Seminggu selepas pertemuan aku dengan Amin, aku ambil satu langkah alternatif untuk berjumpa dengan Syakila. Adakah betul si Syakila yang diceritakan oleh Amin tu, adalah kawan satu sekolah dengan aku kira-kira 10 tahun dulu, adalah Syakila yang menyihir Amin melalui panggilan online menggunakan Facebook Messenger, seriously susah aku nak percaya. Syakila yang aku kenal tu, bukanlah seorang yang pendendam.
Aku skrol facebook aku, mana tahu kot-kot dia adalah salah seorang friend. Tak ada. Tak ada nama Syakila langsung. Tapi, aku ternampak satu nama. Fatin. Aku kenal Fatin ni. Dia kawan baik Syakila masa dekat sekolah dulu.
Aku klik nama Fatin pada Chat dan memulakan perbualan. Cis! Fatin ingat aku nak ajak dia join MLM. Bengong. Setelah berborak beberapa ketika, Fatin akhirnya bagi nombor telefon Syakila pada aku. Fatin kata, dia sendiri tak pasti nombor tu Syakila masih pakai ataupun tak. 10 tahun bukannya jarak masa yang singkat. Manusia pun boleh berubah, apatah lagi nombor telefon.
Aku beranikan diri call nombor yang Fatin bagi.
"Hello, ni Syakila ke?"
"Ye, saya."
"Kila, ni aku Wan. Wan kelas 5 Biologi masa sekolah dulu."
"Wan?" dia mula meneka-neka.
"Takkan tak ingat. Wan. Kita dulu satu team teater."
"Haa, kau Wan! Lamanya tak dengar cerita pasal kau. Kenapa call aku ni?"
"Aku ada hal nak jumpa kau ni. Penting."
"Hal apa? Kalau Tone Excel aku dah pakai."
"Bukan la."
"Hahahaha..habis tu?"
"Pasal Amin."
"Amin? Amin mana?"
"Kita jumpa dulu lah. Nanti aku cerita. Kau kat mana sekarang?"
"Aku dekat Shah Alam sekarang. Kerja sini."
Dalam kepala aku masa tu. Apsal dekat Shah Alam? Dari cerita Amin, si Syakila tu dia jumpa dekat Kuantan. Dekat McD Telok Cempedak. Eh, confius pula aku rasa.
Seperti yang dijanjikan, aku pergilah jumpa Syakila. Tempat pertemuan, Restoran Hakim dekat Seksyen 7. Bukan yang dekat Unisel tu, tapi dekat dengan Pakli Kopitiam tu. Aku teringin nak makan nasi lauk ayam goreng kuah madu juga sebenarnya. Hahaha.
Aku datang seorang. Aku tak bawa Amin sekali. Aku ajak Amin ikut, dia memang nak ikut tapi dia ada hal lain pula dah. Terpaksa lah aku pergi sorang. Dalam masa yang sama aku nak pergi pesta buku. Jadi, takde lah aku pergi Shah Alam ni membabi buta je.
Masa aku sampai dekat meja Syakila, aku nampak Syakila duduk sorang. Lepas aku tegur dia, Syakila pelawa aku duduk. Dia senyum je, tanda ceria jumpa kawan lama. Aku tengok Syakila dah kurus. 10 tahun. Yang gemuk pun boleh kurus. Betul ke Syakila yang ni yang Amin jumpa tu?
Sambil aku melepaskan rindu dengan ayam goreng Hakim tu, kitorang berbual hal lain dulu. Hal buat apa sekarang, kerja apa, kerja mana, dah kahwin belum, kisah budak-budak sekolah yang lain sekarang buat apa, kisah aku sekejap lagi nak pergi book fair dan barulah masuk part Amin.
"Amin tu kawan aku. Dia sakit baru-baru ni. Dia cari orang nama Syakila. Dia kata budak Syakila yang dia nak jumpa tu satu sekolah dengan aku, sebab tu aku teringatkan kau."
"Kesiannya dia. Siapa yang sihir dia?"
Masa tu dahi aku terus berkerut. Aku tak sebut langsung pasal sihir ke apa.
"Kila, aku tak sebut pun pasal sihir."
"Eh, bukan ke kau ada sebut tadi?"
"Tak de." aku dah mula macam sinis sikit. Aku nampak dia macam larikan pandangan dia. Masa ni aku dah syak sesuatu. Mungkin betul dia yang sihirkan Amin.
YOU ARE READING
KOLEKSI NGERI SI CELUPAR
HorreurBuku ini mengandungi 30 buah kisah seram dan ngeri hasil penulisan Wan SC di Fiksyen Shasha. 19 daripada 30 kisah tersebut merupakan perkongsian kisah seram beliau di bawah #SiCelupar. 11 kisah lagi adalah kisah tambahan eksklusif hanya boleh didapa...