Lepas aku baca kisah Sesat Di Midvalley, terus kepala otak aku mengimbau apa yang berlaku dekat aku dengan member aku masa aku belajar dekat U dulu. Kenapa la dalam banyak-banyak kisah misteri, kisah dekat mall ni aku boleh lupa. Terima kasih writter Sesat Di Midvalley sebab dah menjentik kembali memori seram dekat mall yang pernah aku alami kira-kira lima tahun dulu.
Sebelum aku mulakan cerita, izinkan aku perkenalkan satu watak baru dalam cerita aku. Aku gelarkan dia Si Carut. Dari namanya tu, korang boleh faham la. Pencarutan yang ketara akan ada dalam cerita ni. Pembaca di bawah 18 tahun dinasihatkan agar tidak membacanya atau dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu. Kah kah kah.
Ok, jom mula.
Cerita yang ni pendek je. Petang jumaat tu aku ngan member aku ni ada test. Test subjek apa entah. Tak ingat dah. Lepas habis test, terus aku pakat nak gi tengok wayang. Aku ajak ramai, tapi semua ada hal. Cuma Rahman seorang je yang tak busy. Itupun malam baru dia boleh free kan diri dia. Bajet-bajet nak self reward lepas test la kononnya, nak jugak tengok wayang. Jadi, kitorang pun buat keputusan nak pergi tengok midnight movie dekat sebuah mall ni.
Sumpah aku lupa mall mana. Aku cuba nak ingat tapi still tak nampak bayang mall mana.
Habis je movie tu, kitorang decide nak lepak mamak. Siap rojer lagi member-member lain yang tak tidur lagi. Kot-kot ada yang nak pekena roti canai teh tarik malam-malam buta tu kan.
Mall ni pelik sikit. Dia tak ada escelator. Ada lif dan tangga je. Saiz mall ni pun tak besar. Aku datang tengok wayang kat sini pun sebab nak tiket seat atas. Kalau aku pergi mall lain konfem dapat seat patah tengkuk.
Kisahnya bermula bila si Rahman ni ajak aku turun ke parking guna tangga. Sebab ramai orang tunggu depan lif masa tu. Semua baru lepas habis tengok wayang. Lif ada dua je. Aku pun memang jenis tak suka menunggu lif lama-lama.
Kitorang guna la tangga kecemasan yang ada gambar orang turun tangga warna hijau tu.
Baru lepas habis tengok cerita komedi masa tu. Kepala otak memang tak pikir langsung pasal benda-benda mistik ni. Siap buat discussion lagi pasal movie tadi sambil gelak-gelak.
Bila dah turun dalam empat level macam tu, barulah aku duk tanya Rahman, "kereta kita kat level berapa?"
Rahman cakap dekat level G. Aku pandang pintu, aku pandang dinding. Tak ada langsung tanda kitorang dekat level berapa. Fail betul la siapa yang buat mall ni! Nak tak nak, kena la bukak pintu kecemasan tu, tengok dekat luar dah ada dekat level berapa. Bila kitorang keluar, nampak la kedai-kedai dalam mall tu, tapi koridor luar kedai-kedai tu gelap je. Cahaya pun malap.
Aku dan Rahman pun berjalan la tinjau-tinjau cari papan tanda nak tau aras berapa. Mall ni level G dia bukan level paling bawah. Ada lagi yang lebih bawah. Tapi, main entrance dia level G lah.
Aku jenguk la ke bawah dari koridor tu. Nak kira berapa tingkat lagi nak ke bawah. Tapi, aku baru je julur kepala nak tengok, terus mata aku tangkap tiga bentuk tubuh orang tengah berdiri pakai baju putih kat level bawah. Berderau darah aku! Muka benda tu tak senyum langsung. Semua tepat pandang ke aku. Meremang terus bulu roma aku.
"Rahman, kau tengok apa aku nampak!" aku bagitahu Rahman sambil tunjuk-tunjuk dekat kelibat tubuh kaku tu.
"Woi, babi! Terperanjat la sial. Musibat punya patung!" mamat ni memang kalau bab mencarut, award pencarut paling hebat dalam dunia ni, bagi lah kat dia.
Aku gelak terkekeh-kekeh. Dia pun terperanjat jugak rupanya bila nampak patung tiga orang kat dalam satu butik dinding kaca kat tingkat bawah tu. Happy kenakan si carut ni sampaikan keadaan dalam mall yang malap tu pun tak berjaya takutkan aku.
YOU ARE READING
KOLEKSI NGERI SI CELUPAR
HorrorBuku ini mengandungi 30 buah kisah seram dan ngeri hasil penulisan Wan SC di Fiksyen Shasha. 19 daripada 30 kisah tersebut merupakan perkongsian kisah seram beliau di bawah #SiCelupar. 11 kisah lagi adalah kisah tambahan eksklusif hanya boleh didapa...