Seminggu kemudian, kini Izwan dan Farah sudah berkawan baik. Well sejak balik dari camp lagi diorang ni banyak bercakap each other. Dayana? Dia okay je. Dia berkawan baik dengan Faiq dan Izwan. Bukan diorang je tapi ramai lagi. Faiq pula, dia masih menaruh hati pada Farah. Tapi dia masih tak dapat nombor Farah. Katanya dia malu nak minta dengan Farah so dia selalu minta nombor Farah dengan Dayana. Dayana tak bagi sebab dia tahu kawan dia, Farah akan marah bila buat sesuka hati tanpa bagitahu dia. Dayana pun benggek sebab dia tak bagitahu Farah yang Faiq ada minta nombor dia so that's why Faiq still tak dapat nombor Farah. Adui panjang pula aku huraikan pasal ni. Apa-apa pun, sila enjoy baca ff ni,😊
"kau masak maggi ek?"
Farah menjerit dari bilik. Dia tengah buat assigment la tu yang tak keluar tu. Dayana pula, jangan harap buat assigment tapi dia selalu assigment last minute. Pada waktu 10 malam macam ni, jangan harap la Dayana buat. Pemalas
Dayana berada di ruang tamu dan berbekalkan mangkuk maggi kari baru dia masak tadi. Dia ni suka sangat kalau makan depan tv sebab katanya dia tak suka suasana sunyi so dia akan pasang tv supaya sunyinya hilang.
"weii kenapa kau diam!"
Farah menjerit dan keluar dari bilik untuk mencari Dayana. Macam biasa Dayana hanya menumpukann perhatiannya di kaca tv. Langsung tak perdulikan Farah
"mulut aku penuh nak jawab"
Dayana menyumbat dengan banyak maggi dalam mulutnya dan tersengih. Farah pula apa lagi terus menjuihkan bibir melihat Dayana bereaksi begitu padanya
"bagi aku sikit. Aku lapar"
Farah merampas mangkuk maggi milik Dayana. Dayana pula dah agak tu pasti akan berlaku padanya bila Farah ada. Apa boleh buat?
"kau makan la. Aku dah kenyang"
Dayana membiarkan Farah makan magginya. Bukan apa, Dayana dah makan separuh maggi tu. So separuh lagi dia bagi je la Farah makan
"esok aku kena pergi rumah Eika. Dia minta tolong aku tengok kan laptop dia. Ada masalah apa tah. So kau boleh tak balik sorang-sorang?"
Dayana bertanya pada Farah. Farah mengangguk dan mulutnya masih menyuap maggi. Lapar beno dah nampak gaya dia ni
"okay la aku ngatuk. Bye aku tidur dulu"
Dayana melangkah ke arah biliknya. Farah pula hanya mengangguk dan mempercepatkan magginya. Lapar sangat ke ni?
Keesokan harinya,
Dayana berjalan bersama Eika. Seperti mana Dayana bagitahu Farah semalam. Lepas habis je kelas tadi terus mereka berpecah. Seorang ke utara dan seorang ke selatan
"Dayanaa"
Izwan memanggil Dayana dari belakang. Dayana pun apa lagi menoleh la. Jarang sangat orang lelaki panggil dia sebab kalau ada orang lelaki panggil dia pun mesti sebab nak minta tolong berkaitan dengan laptop. Apa lahh
"Izwan?"
Eika disebelah Dayana ni pula berbisik dengan nada terkejut pada Dayana. Izwan ni popular dengan sikap sombong dia. Tak ada seorang pun boleh berkawan dengan dia
"kau nak pergi mana?"
Izwan bertanya pada Dayana. Macam biasa dengan gaya menyeluk poket dia la. Cuma kali ni mulut dia ada lolipop dan cap di atas kepala. Ingat swag ke? Hastek nak korek hidung je bila tengok mamat ni belagak macam ni
"kenapa?"
Dayana tanya balik pada Izwan. Pelik sebenarnya
"sebenarnya saya minta tolong Dayana untuk tengokkan laptop saya"
YOU ARE READING
Milik Kita- Far Day Moments💕
RomanceDayana dan Farah sememangnya kawan yang sangat rapat. Mereka adalah anak yang dikutip dari rumah anak yatim piatu oleh Datin Faridah dan Datuk Rozlan. Sebenarnya Dayana dan Farah asal dari keluarga lain-lain tetapi sangat rapat sejak hari pertama be...