Nama aku, Marina. Tak ada apa pun yang menarik tentang hidup aku. Tapi, aku ni ada satu perasaan yang pelik. Aku rasa macam nak bunuh orang je! Tapi, siapa? Dan, kenapa? Itulah persoalannya. Mungkin aku ni ada masalah mental kot😅Kenapa aku sentiasa ada rasa yang macam pelik-pelik ye? Rasa macam nak cekik orang. Nak tendang orang? Nak...??? Macam-macam lagilah!! Rasanya macam sesuatu yang betul-betul menikam aku untuk melakukannya, dan ianya datang secara tiba-tiba! Tapi, amu sabarkan hati, kuatkan iman, fikir baik dan buruknya. Dan yang paling penting ingat dosa!
Sehinggakan suatu hari tu...Semasa aku pulang dari sekolah, aku seperti biasa lalu lorong dibelakang bangunan terbiar tu. Tempatnya, sunyi. Aku pun tak tahu kenapa aku suka lalu jalan tu? Nak kata cepat atau dekat... Kalau lalu jalan lain lagi cepat setengah jam dari lalu jalan ni! Sampai sekarang aku tak tahu kenapa.
Semasa jalan-jalan, tiba-tiba ada seekor kucing hitam lintas kat depan aku. Aku terhenti sekejap. Dan perhatikan kucing itu berlari. Dan pada masa inilah rasa macam itu muncul. Aku rasa macam nak bunuh dia je!👿
Aku cuba tahan, kontrol, rileks, sabar. Tapi, itu semua kali ini tak berhasil. Aku tewas...
Aku kejar kucing itu sehingga dapat. Bila dah dapat, aku potong ekor dia. Kucing itu meronta-ronta minta dilepaskan. Sekelumitpun tiada belas ihsan aku terhadapnya. Akhirnya, kucing itu mati ditikam aku.
Aku terhenti. Kucing iti diam. Dia dah mati! Kini, baru aku sedar dari nafsu aku sebentar tadi. Aku tangisi diri sendiri. Betapa lemahnya aku kerana tak dalat mengawal kehendak.
Demi untuk menebus kesalahan aku. Aku membawa balik kucing itu. Aku semadikan dia. Dan berdoa agar Allah maafkan aku.
Aku. juga sedar 'masalah mental' aku sudah semakin teruk. Jadi, keesokan harinya, aku tekad untuk.mengubatinya. Aku cuba minta nasihat dari kaunselor sekolah aku. Dan, Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan kemudian, aku sudah dapat bebaskan diri aku dari masalah itu. 😇
Tamat

YOU ARE READING
Story
RandomSaya tak tahu nak tulis apa kat sinopsis. Sebab cerita ni bercampur aduk dengan bermacam-macam genre😅😅 Baca je lah ye...Hehe😁 Enjoy😊 Cover book by: HealerTheKiller Thanks bro😎