Blur

69 14 9
                                    


Ada seorang budak perempuan ni. Namanya Amira. Dia Form2. Dia ni seorang budak yang blur. Dalam Bahasa Melayunya Kabur. Dalam bahasa lainnya. Loading... Dalam bahasa lainnya pulak. Lembab. Nak lagi ke? Tak payahlah. Fahamkan?

Di sekolah. Dia ni digelar 'budak blur'. Itupun dia masih blur kenapa dia digelar budak blur. Blur betul dia ni kan?😅

Dia ni presiden kelas. Kalau budak sekolah rendah panggil. Ketua kelas. Faham kan? Macam mana dia boleh jadi presiden pun tak tahulah. Huru-hara kelas tu disebabkan dia langsung tak reti jaga. Tak reti marah. Apalagi... Dah macam buat pesta muda-mudilah dalam kelas tu. Sampai gurupun tak reti hormat. Haihhh... Berbahagia betul kelas tu.😥

Pada suatu petang, Si Amira ni macam biasalah dapat keluar kelas awal. Itulah untungnya jadi presiden ni. Dapat keluar kelas awal pun sebab nak hantar buku rekod kelas ke pejabat. Tapi, keluar kelas je awal. Keluar dari pagar sekolah. Sama je dengan pelajar lain. Bertuahnya jadi pelajar Tingkatan 1, dapat keluar awal sama macam presiden. So, mereka ni (presiden dan budak tingkatan 1) tunggulah kat depan pagar penentu hak kebebasan pelajar tu beramai-ramai.

Tengah Si Amira ni tunggu pagar tu dibuka oleh pengawal diraja sekolah (pengawas). Tiba-tiba ada pelajar di belakang dia ni. Panggil dia. Dia pun tolehlah kebelakang.

Rupa-rupanya junior dia. Dia kenal junior ni. Satu ahli pancaragam dengan dia. Budak ni terkenal sebab berpacaran dengan seorang senior yang hot gila ni. Punyalah bertahun Amira menagih cintanya. Tapi, budak ni jugak yang dapat. Tak pelah bukan rezki dia.

 Tak pelah bukan rezki dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(senior)

Dia pun pandanglah budak junior tu dengan muka blur dia. Tiba-tiba, junior tu 'getah' dia. Tak faham maksud getah? Cuba tukarkan perkataan getah tu kepada bahasa Inggeris. Jadi apa? Hah, tulah dia. Dapat??

Lepas kena tu. Dia tersengih. Kena getah dengam kaum sendiri?? WTH??? 〣( ºΔº )〣

Sebenarnya, dia tersengih bukan sebab dia suka. Ataupun cover ke apa. Tapi, sebab dia blur. Apahal budak ni tetiba sentuh aku? Panggil-panggil orang lepas tu pegang. Pelik betul. Dia masih tak faham.

Dan budak tu dengan kawan dia gelak. Lagilah si Amira ni Blur binti Loading😵.  Tetiba gelak. Tu yang dia tersengih je.

Waktu yang ditunggu telah pun tiba. Pagar pun terbuka. Berpusu-pusulah pelajar berebut keluar dari pagar sekolah. Masa dekat atas motor tu. Barulah dia dapat tangkap bahawa dia sebenarnya telah 'digetah-getahkan' oleh kaum sendiri. Junior pulak tu! Sepanjang dia balik tu, dia asik kutuk diri dia je sebab terlalu blur. Aduhai... Susah betul jadi budak blur ni. Patutnya boleh je dia marah budak junior tu. Tapi, dia buat apa? Tersengih macam kerang busuk.

😬+😅=kerang busuk


Jadi, pengajaran cerita ni ialah. Jangan jadi budak blur😊

Tamat🙂

 StoryWhere stories live. Discover now