Di suatu lokasi yang tak dikenal pasti. Kelihatan banyak doraemon sedang bekerja. Tempat itu hanya diterangi dengan cahaya dari skrin monitor masing-masing.
Tiba-tiba, datang satu lagi doraemon berlari dari pintu gerbang yang terdapat di hujung sekali. Dia memberitahu semua doraemon bahawa ada air yang banyak datang akan membanjiri tempat itu.
Maka, kawasan itupun menjadi huru-hara. Semua doraemon cuba untuk menutup pintu di setiap zon. Tapi, alat kawalan semuanya rosak dan tidak dapat berfungsi.
Tiba-tiba, satu gegaran yang hebat berlaku. Air yang banyak melimpah-limpah macam tsunami datang menyerang.
Kesemua doraemon itu cabut lari...
Malangnya, Mereka lemas.
Dan, air itu terus keluar dari 'urinary bladder' Alif. Alif terjaga dari mimpinya.
"Alah... Kencing lagi"
"kenalah jemur tilam"Tamat
YOU ARE READING
Story
De TodoSaya tak tahu nak tulis apa kat sinopsis. Sebab cerita ni bercampur aduk dengan bermacam-macam genre😅😅 Baca je lah ye...Hehe😁 Enjoy😊 Cover book by: HealerTheKiller Thanks bro😎