Tiga minggu telah berlalu semenjak kematian Yoongi. Semua ahli Bangtan masih berduka sehinggakan sekolah diabaikan begitu sahaja dan akibat dari itu mereka dibuang sekolah.
Hoseok duduk termenung di dalam bilik air memandang pantulan dirinya di cermin. Wajah yang dulunya sentiasa ceria kini sudah tiada. Yang tinggal hanyalah wajah yang pucat dan muram.
Uhuk..uhuk...
Hoseok terbatuk-batuk. Batuk yang teruk.
Flashback
"Hoseok...kamu punya penyakit dah bertambah teruk."
Hoseok mengeluh perlahan sebelum bertanya.
"Berapa lama lagi masa yang saya ada?"
"Mungkin seminggu, dua minggu, sebulan atau lebih."
End of flashback
Hoseok menatap botol ubatnya lama-lama sebelum dia membuang pil tersebut ke dalam mangkuk tandas. Kemudian flush ditarik.
Dia membasuh muka agar kelihatan lebih segar. Semenjak kehilangan Yoongi, kesihatan Hoseok bertambah teruk tetapi dia sedaya upaya merahsiakannya daripada pengetahuan Bangtan.
Hoseok menuju ke biliknya lalu menghenyakkan punggungnya ke atas katil. Sekeliling bilik yang menyimpan pelbagai memori indah itu ditatap sepuasnya.
Flashback
"Hoseok hyung~" Jimin mengintai ke dalam bilik Hoseok dan kelihatan hyungnya sedang berbaring di atas katil.
Dia masuk lalu menghampiri Hoseok yang sedang memejamkan mata. Kebelakangan ini Hoseok kelihatan agak muram dan asyik berkurung di dalam bilik. Mungkin Hoseok ada masalahnya sendiri. Oleh itu, Jimin datang ke biliknya untuk mengembalikan Hoseok yang dahulu. Yang sentiasa memceriakan hari-hari mereka semua.
"Ahh Jiminnie. Wae?" Tanya Hoseok bingkas bangun apabila menyedari kehadiran Jimin.
Jimin tersengih lalu mengeluarkan seseuatu yang disembunyikan di belakang sedari tadi. Bantal.
Jimin tersengih lalu memukul bantal tersebut ke badan Hoseok. Hoseok yang tidak bersedia terus terkena pukulan tersebut.
"Yahh Jiminnie." Hoseok mencapai bantal peluknya lalu membalas pukulan Jimin.
Mereka berbalas pukulan sambil bergelak ketawa. Jimin berjaya dengan misinya.
Namjoon yang kebetulan lalu di hadapan bilik Hoseok terkejut beruk melihat bilik tersebut dipenuhi oleh kekabu bantal.
"Namjoon ah jomlah join." Ajak Hoseok.
Namjoon yang kebetulan sedang bosan terus menerima perlawaan itu. Tidak sampai beberapa minit semua ahli Bangtan sudah memenuhi bilik Hoseok. Dan akhirnya pada malam itu mereka tidur beralaskan kekabu bantal.
End of flashback
"Ahh aku pasti akan merindui saat2 macam ni." Hoseok mengelap air matanya sambil tertawa kecil.
"Suga hyung... tak lama lagi aku akan datang. Tunggu hope ya. Araesso?"
Hoseok memeluk gambar mereka bertujuh seerat mungkin.
YOU ARE READING
[C] Friends Till Die •bts•
FanficPlease stay with me forever -j.m Walaupun aku dah takda aku akan tetap jaga korang -leader joon I love all of you, hyung -maknae Always swag. Saranghae Bangtan -m.y Mianhae...aku tunggu korang dekat sana -j.h Thanks for everything bestfriends...