelak-gelak sampai terduduk di landasan.
"Eeee Jiminnie gatal." Ejek Taehyung dari muka pintu kereta api.
"Taetae nak juga kan? Meh sini." Jimin sudah bangun sambil memuncungkan bibirnya tanda ingin mencium Taehyung.
"Omma! Jim nak cium Tae. Help me omma, appa." Jerit Taehyung melarikan diri dari Jimin dengan memanjat tangga untuk ke atas bumbung gerabak.
Jimin mengejar dari belakang. Jungkook turut mengikut hyungnya.
"Kook akan selamatkan Tae!" Jerit Jungkook mengejar Jimin yang laju berlari.
Maka mereka berkejaran di atas bumbung gerabak menuju ke arah Jin dan Yoongi yang telah lama naik di atas.
Uhuk...uhuk... Hoseok tiba-tiba terbatuk-batuk membuatkan Namjoon risau.
"Wae hope? Kau sakit ke?" Tanya Namjoon sambil mengurut belakang Hoseok.
"Ani. Ni mesti sebab banyak gelak tadi."
Namjoon merenung tajam Hoseok yang tersengih-sengih. Ini bukan kali pertama dia terdengar Hoseok batuk malah hampir setiap malam Hoseok begitu.
"Namjoon ah. Kajja. Diaorang dah tunggu kat atas tu." Hoseok menarik tangan Namjoon dan memanjat ke atas bumbung gerabak.
"Palli!" Jerit Yoongi.
Namjoon dan Hoseok kemudian join yang lain duduk bersantai di situ dengan menjuntaikan kaki ke bawah.
"Korang jom selfie." Jin sudah mengeluarkan phonenya beserta monopod yang memang sentiasa dibawa.
"Kajja."
Klik! Klik!
"Okayy free style." Jerit Jin bagaikan seorang photographer profesional.
Taehyung seperti biasa tersenyum petak dan membuat peace. Yoongi dengan gaya swangnya. Jungkook tersenyum menampakkam gigi bunnynya. Hoseok memaut bahu Namjoon lalu membuat love bersama. Jimin pula menjelirkan lidah dan Jin tersenyum biasa dengan muka yang sangat ceria. Ceria kerana dapat bersama Bangtan.
Klik!
"Nak tengok nak tengok."
Mereka berebut-rebut untuk melihat gambar tersebut.
"Korang siapa yang sampai sana dulu dia menang." Sebaik berkata begitu Yoongi terus berlari ke arah sebuah padang yang dikelilingi dengan bunga tulip.
"Hyung main tipu." Marah Jungkook lalu terus mengejar Yoongi. Yang lain juga sama berlumba-lumba untuk sampai dulu.
"Aigoo penatnya." Taehyung terus merebahkan tubuhnya ke atas rumput yang cantik menghijau.
Jungkook berbaring di sebelah kanan Taehyung menakala Jimin di sebelah kiri Taehyung. Yang lain juga berbaring melepaskan lelah.
Jungkook dan Jimin berpandangan sesama sendiri lalu menggeletek Taehyung yang sedang memejamkan mata.
"Aaaa geli-geli. Jin hyung help me."
Terkekek-kekek Taehyung ketawa akibat geli.
"Dahlah tu." Namjoon mengelap air matanya akibat terlebih gelak.
Selepas penat bergurau senda tujuh orang namja itu memandang ke arah langit yang membiru.
"Yeppo." Kata Jin sepatah.
"Korang." Panggil Hoseok.
"Nae."
"Kalau aku dah takda nanti korang lupakan aku tak?"
Soalan daripada Hoseok itu mengejutkan yang lain.
"Apa kau cakap ni hobie? Aku tak suka." Tanya Yoongi.
"Aku cakap KALAU kan."
"Hyung ni saja nak buat Kook nangis." Mata Jungkook sudah memerah.
"Aihh Kookie ah. Janganlah nangis. Mianhae." Pujuk Hoseok lalu memeluk Jungkook. Laju je air mata Jungkook menitis.
"Aihh maknae kita ni. Manja betul." Hoseok tergelak kecil.
"Ahh takda kalau-kalau. Kau kan sunshine kitaorang mana boleh tinggalkan kitaorang." Bantah Namjoon.
Hoseok tersenyum mendengar kata-kata Namjoon.
"Kalau hyung pergi Tae nak ikut sekali." Taehyung menjawab laju.
" Joengmal?" Hoseok terharu."Nae."
Yang lain mengangguk setuju.
"Please stay with me forever." Jimin yang sedari tadi membisu akhirnya bersuara.
"Ohh you are my hearteu." Jin memeluk Jimin.
"I love all of you, hyung. Terima kasih sebab jaga Kook. Kamsa."
"Aihh maknae, kau buat aku nangis." Yoongi mengelap air mata yang tumpah.
"Hilang swag Yoongi bila nangis." Usik Jin walaupun dia sendiri dah nangis.
"Heyy Namjoon ah, kau nak nangis, nangis jelah tak payah nak sorok muka sangat." Hoseok mengusik Namjoon.
"We love you leader." Jerit mereka beramai-ramai.
Namjoon tak mampu berkata apa lagi. Dia benar-benar terharu.
Hoseok pula tersenyum melihat Bangtan sambil memegang dadanya. Dia berjanji akan ingat setiap detik yang diluang bersama mereka. Setiap detik yang sangat berharga buatnya.
YOU ARE READING
[C] Friends Till Die •bts•
FanfictionPlease stay with me forever -j.m Walaupun aku dah takda aku akan tetap jaga korang -leader joon I love all of you, hyung -maknae Always swag. Saranghae Bangtan -m.y Mianhae...aku tunggu korang dekat sana -j.h Thanks for everything bestfriends...