Setahun lepas. Aku gaduh dengan boss. Aku mintak cuti seminggu. Itupun aku apply dua bulan awal dah. Aku bagi borang cuti, siap segala bukti bagai dah apa tujuan aku nak cuti seminggu. Dia tak check pun borang aku tu. Ada kat dalam tray dia, atas meja, sampai bertindih-tindih dengan kertas lain. Bila tinggal seminggu je lagi aku nak cuti tu, dia panggil aku masuk kat bilik dia. Dia cakap dia tak boleh approve cuti aku. Masa tu tengah peak period. Apa lagi, gaduh besar la aku dengan dia.
Tiket flight dah beli, apa semua dah ready. Tiba-tiba kau nak cakap cuti aku, kau tak approved? Kepala terung kau!
"Your job or your trip. Which one is more important?"
Hangin satu badan dengar ayat dia ni. Bini boss selaku partner dalam bisnes tu, baik pula orangnya. Dia pula tolong sambung gaduh dengan boss aku tu. Macam anjing dengan kucing. Patutlah korang berjodoh. Aku pula terus balik ke meja, tarik keyboard, buka Microsoft Word dan taip "Resignation Letter".
Last minit macam ni kau tolak aku punya cuti, kerja lepas habis office hour tak pernah dibayar OT, kerja hujung minggu jangan harap nak ada lebih gaji, bebanan case yang susah-susah kat aku jugak kau bagi. Buat mistake sikit dapat la makan caci maki. Bullshit, fuck you kau buat zikir tiap hari. Setelkan assignment lebih dari masa kau bagi, habislah kena tolak gaji. Gila company ni. Perangai seorang boss, macam ni? Tak hairan la semua senior aku cabut lari. Setahun tu dah kira lama dah untuk bertahan dalam company ni. Gaji tinggi tapi tak menjamin kebahagiaan di duniawi. Cita-cita nak jadi auditor bertauliah, aku tolak tepi. Resign, adalah pilihan yang paling tepat sekali. GG.
Aku tetap jugak pergi bercuti yang aku dah rancang berbulan lamanya. Balik dari bercuti aku sambung baki hari-hari terakhir aku dekat company tu. Ladyboss pujuk suruh aku tarik balik resignation aku tu. Nehi! Sekali aku melangkah, aku takkan berpatah balik. Kecuali kalau ada hantu kat depan. Hahahaha
Aku balik ke kampung lepas aku habiskan hari terakhir aku dekat firma audit tu. Mak tanya aku cuti berapa lama. Aku cakap tak tau lagi. Ikut mood. Kalau rasa nak cuti lama, lama la aku duk kampung. Tapi tu lah. Mak-mak punya superpower ni, memang tak boleh nak lawan.
"Kau berhenti kerja ye?" mak tanya aku sambil tangan dia ligat klim kulit kuih karipap, sambil tonton cerita korea dekat S One.
Macam biasa, ceramah ala-ala Professor Muhaya, aku kena dengar lepas tu.
Baru seminggu aku goyang-goyang kaki, makan aiskrim, layan Dota, tiba-tiba aku dapat call dari Hakim lepas aku solat jumaat. Budak ni jarang nak call aku. Kejap! Bukan jarang, tapi tak pernah. Biasanya kalau ada hal dia whatsapp je. Nampak la level mustahaknya hal dia ni sampai sanggup call aku tu.
Dia kata dia nak jumpa aku. Ada urusan penting hidup mati. Dia mintak aku kemas baju-baju aku sekarang, dia datang ambik sekejap lagi. Perrhh! Drama giler. Aku pun takde benda nak buat, aku kemas baju aku, aku bagitau mak, aku nak ke Kuantan. Mak tanya aku nak ke Kuantan buat apa? Aku cakap aku dapat interview, bagi mak aku rasa sikit yang anak dia ni still laku di pasaran kerja. Ampunkan aku mak, sebab menipu mak.
Tipu mak punya pasal, Tuhan bayar cash lah. Terpaksa aku lalui apa yang aku nak cerita lepas ni.
Bila Hakim dah sampai, Hakim terus suruh aku masuk dalam kereta dia. Lagak kitorang macam dua penjenayah ada plan baik punya. Hakim terus pecut menuju ke Raub, Pahang.
Aku tanya la, nak ke Raub buat apa? "Kau ikut je la." Tu je lah jawapan dia.
Entah ke mana budak ni bawak aku. Sampai satu ketika, aku terfikir "budak ni manusia ke bukan?". Sampailah kitorang ke sebuah rumah kampung. Rumah kayu dua tingkat, bersambung dengan rumah batu. Rumah batu tu nampak lawa, macam baru siap je.
YOU ARE READING
KOLEKSI NGERI SI CELUPAR
HorrorBuku ini mengandungi 30 buah kisah seram dan ngeri hasil penulisan Wan SC di Fiksyen Shasha. 19 daripada 30 kisah tersebut merupakan perkongsian kisah seram beliau di bawah #SiCelupar. 11 kisah lagi adalah kisah tambahan eksklusif hanya boleh didapa...