Saya tak tahu nak tulis apa kat sinopsis. Sebab cerita ni bercampur aduk dengan bermacam-macam genre😅😅
Baca je lah ye...Hehe😁
Enjoy😊
Cover book by: HealerTheKiller
Thanks bro😎
Kisah ini mengisahkan tentang ahli sihir sahaja. Dan author ada soalan untuk readers sekalian(itu pun kalau adalah) Korang perasan tak kenapa muka ahli sihir tu hodoh sangat. Hidung dia yang panjang macam nak cucuk orang. Muka yang ada bintik-bintik macam ada masalah bisol. Lepas tu, asyik pakai baju jubah warna hitam sekali dengan topi.
Ah, ini jawapannya. Soalan pertama, kenapa hidung dia terlebih panjang?
Sebabnya, macam ni, ahli sihir ni, dia nak jadi cantik. Orang kat 'hidung mancung ni cantik'. Jadi, dia pun gunakanlah magik saktinya untuk jadi TheMissSharp of Nose Universe. Itulah sebabnya hidungnya terlebih mancung sehinggakan boleh pancung orang guna hidung dia je.
Soalan keduanya pulak, kenapa muka dia hodoh. Jawapannya tetap sama. Nak Cantik! Dia ni buat ramuan sendiri. Mula-mula, dia masukkan herba dari akar-akar pokok kayu entah apa-apa benda tah. Lepas tu, masukkan garam sikit. Masukkan tomato (untuk kulit cantik), carrot, dan akhir sekali Magis Saktinya. Lalu, dia pun minum dan pakai kat muka. Tapi, malangnya, muka dia bertambah buruk. Jadi, dia buat eksperimen kedua. Pun gagal. Buat lagi. Gagal lagi. Disebabkan asyik tukar-tukar je. Jadilah hasilnya begitu. ( orang kata tak elok tukar-tukar pencuci muka). Sebabtu lah muka dia jadi macam tu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(Rupa dia semasa tengah buat ramuan)
Agak-agaknyakan, kenapa dia pakai baju jubah warna hitam sekali dengan topi? Kisahnya begini...
Long time ago, in a small village....(errr...) ahhh... susahlah, cakap Bahasa Melayu je lah. Pada suatu masa ketika dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil. Tinggallah seorang ahli sihir di hujung kampung. Tempat tinggalnya dekat dengan hutan, jauh dari penduduk lain. Pada suatu hari, anak raja di tempat itu, mengadajan majlis tari-menari untuk mencari pasangan hidup.(ala macam cerita Cinderella tu). Tapi, dia tak dijemput. Dia rasa tercabar. Dia pun pergilah hadir ke majlis tersebut walaupun tak diundang...(kesian kan dia ni). Dia memakai baju jubah/gaun hitam kerana...(kalau korang dah belajar Kh masa F1, korang akan faham). Baju hitam ni akan menampakkan seseorang itu kelihatan langsing. Sebab tu lah dia pakai baju warna hitam.
So, sekarang dah faham?
Ok, ni soalan bonus. Rasa-rasanya kan kenapa ahli sihir ni suka sangat tanya kat cermin ajaib dia macam ni. "Wahai cermin sakti, tunjukkan kepada ku siapakah wanita tercantik di dunia ini," Kemudian, keluarlah muka Snow Whitelah, Cinderellalah, Bellalah, dan macam-macam princess lagilah. Setiap kali dapat tahu berita tu, mesti dia akan hapuskan mereka.