Sudah seminggu Taehyung mengekori Hara dan namjachingunya yang baru. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Taehyung sudah nekad untuk menuntut bela atas kematian Jimin.
"Aku akan bunuh kau jantan." Bisik hati Taehyung.
Taehyung terus mengendap ke arah sebuah rumah yang baru sahaja dimasuki oleh mereka berdua. Tidak lama kemudian Taehyung terdengar Hara menjerit kuat.
Dengan langkah yang laju Taehyung menghampiri rumah tersebut. Pintu yang tidak bertutup rapat membolehkan Taehyung mengintai ke dalam. Kelihatan jantan tak guna yang telah merampas kekasih Jimin sedang memukul Hara. Taehyung tersenyum sinis.
"Padan muka kau Hara." Ucapnya.
Taehyung ketawa kecil kerana baginya Hara sudah mendapat pembalasan setimpal atas kecurangannya terhadap Jimin tetapi tekad Taehyung untuk membunuh jantan itu tetap akan diteruskan. Taehyung meliar melihat sekeliling mencari barang yang boleh dijadikan senjata.
Akhirnya dia mencapai botol soju kosong yang berlambak di tepi pintu.
"Hiyarghh. Mati kau perampas!"
Taehyung menerjah masuk lalu ingin menghentakkan botol soju ke kepala lelaki itu tetapi sempat ditepis dan botol di tangan terpelanting ke dinding dan pecah.
Maka terjadilah aksi tumbuk menumbuk. Jeritan Hara yang menyuruh mereka berhenti hanya diabaikan. Taehyung menumbuk namja di hadapannya bertubi-tubi sehingga musuhnya itu tersandar lemah di dinding. Taehyung berhenti menumbuk lalu berdiri di hadapan Hara.
"Jimin dah mati." Kata Taehyung lalu mencampak gambar yang dijumpainya di dalam bilik mandi tempoh hari ke muka Hara yang sudah bertukar pucat.
"Chim...chim..." Hara menyebut nama Jimin dengan terketar-ketar.
Tanpa disedari Taehyung namja yang dipukulnya tadi sudah menghalakan sebatang besi ke kapala Taehyung dan....
Buk!
Taehyung rebah ke lantai apabila besi tersebut singgah di kepalanya. Taehyung meraba kepalanya yang sudah berdarah.
Botol soju yang pecah tadi dicapai senyap-senyap. Taehyung berdiri dengan sisa tenaga yang masih ada lalu menikam perut lelaki tadi menggunakan bahagian yang tajam.
Hara menjerit kuat apabila kedua-dua lelaki itu rebah di hadapannya. Taehyung sempat melemparkan senyuman sinis kepada Hara sebelum nafasnya terhenti.
***
Tok! Tok!
"Kookie ah bukaklah pintu ni. Hyung rindu Kook."
Jin mengetuk pintu bilik Jungkook berulang kali tetapi seperti hari-hari sebelumnya Jungkook tetap tidak menyahut. Jin risau akan keadaan Jungkook kerana demamnya masih belum baik.
"Hyung pergi beli bubur kejap untuk Kook. Tunggu hyung balik ya." Jin melangkah lemah menuruni anak tangga.
Semangatnya telah hilang semenjak Yoongi pergi untuk selama-lamanya diikuti yang lain. Kini yang tinggal hanyalah dia dan Jungkook. Tetapi sejak hari Taehyung meninggalkan mereka Jungkook asyik berkurung di dalam bilik. Makan tak, mandi tak. Jungkook hanya menangis dan terus menangis sambil meraung menyebut nama semua hyungnya.
***
Jungkook mengintai Jin yang sedang membuka pagar rumah dari tingkap biliknya. Setelah memastikan Jin sudah pergi, Jungkook akhirnya membuka pintu bilik. Dia melangkah lemah ke tingkat bawah. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu langkah kakinya terhenti di situ.
YOU ARE READING
[C] Friends Till Die •bts•
FanfictionPlease stay with me forever -j.m Walaupun aku dah takda aku akan tetap jaga korang -leader joon I love all of you, hyung -maknae Always swag. Saranghae Bangtan -m.y Mianhae...aku tunggu korang dekat sana -j.h Thanks for everything bestfriends...