Khamis Malam. Satu Whatsapp masuk. Dari Amin.
"Wan, kau busy ke?"
"Woi Amin! Kau hilang mana pergi s**l?"
"Aku ada je kat sini. Aku pergi berubat la gila!"
"oo haha ingatkan dah mampos"
"Hahaha macam b*bi! Kalau aku mampos, aku jadi hantu, aku seret kau sekali masuk neraka."
"hahahahaha"
Satu Docs Word masuk. "Kau baca ni. Aku tulis sendiri. Kau edit la mana yang patut kalau kau nak send kat FS."
"Peerrgghh kau pun dah nak menulis ke sekarang hahahaha sejak aku hasut kau baca buku-buku fixi ni rajin pula kau nak menulis"
"Sebab kau lah. Rajin sangat cerita pasal aku dekat FS."
"Ni cerita pasal apa ni?"
"Kau baca lah dulu. Aku tak letak tajuk, nanti kau bagilah tajuk sendiri."
"Okeh. Weh, taknak lepak ke malam ni?"
"Tak leh. Aku kerja ni."
"Rajin gila kerja sampai malam"
"Tak lama lagi nak kahwin kena la kerja kuat sikit."
"Perrgghh sumpah lah? Si*l la tak cerita kat aku. Minah malang mana pula nak kat kau kali ni?"
"Hahahaha nanti aku cerita. Bila-bila free."
"orite roger je aku nanti"
Dan konversasi terhenti di situ. Aku buka docs yang Amin bagi.
....................
#SiCelupar: Posyen Cinta
Hai semua. Nama aku Amin. Aku menulis bagi pihak Wan. Wan tak sepatutnya dibebankan dengan masalah aku ini. Tapi, tanpa sengaja dia sudah terjebak. Semua kerana dia.
Dia Syakila.
Hampir setiap hari Wan whatsapp aku, ajak aku lepak. Aku tahu, niat dia nak korek cerita daripada aku sebenarnya. Tapi, aku kerap mengelak. Aku biarkan whatsapp terus bluetick. Aku taknak dia terus terjebak. Dia mulut je kata taknak ambik tahu dah pasal misteri Syakila ni, tapi hati melonjak-lonjak nak korek cerita sebenarnya. Aku kenal kau dah lama Wan. Aku dah masak dengan perangai gila kau tu. Orang lain takut hantu, kau cari hantu. Tapi aku pelik kenapa hantu tak pernah possess kau.
Sebenarnya misteri Syakila ni dah habis pun. Baru je lagi. Semuanya dah terbongkar minggu lepas. Wan tak tahu apa-apa. Kalau dia tahu pun, selepas dia baca lembaran yang aku tulis ni. Apa yang aku cerita dekat Wan sebelum ini cumalah sebahagian daripada apa yang aku sembunyikan. Cuma, aku dah tak tahan nak sembunyikan lagi. Biarlah aku ceritakan semuanya, melalui tulisan ini.
Kisahnya bermula tiga tahun lepas. Abang aku bernama Aizat. Berkahwin dengan seorang perempuan montel bernama Ratna. Selepas berkahwin, diorang tinggal dekat rumah family aku. Jadi, dalam rumah tu ada aku, Aizat yang aku panggil Along, Ratna, Mak dan kadang-kadang ada Abah, family Arisa yang aku panggil angah, Azmi yang aku panggil Bangteh, dan adik perempuan aku, Aliya.
Kadang-kadang. Memang kadang-kadang pun diorang ada dekat rumah. Sebab Aliya tinggal dekat asrama lagi masa tu. Arisa dah berkeluarga, tinggal dengan abang ipar aku dekat Penang. Bangteh pun dah kahwin, tinggal dekat KL. Dan Abah, sejak dia kahwin lain, memang dah jarang balik rumah. Mak pun dah tawar hati dengan abah. Lantak lah dia nak balik ke tak.
Jadi, yang kekal dalam rumah tu cuma aku, mak, Along dan Ratna.
Di awal perkahwinan Along, semua nampak ok je. Tapi, masuk seminggu dua, mak mula tunjuk sikap tak berkenan dia pada Ratna. Sama macam sikap dia tak berkenan dekat awek lama aku dulu. Aku tak tahulah kenapa mak sangat tak suka dekat kakak ipar aku tu. Semua yang kakak ipar aku buat, semua tak kena.
YOU ARE READING
KOLEKSI NGERI SI CELUPAR
HorrorBuku ini mengandungi 30 buah kisah seram dan ngeri hasil penulisan Wan SC di Fiksyen Shasha. 19 daripada 30 kisah tersebut merupakan perkongsian kisah seram beliau di bawah #SiCelupar. 11 kisah lagi adalah kisah tambahan eksklusif hanya boleh didapa...