Lorong Kyelenerd

161 45 55
                                    


By:kylenerd

Jalan yang sunyi di lorong belakang kedai. Tiada lampu jalan yang menerangi kawasan itu. Hitam. Hanya itu yang nampak. Tiada manusia yang berani lalu dikawasan itu. Hatta, binatang pun akan guna jalan lain daripada guna lorong itu. Ya, itulah Lorong Kyelenerd.

Gara-gara main permainan paling mengarut didunia. Dia kena duduk di lorong itu selama 10 minit.

Manusia bila ego tinggi, dia sanggup berbuat apa sahaja walaupun akan merisikokan diri sendiri. Menyesal pulak di kemudian hari selepas ikut keegoan. Manusia... Manusia...

Pur jalan kaki seorang diri dari permulaan lorong yang ditakuti itu. Mukanya tenang sahaja tetapi di dalam hati, sudah sumpah carut kerana tertinggal telefon dirumah kawan dia. "Arghhhhh. Siapa yang cipta permainan ini? Aku nak bunuh orang yang cipta permainan ini. Syaiton mana yang tolong bagi cadangan kat kawan aku? Syaiton betul!! Durjana syaiton itu! Celaka paling celaka sangat celaka syaiton itu. (banyaknya perkataan syaiton kat dalam ayat ni) 😶

Tiba ditengah-tengah lorong itu. Pur berhenti. Dia gunakan semaksimum mungkin kebolehan mata manusia pada waktu malam memerhati keadaan di situ. Tiada yang menarik hanya dinding dan hitam sahaja yang Pur dapat rasa dan lihat.

Pong..

Bunyi benda jatuh.

Pong... Pang... Pung... Ting

Bunyi yang seakan mencabar keberanian Pur. Dia rasa berdebar. Wajah ditenangkan ssbaik mungkin. Terasa sesuatu yang datang menghampirinya dari arah belakang. Pur masih menanti dengan tenang.

Tik  Tik  Tik  Tik

Bunyi jam tangan Pur berdetik menununjukkan sudah 10minitdia berada di kawasan lorong Kyelenerd. Dia pusing ke belakang dengan sepantasnya dan "Warghhhhh".

"Hiks hiks hiks" bunyi tangisan secara tiba-tiba menyebabkan Pur pelik. "kenapa nangis?"

"Hiks hiks aku terkejut. Hiks hiks sebab tu aku hiks hiks nangis hiks hiks" Pur tahan ketawa yang nak keluar dari mulut. 'Sebab terkejut je nak nangis. Terlebih perasaanlah pulak. Hehe'.

"Kau siapa? Aku tak nampak kau lah"

"Aku x tau aku siapa. Tapi, aku boleh rasa kekurangan badan aku. Aku tiada kaki. Aku hanya terbang je." 👻👻

"Kau rasa aku apa?"

"Aku rasa kau hantu." jawab Pur. "Kau tak takut ke? Selalunya dengar perkataan hantu je terus lari. Kau rileks je aku tengok. "Hahahaha" Pur gelak.

"Kau rasa aku ni apa?"

"Bau kau macam manusia. Kenapa kau tak takut? Bulu roma kau tak menegak ke?"

Hahahaha... Bulu roma aku tgh menegak sekarang ni. Aku tak takut sebab aku adalah Syaitan Bertopengkan Manusia. 👹. Hahaha... Sebab tu aku tak takut. Kita sama je.   Dah aku nak balik. Jangan ikut aku! Duduk sini!!. Bye"  Pur jalan 29 tapak dengan tenang kemudian dia terus lari pecut sampai rumah.

Satu minggu Pur betapa dalam masjid. Selepas itu dia dare kawan-kawan dia pulak untuk pergi ke Lorong Kylenerd itu.

Tamat

P/s: sebenarnya cerita diatas adalah idea dari kylenerd. Saya dah betul-betul kering idea. Tajuk cerita ni pun. Saya tak tau nak letak apa. Jadi saya letak jelah nama dia. Hehe...          Pukul 1.53 a.m dia pm saya. Jangan tanya kenapa saya tidur lambat. Sebab saya  burung hantu. Tapi, tanya dia kenapa dia tidur lambat. Mungkin dia ni vampire ke?👿
   Btw, Terima Kasih Kylenerd. Korang follow lah dia. Nanti kalau dah kering idea. Mintak je dia. Hehe😁😁

 StoryWhere stories live. Discover now