kekasihku yang tidak bernama,
sedang mengira bintang dengan kekasih yang tidak wujud.kekasihku yang tidak bernama,
matinya kerana tertusuk kesunyian.kekasihku yang tidak bernama,
sebelum mati ia meneguk bir kesedihan.kekasihku yang tidak bernama,
meninggalkan aku tanpa khabar, tanpa nota.kekasihku yang tidak bernama,
matinya tidak sia-sia
ada yang mengatakan dia lemah
tapi tidak aku.kekasihku yang tidak bernama,
sentiasa mengira bintang bersama kekasihnya yang tidak wujud
selepas teguk bir kesedihan
dan mati tertusuk kesunyian,