Part 2

960 81 2
                                    

"Aihh palliwa. Dah pukul 7:20 ni." Jerit Jungkook cemas.

"Kajja." Namjoon yang siap memakai kasut terus menghampiri yang lain.

"Lets go." Jimin sudah membuka langkah untuk berlari tetapi pertanyaan Namjoon merencatkan niatnya.

"Mana hope?" Soal Namjoon pelik.

"Ehh haah mana Hoseok hyung?" Jungkook menyokong.

Jin meluru ke muka pintu rumah ingin mencari Hoseok tetapi Hoseok sudah muncul lalu memohon maaf.

"Aihh Hoseok ah, mana kau pergi. Kita dah lambat ni." Jin menarik tangan Hoseok lalu dia mengunci pintu rumah dengan pantas.

Mereka terus berjalan ke sekolah yang tidak berapa jauh.

"Kau okay hope?" Tanya Namjoon apabila melihat muka Hoseok agak pucat.

"Gwaenchana." Hoseok cepat-cepat mengukirkan senyuman yang selalu mengindahkan hari-hari Bangtan.

Namjoon hanya mengangguk. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati.

'Ahh perasaan aku je ni.' Namjoon menenangkan dirinya.

***

Kelihatan empat orang namja sedang berkumpul di dalam toilet. Mereka didenda oleh Mr Jung atas kelewatan mereka ke sekolah. Siapa lagi kalau bukan Bangtan Boys.

"Ni semula salah Suga hyung." Marah Taehyung.

"Mwo? Kau yang bangun lambat salahkan aku pulak." Yoongi buat muka tidak bersalah lalu duduk di atas singki.

Bluekk~ Taehyung menjelirkan lidahnya.

"Bisinglah korang ni. Okay apa basuh toilet daripada kena lari dekat padang sana." Sampuk Jimin merujuk kepada Namjoon, Jin dan Jungkook yang didenda berlari senanyak 10 pusingan.

"Nae. Betul jugak apa yang kau cakap tu chimchim." Yoongi mengangguk.

Yang lagi best tak payah masuk kelas haha.

"Hoseok, wae kau diam je ni? Kau tak sihat ke?" Soal Yoongi kepada Hoseok yang sedang termenung.

"Aniya. Aku okay je." Hoseok cepat-cepat tersenyum tetapi kelihatan hambar di mata Yoongi.

"Kenapa dengan budak ni? Aihh risau pulak aku."

Yoongi tenung muka Hoseok lama-lama. Dia tahu ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh chingunya itu.

"Suga hyung." Panggil Taehyung.

Yoongi berpaling ke arah Taehyung dan tiba-tiba splash! Baju kemeja Yoongi basah dengan percikan air oleh Taehyung.

"Heyy paboya!" Yoongi merengus geram.

"Haha itu balasannya sebab buat aku tadi. Wekk wekk."

"Eeee budak ni."

Yoongi mengangkat baldi yang berisi air lalu dihalakan ke arah Taehyung.

"Omma!" Jerit Taehyung.

"Omma kau takdalah nak selamatkan kau hahaha." Yoongi ketawa kuat dan menyimbah air tersebut kepada Taehyung.

Hoseok yang tadinya muram terus menjadi ceria dan dia pun join yang lain bermain air. Hoseok kemudiannya berbisik sesuatu kepada Yoongi dan Taehyung.

Mereka perlahan-lahan menghampiri Jimin yang sedang seronok mengemop lantai sambil menyanyi lalu menyimbah air ke arahnya.

"Arghhh hujan." Latah Jimin sehingga mop di tangan tercampak ke arah pintu hampir-hampir sahaja terkena Jin yang baru tiba.

"Yah! Apa yang korang buat ni?" Tanya Jin yang terkejut melihat diaorang basah kuyup.

"Daebak." Kata Jungkook yang berada di sebelah Jin.

Dia terus masuk ke dalam untuk menyertai parti air tersebut.

"Yah Jungkookie!" Marah Jin kerana Jungkook juga mahu join.
"Hyung jomlah join. Macam best je." Jerit Jungkook yang sudah bermain air dengan Jimin dan Taehyung.

"Taknak aku." Jin masih tegak berdiri di muka pintu.

Hoseok membuat isyarat mata ke arah Namjoon sambil tersengih jahat. Namjoon yang faham isyarat itu tersengih lebar.

"Hoseok ah...wae kau senyum ni?" Jin cuak.

Namjoon dengan tiba-tiba menolak Jin ke dalam toilet tersebut. Yoongi yang sedari tadi sudah memegang baldi terus menghalakannya ke arah Jin.

"Yoongi andwae."

Tetapi itu semua dah terlambat dan Jin sudah basah kuyup. Mereka semua ketawa terbahak-bahak melihat muka Jin yang kegeraman.

Namjoon kemudiannya masuk dan menutup pintu toilet lalu menguncinya. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Hana, dul, set."

"We like to party~"

Bergema toilet itu dengan nyanyian mereka bertujuh sambil menyimbah air sesama sendiri. Saat itu mereka rasa sangat bahagia.

[C] Friends Till Die •bts•Where stories live. Discover now