Cinta saja tak cukup buat kita. Ia perlukan masa, tenaga, wang, perhatian dan seluruh jiwa kita.
Ada seorang lelaki telah meragut jiwaku, dia telah isikan jiwaku yang kosong dengan cerita-cerita yang pedih sebelum dia kembalikan kepadaku.
Cukup buatku untuk kembali menjadi seorang gadis yang bitter dan tidak percaya tentang cinta.
Aku biarkan lelaki-lelaki lain meratah bibir dan tubuhku; cukup buatku untuk merasa hidup sebentar.
Itu cuma sementara. Malam pekat berlagukan sunyi, aku duduk memandang langit Tuhan yang terbentang luas lalu berfikir, apa benar Tuhan itu wujud atau ia hanyalah sesuatu yang dicipta oleh manusia untuk manusia yang lain supaya menjadikan ia sebagai alasan untuk hidup?
Aku memandang pulak lelaki disebelahku, tidurnya nyenyak sekali. Aku memeluknya erat sehingga aku tertidur.'Persetankan itu semua. Aku mahu bahagia didunia.'