Cerita yang aku nak kongsikan kali ini adalah mengenai percutian aku dan beberapa lagi member aku ke sebuah taman tema air. Kat mana? Aku taknak bagitahu. Nanti lingkup pulak periuk nasi orang.
Percutian kali ni sekali lagi aku and the geng naik kereta Avanza. Kali ni yang pergi cuma 6 orang je compare dengan kisah PD tu sampai 10 orang.
Pada asalnya, kitorang nak pergi mandi air terjun. Entah macam mana boleh hujan lebat pulak subuh Isnin tu. Bila kitorang sampai dekat air terjun tu, makcik guard tak bagi masuk sebab air tengah besar, deras dan dalam. Tapi, kitorang dah datang jauh-jauh, takkan nak blah macam tu je kan. So, kitorang mintak la kebenaran nak tangkap gambar je sekejap. Makcik guard tu pun bagi je la tu pun tak lama. So,kitorang masuk dan tangkap gambar kat situ sebab lanskap area air terjun tu banyak yang cantik-cantik.
Entah macam mana, kali ni bukan mulut aku yang celupar. Tapi, tangan aku yang gatal. Tak reti nak duduk diam. Sesedap aku je pergi kutip sebijik batu yang ada kat area situ. Batu tu cantik. Warna dia belang-belang macam harimau. Celoreng hitam oren camtu. Aku kutip sebab nak letak dalam akuarium kura-kura aku. Kan orang tua kan selalu pesan, pergi tempat macam tu jangan kutip apa-apa dengan sengaja. Ha, disebabkan batu tu la berlaku macam-macam hari tu.
Kitorang pun buat plan B, pergi mandi-manda dekat sebuah taman tema air yang tak berapa jauh dari lokasi air terjun tu. Jauh tak jauh sejam jugak la perjalanan tu. Seperti biasa,bila dah sampai, capai beg lepas tu terus beratur beli tiket. Kitorang pergi pada hari bekerja. Masa tu student lagi. Tengah cuti pertengahan sem. So, tak ramai orang.
Happy gila kitorang sebab boleh main macam-macam tanpa perlu beratur lama sebab sangat tak ramai orang.
Dan tragedy bermula! Aku panjat tangga nak main gelongsor air yang kena pakai pelampung bentuk nombor 8 tu. Aku pilih terowong yang paling panjang dan paling thrill la kononnya. Sebab dia ada tulis kat situ level extreme dia, yang tu paling extreme la kononnya.
Tanpa perlu beratur, tukang jaga gelongsor tu terus tolak pelampung aku. Dan aku pun meluncur la masuk ke dalam. Happy la aku masa tu. Gelak, riang, ketawa sebab seronok. Sampai la kat pertengahan terowong tu, ketawa aku terus terberhenti sebab aku terdengar bunyi orang menjerit dari depan. Kuat gila dan nyaring. Suara perempuan. Masa tu aku assume je la tu maybe suara pengunjung lain yang dah gelongsor turun sebelum aku. Sampai la aku keluar dari terowong tu dekat bawah, aku tengok tak ada orang pun dekat area situ. Yang ada pun cuma member aku, Zam, yang tengah tunggu aku sebab nak naik sekali next turn. Aku tanya la Zam, ada perempuan ke sebelum aku keluar tadi? Dia cakap,mana ada. Aku sorang je yang naik benda alah tu. Dengar je jawapan dia aku dah mula rasa tak sedap.
Turn kedua. Aku naik dengan Zam. Zam duduk depan,aku duduk belakang. Lepas kena tolak, kitorang pun meluncur masuk ke dalam terowong. Tiba-tiba rasa macam lupa sekejap hal tadi. Duk bergelak ketawa la kitorang dua orang dapat meluncur dalam gelongsor terowong tu. Sekali lagi aku kena benda sama! Tapi kali ni dengar suara perempuan gelak pulak. Dah la masa tu sekeliling kitorang gelap. Bila dah sampai bawah, aku nampak muka Zam pucat. Aku tanya la, Kenapa? Dia tanya aku balik, kau ada dengar tak? Aku tanya dia, suara perempuan ketawa ke? Dia angguk. Masa tu aku terus angkat pelampung, blah dari situ, kitorang pergi dekat area yang ala-ala pantai buatan tu pula sebab member-member lain tengah syok main ombak kat situ. Kat situ ramai sikit orang. Ada la beberapa family tengah layan anak-anak diorang main ombak.
Sampai kat bawah, Ida tanya kitorang, sekejap nye main gelongsor tu? Aku ngan zam pandang sesame sendiri pastu tersengih. Masa ni lah aku tercelupar. Aku cakap, "Ada hantu weh dalam terowong tu. Kitorang dengar suara pompuan ketawa menjerit dalam tu." Laju tangan Zam tunjal kepala aku, marah aku. Sepatutnya aku takyah bagitahu lagi. Tunggu dah balik nanti je.
YOU ARE READING
KOLEKSI NGERI SI CELUPAR
HorrorBuku ini mengandungi 30 buah kisah seram dan ngeri hasil penulisan Wan SC di Fiksyen Shasha. 19 daripada 30 kisah tersebut merupakan perkongsian kisah seram beliau di bawah #SiCelupar. 11 kisah lagi adalah kisah tambahan eksklusif hanya boleh didapa...