0400

32 1 0
                                    

Waktu begini dia sudah bangun. Bangun dari mimpi yang enak untuk melakukan rutin hariannya. Matanya sayu dan badannya penat. Hatinya mahu berehat tapi akalnya lebih cepat menyangkal; duit tidak jatuh dari langit dan ada perut yang perlu diisi. Jadi, tangannya lincah menyiapkan kuih dan nasi lemak untuk dijual dipagi hari. Setiap hari.
Dia bising, membebel mengatakan dia penat. Menangis seorang diri di kamar kecil yang gelap tapi tiada siapa tahu. Dia harus kuat dihadapan anak-anaknya. Demi anak-anak, katanya.

Entah untuk berapa tahun lagi dia harus begini, nasibnya tetap sama. Dari dahulu sehingga kini, tempatnya didapur. Tidurnya sekejap-sekejap, kadang-kadang dia tidur dimeja dapur.

Oh Tuhan, perempuan ini semakin layu. Jiwa perempuan ini semakin hilang. Dimana Kau letak kebahagiaannya? Berapa lama lagi perempuan ini harus begini?

;Where stories live. Discover now