"Kau pilih cerita Korea ke Mus'ab bin Umair?" Tanya Farah.
Aku menongkat dagu di atas meja sambil memandangnya.
"Apa?"
"Cerita Korea ke Mus'ab bin Umair?" Ulangnya lagi, dengan lebih teratur dan kuat.
Aku melihatnya menuang kopi ke dalam cawan di hadapanku. Mata aku memandang cawan dan wajahnya bergilir-gilir. Aroma kopi menjalar masuk ke dalam hidung. Aku menghirup tidak sabar selepas membaca basmallah.
"Apa kau merepek ni?"
"Pilih sajalah yang mana-mana. Cakap je," gesanya sambil menggoncang sikuku. Selera aku untuk menjamah mati serta-merta. Bahulu terakhir yang ditelan terasa tawar.
"Biarlah munasabah sikit. Kucing atau anjing ke... Banglo atau teres ke... Obama atau Clinton ke..."
"Tadi, masa aku pergi ke pejabat, aku ternampak seorang lelaki ala-ala hartawan yang sangat..."
"Kacak bergaya?" Tekaku malas-malas.
"Kacak bergaya. Dan dia pergi ke masjid!" Farah mengangguk-angguk meyakinkan.
"Jadi, emm... apa yang cerita Korea atau Mus'ab bin Umairnya?"
"Aku membayangkan dia macam Mus'ab bin Umair," balasnya selamba sambil menyuap bahulu, lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hampir tersedak aku dibuatnya. Dia menyambut reaksiku dengan sengih kerang busuk lalu berlalu pergi ke ruang tamu.
"Eh, yang cerita Korea tu apa pula?" Tanyaku lagi.
"Oh ya, rupa-rupanya encik kacak itu adalah pegawai yang akan meeting dengan aku esok. Tentang kontrak terbaru syarikat aku tu.." Dia muncung-muncung berangan seolah-olah sudah mahu terbang aku melihatnya. "Cuma esok, episod akhir cerita Korea kegemaran aku tu."
Aku tergelak. "Kau biar benar, letak kontrak syarikat setanding dengan drama Korea?!"
"Suatu hari akan kau akan faham juga," dia mengangkat bahu, dengan riak wajah tertanya bercampur berharapan.
"Oh ya. You know what? Aku harap aku tak akan faham."
YOU ARE READING
Cerpen: Mencari Mus'ab
Spirituale[Completed] "Kau pilih cerita Korea ke Mus'ab bin Umair?" Tanya Farah. Aku menongkat dagu di atas meja sambil memandangnya. "Biarlah munasabah sikit. Kucing atau anjing ke... Banglo atau teres ke... Obama atau Clinton ke..."