Huwaaaaa~
Kedengaran suara seorang kanak-kanak lelaki menangis. Namjoon yang sedang bermain bola bersama Hoseok lantas tercari-cari arah bunyi tersebut.
"Bunyi apa tu Namjoon?" Hoseok tercari-cari.
"Jom cari." Ajak Namjoon.
Mereka lantas berjalan di sekitar taman permainan itu dan akhirnya ternampak seorang kanak-kanak lelaki berseluar pendek sedang menangis teresak-esak di tepi jalan raya. Hoseok menarik tangan kawannya lalu berlari ke arah budak tersebut.
"Heyy budak, kau kenapa ni?" Tanya Namjoon dan mencangkung di sebelah budak tersebut.
Budak yang ditegur itu mengangkat wajah bersama linangan air matanya.
"Bunny dah takda." Katanya sambil memeluk seekor arnab yang berlumuran darah akibat dilanggar kereta.
Namjoon menggaru-garu kepalanya kerana tidak pandai memujuk. Hoseok melihat Namjoon yang bingung lantas bersuara.
"Janganlah nangis. Nanti suruhlah omma awak beli yang baru." Pujuk Hoseok.
"Bunny dah takda, kawan saya dah takda."
Budak itu masih lagi menangis.
Namjoon tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada budak itu.
"Nak jadi chingu kami?" Soal Namjoon tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
"Betul ke?"
"Nae." Namjoon terangguk-angguk.
Budak itu tersenyum menampakkan gigi bunnynya dan kelihatan sangat comel. Dia lalu menyambut huluran tangan Namjoon.
"Siapa nama kamu? Umur?" Tanya Namjoon lagi.
"Kookie."
"Biskut?" Hoseok blank.
Budak itu tergelak kecil mendengar pertanyaan Hoseok.
"Itu nama manja. Nama betul Jeon Jungkook. Umur 8 tahun." Jungkook bow.
"Ohh jadinya Kookie kena panggil kami hyung." Namjoon memaut bahu Jungkook mesra.
"Nae hyung."
"Untunglah Namjoon dah dapat kawan baru. Mana nak ingat aku dah." Hoseok menarik muncung panjang.
Namjoon tergelak kecil mendengar rajukan kawan baiknya.
"Hoseok ah...saranghae." Namjoon membuat love untuk Hoseok. Hoseok tersenyum lebar.
"Jom Kookie kita jumpa yang lain." Ajak Namjoon menarik tangan Jungkook dan sebelah tangan lagi memaut bahu Hoseok.
Mereka berjalan ke arah sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain bola sepak di padang.
"Hyung! Palliwa!" Jerit seorang kanak-kanak yang mempunyai senyuman petak.
Namjoon, Hoseok dan Jungkook mempercepatkan langkah mereka.
"Mianhae kami lambat." Ucap Hoseok.
"Siapa tu Namjoon?" Tanya seorang kanak-kanak yang memakai baju pink.
Hoseok menyiku Jungkook agar memperkenalkan dirinya.
"Jeon Jungkook imnida~ panggil Kookie." Jungkook bow.
"Hyung, bolehkan Kookie masuk geng kita?" Tanya Namjoon kepada si pinky.
"Nae. Hai Kookie saya Kim Seokjin. Panggil Jin je." Jin memperkanalkan dirinya.
"Dia paling tua antara kita semua." Tambah Hoseok.
"Comelnya awak Kookie." Seorang kanak-kanak memujinya.
"Jimin! Aku lagi comel lah." Marah si senyum petak. Jeles.
"Yang cakap awak comel tu Park Jimin namanya. Yang senyum petak tu Kim Taehyung." Jin memperkenalkan mereka.
"Boleh panggil saya V atau Taetae." Taehyung buat peace.
"Diamlah Alien." Marah kanak-kanak berwajah dingin.
"Dimalah Sugar Free." Balas Taehyung.
"Yah! Jangan panggil aku macam tu."
"Alien, sugar?" Jungkook pelik.
"S.U.G.A bukan sugar." Balas si dingin.
"Yang itu Min Yoongi. Dia memang dingin sikit tapi kalau dah kenal rasa nak tumbuk je." Balas Namjoon mengutuk hyungnya.
Jungkook mengangguk faham. Dia memusing badan menghadap Namjoon dan Hoseok.
"Hyung berdua tak kenalkan nama lagi." Kata Jungkook.
"Ohh nama hyung Kim Namjoon atau boleh panggil rapmon. And ni Jung Hoseok. Our sunshine." Namjoom memeluk bahu Hoseok.
"Kookie boleh panggil hyung J-hope. I can be your hope." Hoseok tersenyum ceria.
"Nae."
"Kookie paling muda dekat sini so dialah maknae kita." Kata Namjoon.
"Kita ada ahli baru so kita kena buat perjanjian baru." Kata Jin.
"Perjanjian?" Jungkook pelik.
"Kookie ah... Kookie janji akan setia dengan kumpulan kita?" Tanya Jin.
Jungkook tersenyum comel lalu mengangguk laju.
"Kita Bangtan takkan terpisah." Jin menghulurkan tangan ke tengah bulatan.
Namjoon terus meletak tangannya di atas Jin diikuti oleh Hoseok, Taehyung, Jimin dan Yoongi manakala Jungkook masih blur.
Yoongi di sebelahnya terus menarik tangan Jungkook dan diletakkan di atasnya.
"Walau apa pun yang jadi Kookie jangan tinggalkan Bangtan." Kata Yoongi.
"Kita kawan sampai mati." Jerit Jimin kuat.
"Kookie janji."
YOU ARE READING
[C] Friends Till Die •bts•
Fiksi PenggemarPlease stay with me forever -j.m Walaupun aku dah takda aku akan tetap jaga korang -leader joon I love all of you, hyung -maknae Always swag. Saranghae Bangtan -m.y Mianhae...aku tunggu korang dekat sana -j.h Thanks for everything bestfriends...