211

35 0 0
                                    

Semasa aku sedang berjalan ke cafe untuk melihatmu bersama kekasihmu, terlebih dahulu gadis bergaun merah telah berdiri didepan tingkap kaca cafe itu. Wajahnya sugul, tiada lagi warna pelangi menghiasi dirinya. Aku bingung, lalu aku berdiri ditepinya tanpa berbicara apa-apa. Petang itu agak mendung, tapi cafe itu sentiasa ceria. Ceria dengan pasangan kekasih yang bahagia. Sewaktu aku memandang tingkap kaca cafe itu, aku melihatmu, senyuman itu- masih sama. Tapi gadis yang duduk disebelahmu bukan lagi gadis bergaun merah. Kau bersama gadis lain, gadis berbaju kurung bercorakkan bunga kecil. Aku memandang gadis bergaun merah disebelahku, bisikku perlahan 'oh, nasibnya sudah menjadi seperti aku.'
Kali ini, raut wajahmu tidak seperti kau bersama aku atau gadis bergaun merah itu. Raut wajahmu sudah lain, ada pengharapan yang sangat besar diwajahmu.
Aku sudah tau, kau sudah temui kebahagiaanmu dalam diri gadis berbaju kurung bercorakkan bunga kecil itu dan kau juga telah temui jawaban dalam dirinya.
Kakiku menjadi ringan, hujan mula turun, satu-persatu air hujan jatuh ke wajahku, rambutku dan kali ini langit tidak dapat tahan lagi.
Tuan, berbahagialah atas kebahagiaanmu.

;Where stories live. Discover now