Rumah keluarga aku ni dua tingkat. Aku duduk bilik depan. Kalau ada benda berlaku dekat luar rumah, memang aku akan dengar dulu.
Pagi ini suasana agak riuh dekat depan. Siap ada bunyi karaoke lagi. Lagu Fattah Amin kesukaan DeeFee pula tu. Aduh, aku nak tidur lebih sikit di hujung minggu ni pun tak boleh. Aku menapak turun dari katil, aku selak langsir, keluar ke beranda dan aku nampak khemah terpacak tiga biji. Cis, camane aku boleh lupa jiran aku kahwin hari ni.
Majlis bermula pukul 12. Tapi, baru pukul 10.30 aku dah family dah terhegeh-hegeh keluar pergi menyenduk nasi. Makcik sebelah rumah buat kenduri gotong-royong. Tapi, family dia dah ramai sangat. Dah tak ada apa yang nak ditolong oleh kami jiran-jiran. Kami jiran-jiran ni memang dia nak kitorang datang makan je. Jadi jangan kecam kami. Breakfast ada, lunch karang pun ada.
Lepas aku ambik semua makanan yang aku nak makan, masalah pertama lone ranger macam aku ni apabila berada di tempat kenduri adalah, nak duduk mana? Bapak ngan Mak aku dah duk huhahuha dengan kawan-kawan sama level umur dengan diorang dah. Adik-adik aku mandi pun belum, tak keluar rumah pun lagi. Jadi, aku nak duduk mana ni? Takkan aku nak lari bawa pinggan ni masuk dalam rumah pula. Tau la rumah sebelah je. Tak payah la kurang ajar sangat.
Dan, mata aku terpandang sekumpulan anak muda yang duduk berborak dekat hujung khemah sana. Aku tersengih. Diorang adalah kawan-kawan hingusan aku masa kecik dulu. Kena pula masa tu ramai cuti. Yang belajar tengah cuti, yang kerja pula tengah balik kampung hujung minggu. Jarang dapat jumpa diorang ni berkumpul ramai-ramai. Sedang elok pula hari ni ada majlis, diorang ni ada berkumpul ramai-ramai. Aku rasa macam miracle.
Bila dah berkumpul. Ada aku pula part of the geng, memang tak sah kalau tak buka cerita hantu zaman kecik-kecik dulu. Dan, memori tentang benda bodoh yang kitorang buat dulu, kini terimbau. Kisah kami budak-budak 90's yang nakal.
"Ingat tak kisah dekat rumah doktor yang tak siap tu?" soal Hamid sambil tergelak.
..........
IMBAUAN SATU: JANGAN ANGKAT JARI
Setiap hari kecuali hari khamis, aku and the geng akan pergi mengaji dekat rumah seorang ustazah ni, tak jauh dari pun rumah, selepas maghrib. Dalam pukul 7.45 tu aku akan gerak ke sana. Settle mengaji semua, biasanya dalam 8.30 ke 9.00 malam, tamat la sesi mengaji.
Budak-budak bila dapat keluar malam, takdenye nak balik rumah terus. Komfem main dulu. Pukul 10 bila mak atau abah datang bawak hanger baru pandai cari jalan balik rumah.
Satu hari, member aku yang perempuan ni, nama dia Nurul, dia ajak kitorang pergi dekat sebuah rumah besar dekat tepi tanah lapang. Ada sebuah rumah besar kat situ tapi rumah tu macam terbengkalai (Sekarang dah siap dan lawa, dah ada orang duduk).
Rumah tu je ada sebiji dekat situ. Tak ada rumah lain. Dengan tak ada atap, dinding belum plaster, rumah tak siap la. Rumah tu dah lama terbengkalai sampai ada semak samun naik tinggi dah. Memang scary juga la bila tengok rumah tu. Bila malam rumah tu memang gelap dalamnya. Boleh pula si Nurul ni bawa lilin siap-siap. Lepas tu di ambik kertas macam kertas lukisan lepas tu bentang atas lantai rumah tak siap tu. Aku nampak ada huruf A-Z, nombor 0-9, YES dan NO. Semua lukis guna tangan. Buruk pula tu!
"Apa benda ni?" aku tanya.
"Coin Spirit." Jawab Nurul.
"Untuk apa?" soal member aku, Hamid.
"Panggil hantu la. Kau tak baca Mastika ke?"
"Bongok la kau. Kenapa nak panggil hantu pula?"
"Apsal? Kau takut?"
"Macam mana nak main?" aku mencelah.
"Senang je, letak jari atas duit lima posen ni lepas tu tanya la soalan apa-apa. Nanti hantu tu jawab la."
YOU ARE READING
KOLEKSI NGERI SI CELUPAR
HorrorBuku ini mengandungi 30 buah kisah seram dan ngeri hasil penulisan Wan SC di Fiksyen Shasha. 19 daripada 30 kisah tersebut merupakan perkongsian kisah seram beliau di bawah #SiCelupar. 11 kisah lagi adalah kisah tambahan eksklusif hanya boleh didapa...