Surat untuk Lelaki Manis

37 2 0
                                    

Dua tahun yang lalu, kita sering berbicara melalui telefon. Jarak yang jauh membuatkan kita tidak pernah berjumpa. Sejak pertama kali kau membuatku jatuh cinta sekali lagi terhadap penulisan, aku mula menulis tentang kau. Kau lelaki yang manis, E. Kau lelaki yang punya cita-cita yang sangat besar melebihi apa-apa pun. Aku mencintaimu kerana itu.
Setahun kita berkenalan. Dalam masa setahun, aku memberitahumu segalanya tentangku. Segalanya. Tapi kau tidak pernah memberitahuku tentangmu. Maafkan aku, E.
Dan pada akhirnya, takdir memilih untuk menemukan kau dengan seorang gadis yang manis sepertimu. Aku menyerah, dan menangis memeluk tubuhku sendiri.
Ia benar-benar menyakitiku. Dan demi Tuhan, aku tidak mahu lagi merasai kesakitan itu.

E,
Aku mendamaikan diriku dengan memaafkan diriku dan dirimu. Kau berhak untuk memilih sesiapapun yang kau cintai. Kau berhak untuk mencintai mana-mana gadis.
Setahun yang lalu, kita bertemu di toko buku. Ia kali pertama kita bertemu. Tanganku bergetar dan jiwaku entah kemana melayang. Kau memang manis. Manis sekali.

Dan sekarang, aku tidak lagi mencintaimu. Aku masih menyukaimu. Menyukaimu seperti mana aku pernah menyukaimu. Namamu akan selalu akan menjadi favoritku dan dalam setiap helaian kertas, aku akan terus menulis tentangmu.

(Oh yeah E, aku pernah menulis puisi tentangmu dan gadis favorit-mu)

;Where stories live. Discover now