Bab 17

6 0 0
                                    

Dayana dan Badrul telah mendiamkan diri untuk seketika. Bila bercakap mengenai kematian keluarga, ini pasti paling menyedihkan dalam hidup kan. Siapa nak  happy bila kehilangan keluarga kan?

“aku minta maaf” akhirnya Badrul bersuara. “salah aku, aku tuduh kau dan aku tinggalkan kau macam tu je selepas kematian keluarga kau. Aku hilangkan diri dan aku jauhkan kawan-kawan kita dari kau” Badrul menuntur suaranya dengan lembut

“aku takkan maafkan kau. Aku harap kau boleh blah dari pandangan aku sekarang. Tengok muka kau dah cukup buat aku sedih. Dan cukup buat aku takut bila nak berdepan dengan kau” jelas suara Dayana menunjukkan Dayana begitu sedih dengan tindakan Badrul dulu.

Sewaktu kehilangan keluarganya, dayana berseorangan dan perlukan kawan. Tapi apa yang dia dapat? Dia difitnah yang dia membunuh keluarganya oleh kawan baik dia sendiri. Semua orang mula membencinya dan mula menjauhkan diri. Takkan sangka semua ni akan bertukar menjadi tragedi yang pahit untuk diterima sewaktu dia berusia 7tahun.

“aku rasa nak menangis sekarang tapi  aku tak boleh tunjukkan pada kau yang aku SANGAT SANGAT SANNNGATT LEMAH!” tegas Dayana mengeluarkann suaranya.

“please berambus. Aku dah tak nak tengok muka kau!” Dayana menghalau Badrul dengan muka yang serius.

“aku minta maaf. Aku pun rasa sedih dan marah sangat masa tu” badrul terus memeluk Dayana dengan matanya memerah.

Dayana menolak badan sasa Badrul daripada berterusan dipeluk

“kau haram untuk sentuh aku. Dan haram bagi kau untuk bertindak macam ni!” Dayana memarahi Badrul

“tolongkan jarakkan diri kau. Jangan buat aku lagi takut ” Dayana menganjak selangkah ke belakang

“aku akan buat apa je asal kau maaf kan aku. Aku nak tebus balik kesalahan aku” rayu Badrul memujuk Dayana

“permintaan aku simple je. Jauhkan diri kau dari aku dan tolong jangan muncul dalam hidup aku. Bagi aku, Badrul dah lama mati sejak aku umur 7tahun” Dayana mengetap giginya. Menahan segala rasa sedih

“aku takk-...” belum sempat Badrul menghabiskan ayatnya. Dayana terus melarikan diri memasuki rumah. Tinggalkan Badrul bersendirian dengan rasa yang serba salah

Tapi Dayana lupa sesuatu. Yeah, sesuatu tentang Badrul, Abang Rian(Daren), Eddy (Mr Chill) dan papa angkatnya sendiri.

Diorang bukan manusia biasa.

Tapi diorang bukan hantu!

“aku tak habis lagi cakap LAHHH!!!” suara garau Badrul berjaya menghentikan langkah Dayana akibat terlalu terkejut.

Badan Dayana mula terapung ke atas udara dengan dikerumi asap merah yang nipis.

Ni lah padahnya bermain dengan ‘Monster’.

Sekarang ni ada satu je ayat dalam otak Dayana. Ayatnya berbunyi ‘sesiapa tolong aku’.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Farah dan Izwan berada di sungai yang terletak di tepi rumahnya. Kawasan sungai itu dipenuhi oleh orang ramai. Maklum la hari minggu. Ramai akan berkunjung dengan keluarga masing-masing

“sejuk je air sungai ni” Farah mencelup kakinya ke dalam sungai sambil duduk di atas batu yang besar.

“sejuk lagi mata aku bila pandang kau” Izwan mula bersweetalker dengan Farah. Maklum laa buaya darat.

“apa?” Farah berpura-pura tak mendengar

“nothing” satu je perkataan yang terpacul keluar dari mulut Izwan dengan muka yang cool.

Ingat macho ke?

“heleh. Eee menyeramkan” Farah memeluk tubuhnya dengan isyarat muka ‘jangan nak bersweetalker dengan aku’.

“lagi seram kalau hati aku dihantui oleh kau” Izwan terus bersweetalker dengan Farah bersama gelak ketawa

“euww kenapa dengan kau ni?” Farah menjarakkan dirinya dari Izwan.

Izwan pula dengann selamba dua posen dia merapati Farah. Farah pun dah hilang sabar dia lalu terus bangun dan meninggalkan Izwan.

“weh kau nak gi mana?”

“lari  dari kau laa!” teriak Farah dengan geram

“lari laa sekuat yang mungkin doo” Izwan mengikuti Farah dari belakang dengan gelak ketawa. Persis macam orang gila

Ni yang buatkan Farah jadi lebih takut.  Farah mula membuka langkah yang panjang dan berlari sekuat yang mungkin. Lari dari orang yang tak siuman ni

Maka bermula la sesi kejar mengejar. Macam cerita hindustan. Kuch kuch hoiiiiii taikk, hahaha

“Weh apesal kau berhenti? Penat eh? Atau kau dah sedar yang kau ni suka kat aku jugak kan?” Teriak Izwan tercunggap-cunggap setelah melihat Farah menghentikan lariannya.

“weh sini jap. Tengok tu. Dayana terapung laa!” Farah memanggil Izwan dan jarinya menunding ke arah udara

“serius laa!!!” tanya Izwan dengan muka yang serius

“Dayanaa!!” selepas Izwan betul-betul memerhatikan bahawa itu adalah Dayana yang terapung di udara. Terus Izwan berlari ke arah tu dan meninggalkan Farah sendirian

“weh aku nak ikut gak!” tanpa membuang masa. Farah mengekori Izwan dari belakang









Kesian Farah dan Izwan tak sempat nak sweet sweet. Last last Dayana pula ganggu. Hahaha. Sila redho

Milik Kita- Far Day Moments💕Where stories live. Discover now