Tujuh

772 77 0
                                    

Aku duduk berteleku di sudut dinding hospital. Masih bingung untuk menerima kenyataan.

Segala-galanya berlaku dengan pantas. Aku memainkan pita memori yang sama berulang-ulang kali dalam otak.

Saat aku memarahi kakak..
Kakak senyap sahaja...
Kakak mengadu lenguh badan...
Aku tolong dia set up di hadapan dewan...
Dia memberi taklimat dengan ceria...

Ketika itu aku sedang sibuk memandang skrin komputer riba di sebelahnya apabila suasana bertukar sunyi sepi menaikkan rasa debar.

Aku mendongak ke hadapan. Semua peserta sedang memandang kakak dengan riak bingung. Aku pun alihkan pandangan ke arah kakak.

Ternyata kakak sedang memandangku, dengan separuh senyum menahan sebak. Air mata memenuhi ruang pipinya. Mungkin sudah hampir seminit dia menangis.

"Adik," katanya. "Kakak tak boleh rasa tangan kiri kakak."

Semasa kami cuba memapah kakak, rupa-rupanya kaki-kaki kakak pun sudah longlai. Kami beramai-ramai dukung kakak ke kereta, memecut laju ke hospital.

...

Aku merenung kosong koridor hospital yang sunyi, sejuk dan berbau ubat.

"Kakak..." Air mata akhirnya tumpah laju.

Bersambung....
Lagi satu bab (yeay!)

Cerpen: Mencari Mus'abWhere stories live. Discover now