Lima

866 86 0
                                    

"Kakak teringinlah nak tahu.." Kata kakak seusai kami tiba di rumah.

"Tahu apa kakak?" Balasku. Aku gantung beg galas di kerusi sebelum berbaring malas di atas katil kakak. Aku akui, jumpa orang memang meletihkan aku. Sebab tangki tenaga aku kering bila bersosial dan aku perlu penuhkannya semula dengan merehatkan otak. Dan tidur. He he.

"Apa yang menyebabkan adik jatuh cinta pada tarbiyah?"

"Tak ada jawapan spesifiklah kakak. Banyak sebab," jawabku malas.

"Ringkaskanlah jawapannya," gesanya.

Aku memandang siling bilik. Kalau hendak ikutkan, aku mula ikut tarbiyah sebab kakak. Tarbiyah membuka mata aku supaya tidak mementingkan diri sendiri. Yalah, aku ada masalah anxiety tapi masalah aku ini tidaklah sebesar mana pun dibandingkan masalah umat. Dan paling penting, tarbiyah mengajar aku mengenal Allah S.W.T. Aku terasa lebih dekat, lebih cinta, lebih rindu pada Tuhan. Dan dengan itu, aku lebih memahami sifat diri dan menyayangi diri ini seadanya.

"Sebabnya ialaaaah.... Kakak!"

Kakak diam sebentar apabila mendengar jawapanku. Aku pun jadi terdiam.

Aku tersalah sebut sesuatukah tadi?
Tiba-tiba kakak datang memelukku.

"Semoga Allah tetapkan adik di jalan ini. Kalau benarlah kakak menjadi sebab sampainya hidayah Allah kepada adik, adik istiqamahlah sampai akhir hayat, supaya tak terhenti saham kakak di akhirat nanti. Kakak dahlah tidak cukup tangan untuk berbakti lagi."

Buat pertama kalinya, aku terasa tidak mengapa untuk aku menangis di hadapan orang lain.

Kami menjadi teman sehati sejiwa mulai hari itu. Aku menyesal kerana tidak menyukai kakakku yang baru ini dengan lebih awal. Kakak yang baru ini mungkin tidak sempurna fizikalnya berbanding diri kakak yang suka shopping denganku dulu. Tapi dia sempurna di mata aku. Kerana kasih kami bertaut atas dasar cinta kerana Tuhan, maka ia suatu hubungan yang lebih bermakna berbanding ikatan darah dan DNA.

'Ya Allah, aku sangat sayangkan kakakku.' Aku membisikkannya setiap malam sebelum tidur.

Bersambung....

Cerpen: Mencari Mus'abWhere stories live. Discover now