Part 8

759 75 2
                                    

Jimin keluar dari bilik setelah seharian terperap di dalam menangisi pemergian sahabat-sahabatnya.

Dia memandang ruang tamu yang kosong sebelum terpandang satu sticky note berwarna pink ditampal di skrin televisyen.

Jimin, Tae,
Hyung bawa Kookie pergi klinik. Dia demam.

Jin.

Jimin menampal semula memo tersebut lalu berlalu ke bilik mandi di dapur. Dia masuk ke dalam bathtab dan membuka air. Gambar yang sudah renyuk akibat digenggam Jimin dipandang sepi. Jimin menghalakan lighter ke arah gambar tersebut lalu menyalakan api. Gambar tersebut dipandang sekilas lalu dicampak ke bawah. Jimin tiba-tiba teringat akan pristiwa siang tadi.

Flashback

Kring! Kring!

Jimin mencapai phone dan tersenyum melihat nama yeojachingunya tertera di skrin.

Jimin: yeoboseyo!

Hara: chim, wae suara serak?

Jimin: sakit tekak.

Itu hanya alasan yang diberikan oleh Jimin walau hakikatnya dia baru sahaja menangisi pemergian Namjoon yang telah mengikut jejak Yoongi dan Hoseok. Dia masih ingat lagi bagaimana berdebar hatinya apabila berita letupan stesen minyak dilaporkan di dalam berita. Air matanya terus tumpah apabila terpampang gambar Namjoon yang maut di dalam tragedi itu.

Hara: hara ada benda nak cakap dengan chim.

Jimin: apa dia?

Hara: hara nak minta putus.

Jimin: mwo? Wae hara? Hara dah tak sayangkan chim ke?

Hara: mianhae. Hara dah ada orang lain. Jangan cari hara lagi.

Tut! Tut!

End of flashback

"Chim sayangkan Hara." Lirih suara Jimin sambil memandang gambarnya dan Hara yang sudah separuh terbakar.

Jimin meneggelamkan dirinya ke dalam bathtab yang telah dipenuhi air. Sedang dia bertarung dengan maut tiba-tiba satu memori indah bersama Bangtan terlayar di minda.

Flashback

"Mana semua orang ni?"

Jimin yang baru bangun dari tidurnya melilau mencari kelibat Bangtan yang lain. Rambutnya yang serabut diraup beberapa kali.

"Sampai hati diorang keluar tak ajak." Bebel Jimin dengan muka sedih.

Jimin berjalan ke bilik air untuk membasuh muka. Sebaik membuka pintu dia terkejut beruk melihat kawan-kawannya sedang seronok bermain di dalam.

Jimin blur sekejap.

"Jimin ah. Jom join." Kata Jin lalu menarik tangan Jimin untuk masuk ke dalam.

Yoongi terus menarik Jimin lalu menolaknya ke dalam bathtab yang sudah penuh dengan air.

"Yah! Habis basah baju aku." Marah Jimin.

"Bukan selalu pun." Kata Namjoon lalu masuk ke dalam bathtab.

Lalu yang lain turut masuk ke dalam. Nasib baik bathtab itu agak besar. Jungkook memercik air ke muka Hoseok lalu ketawa kecil.

Perang air bermula!

End of flashback

Jimin pergi membawa kenangan indah bersamanya. 

***

"Sunyinya rumah." Kata Taehyung setelah membuka pintu.

Taehyung bergerak ke sofa lalu menghempaskan tubuhnya dan dia terpandang memo yang ditinggalkan Jin.

"Aihh hauslah pulak." Rungut Taehyung.

Dengan langkah longlai Taehyung bergerak ke dapur.

"Omo!"

Taehyung hampir-hampir tergelincir dan nasibnya baik kerana sempat berpaut di meja makan.

Ktak!

Dapur menjadi terang benderang apabila suis lampu dihidupkan. Taehyung terkejut melihat dapur dilimpahi air dari dalam bilik mandi.

"Siapa yang lupa tutup air ni." Bebel Taehyung lalu membuka pintu bilik mandi.

Air melimpah keluar dari bathtab dengan tubuh Jimin terapung di dalam.

"Jimin!" Jerit Taehyung lalu berlari untuk menyelamatkan Jimin.

Jimin ditarik keluar dan Taehyung cepat-cepat melakukan CPR.

"Jangan tinggalkan aku Chim."

Taehyung meraung kuat apabila menyedari nafas Jimin sudah tiada.

"Ireona Jimin ah. Kau tak boleh tinggalkan aku. Nanti siapa yang nak gaduh dengan aku lagi. Nanti siapa yang nak teman aku tidur lepas tengok movie hantu."

Taehyung meraung sambil memeluk tubuh kaku Jimin. Sedang asyik Taehyung menangis tiba-tiba dia terpandang sekeping gambar yang separuhnya sudah terbakar. Gambar itu dicapai dan ditatap. Gambar Hara, yeojachingu Jimin. Gambar itu telah diconteng menggunakan pen marker dengan tanda X di bahagian muka Hara. Taulah Taehyung apa penyebabnya Jimin membunuh diri.

[C] Friends Till Die •bts•Where stories live. Discover now