Dua bulan kemudian, aku menjadi pemandu kakak untuk ke mana-mana sahaja yang dia mahu, termasuk tempat kerja dan program tarbiyah dia. Lagipun, aku pun baru tamat pengajian. Mama mengupah aku untuk jadi penjaga kakak walaupun kakak menghalang pada mulanya.
"Sekarang ni kita naik kereta dulu. Tangan kakak tu lumpuh lagi. Bila kakak dah sihat betul-betul, tak apalah kalau kakak nak naik LRT sendiri sekali pun," kataku. Lampu isyarat di hadapan bertukar hijau. Aku segera menukar gear kereta.
Kakak ketawa.
"Kakak seronok macam ni. Adik ikut kakak pergi dapatkan pengisian jiwa. Kalaulah kakak tahu dengan hilangnya satu tangan kakak ni baru adik terbuka hati, dua-dua tangan sanggup kakak korbankan."
Aku membelok di stesen minyak berhampiran, meminta izin untuk ke tandas.
Sebenarnya dalam tandas tu aku menangis puas-puas.
"Aik, kenapa tiba-tiba pakai cermin mata hitam ni?" Tanya kakak sekembalinya aku ke dalam kereta.
"Silau."
Dalam kebanyakan waktu, aku tidur saja di dalam program. Aku tidak terikat dengan tentatif sebab aku bukan peserta. Tapi apabila tiba waktu makan, aku akan muncul di sebelah kakak. Kakak makan guna sudu dengan tangan kirinya.
Dan keesokan harinya aku lewat bersiap untuk makan sarapan. Aku fikir kakak mesti susah nak makan kalau aku tak bantu. Aku pun bergegas keluar dari bilik air lalu mencuci tangan. Tapi apa yang temukan kemudian benar-benar membuatkan aku terkesima. Speechless. Ahli dulang kakak (sebab mereka makan berjemaah mengelilingi dulang yang diisi dengan nasi goreng) sedang bergilir-gilir menyuap kakak makan. Mereka sedang ketawa dan gembira.
Aku duduk di dulang lain bersama Kak Asma, kakak yang menyambutku di lobi hospital ketika kakak kemalangan tempoh hari. Dari jauh saja aku melihat kakak.
"Cik Bodyguard tak nak makan ke?" Tanya Kak Asma. Mereka menggelarkanku bodyguard sebab aku ikut kakak ke mana juga dia pergi, kecuali tandas.
Aku memandangnya dengan wajah dua puluh sen. Ahli dulang lain menjemputku makan, masing-masing bercakap serentak dalam nada perlahan seperti bunyi lebah yang menghurung sarangnya.
Aku tidak membalas. Cuma terus makan.
"Makanlah banyak lagi, Afifah."
"Tak apalah kak. Saya ni bukan peserta pun. Datang tidur saja," balasku. Ahli dulang yang lain telah beransur bangun seorang demi seorang.
"Tidur dalam majlis ilmu lebih baik daripada tidur di rumah," kata Nenek-emo diikuti senyuman tulus. Entah dari mana dia muncul secara tiba-tiba sambil menghulurkan segelas air oren kepada aku dan Kak Asma.
Wah, apa yang berlaku tadi? Kenapa jantung aku berdebar-debar? Aku terasa macam baru lepas dengar ayat pick up line. Ajaib! Terasa macam pertama kali dipuji oleh Nenek-emo. Bukan, Kak Damia namanya. Puji aku kerana tidur pula tu. Selama ni aku fikir kehadiran aku tidak menyenangkan mereka semua.
Waktu itu baru aku perasan Kak Damia memiliki sepasang anak mata berwarna biru yang sangat cantik.
Bersambung....
YOU ARE READING
Cerpen: Mencari Mus'ab
Spiritual[Completed] "Kau pilih cerita Korea ke Mus'ab bin Umair?" Tanya Farah. Aku menongkat dagu di atas meja sambil memandangnya. "Biarlah munasabah sikit. Kucing atau anjing ke... Banglo atau teres ke... Obama atau Clinton ke..."